Wednesday, 15 February 2012

SIPITANG MENANTI KUNJUNGAN NAJIB ESOK



PERSEDIAAN kini rancak dijalankan bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melaksanakan majlis pecah tanah bagi projek Urea Ammonia Sabah (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion di Sipitang, esok.

Petronas akan membina sebuah kompleks baja bertaraf dunia di Banting melalui anak syarikat milik penuh, Petronas Chemicals Group. Projek besar berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Penduduk Sipitang bakal menikmati pelbagai kesan limpahan ekonomi daripada projek tersebut.

Persediaan kini dibuat untuk menyediakan kemudahan kepada VIP, tetamu, pelawat dan kru media yang bertumpu di Sipitang.

Restoran pula bersedia untuk menerima perniagaan yang menggalakkan dengan orang luar bertumpu ke Sipitang bagi menyaksikan acara penting dalam sejarah pembangunan Sabah.

Kilang urea ammonia mega itu yang dijangka mula beroperasi pada 2015, akan merangsang aktiviti ekonomi yang luas dan industri hiliran dalam dan di sekitar bandar itu.

Dengan majoriti penduduknya masih terlibat dalam pertanian tradisional dan perikanan, penduduk Sipitang seramai kira-kira 35,000 itu dijangka meraih manfaat sebagaimana yang dinikmati rakyat Terengganu sekarang ini.

Kompleks petrokimia Petronas di Kerteh telah mengubah Kemaman kepada sebuah bandar yang rancak dengan lebih banyak hotel, restoran, perbandaran baru, sekolah, hospital, klinik dan tempat-tempat pelancongan.

Di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, SAMUR akan mewujudkan peluang bagi rakyat Sabah untuk meneroka ke dalam perniagaan berkaitan ammonia seperti melamin dan perekat.

SAMUR akan menghasilkan 1.2 juta tan urea butir setahun, dengan itu menjadikan Sabah sebagai salah satu pengeluar baja terbesar di rantau ini. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap Sabah akan berjaya menjadi pengeluar baja terbesar di rantau ini bersama dengan Samur.

    ReplyDelete
  2. Projek Samur mungkin boleh menjadikan Baja sebagai salah satu penjana ekonomi di Sabah.

    ReplyDelete
  3. projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk Sipitang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap manfaat projek ini bukan hanya dirasai oleh penduduk Sipitang saja tetapi penduduk2 Sabah yang lain.

      Delete
  4. This project will indeed benefit the locals populous in Sipitang.

    ReplyDelete
  5. Hopefully this project will generate more economic spin offs within as well as the surrounding region

    ReplyDelete
  6. Sipitang sudah pasti akan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun setelah projek SAMUR ini telah siap. mungkin lepas ni ramai rakyat akan tertumpu di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  7. sudah tentu kawasan Sipitang akan bertambah maju dan mendapat manfaat melalui projek SAMUR.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya Sipitang akan sesak dengan ketibaan Datuk Najid ke tempat itu.

    ReplyDelete
  9. belia2 muda samada dari dalam atau luar sipitang wajar mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran2 yang diperlukan bagi merebut peluang pekerjaan yang bakal disediakan kelak..

    ReplyDelete
  10. Saya ingin lihat perubahan positif yang ketara di Sabah pada masa akan datang.

    ReplyDelete