Wednesday 17 October 2012

BN SANDAKAN SEMAKIN KUKUH





PENGERUSI….V.K LIEW sedang memberikan taklimat ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : HURRY CHUNG

PRESIDEN Parti LDP yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) kawasan Sandakan, Datuk Liew Vui Keong menyarankan semua parti Komponen BN yang ada di kawasan DUN Elopura DUN Tanjung Papat, khususnya di bawah selia Parlimen Sandakan seperti UMNO, PBS, UPKO, MCA, PBRS dan MIC supaya mengemaskinikan jentera masing-masing di setiap bahagian sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum  ke 13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Katanya, semua anggota parti-parti komponen harus bersatu menggembleng tenaga dan bekerjasama erat  antara satu sama lain untuk mempastikan calon-calon BN yan bertanding di kawasan DUN Tanjung Papat, Elopura termasuk Parlimen Sandakan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

VK Liew berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jentera Gerakan Pilihanraya Barisan Nasional (BN) di salah sebuah hotel terkemuka di Sandakan kelmarin.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada semua anggota dan ahli-ahli BN diperingkat akar umbi sudah pastinya BN akan dapat mempertahankan semula kerusi-kerusi yang dimiliki BN,” ujarnya.

Lagipun, tambah V.K Liew, rakyat sekarang sudah sedar dan tidak mudah  digula-gulakan  dan menerima hasutan songsang yang dilemparkan oleh para pemimpin pembangkang kerana parti pembangkang hanya tahu melemparkan tuduhan dan fitnah-fitnah yang tidak berasas.





KENANGAN….Datuk V.K Liew bergambar beramai-ramai dengan para anggota parti komponen BN.

Mesyuarat tersebut yang berjalan lebih dua jam itu bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari telah dihadiri lebih 60 orang ahli daripada pelbagai parti komponen BN.

Antaranya yang turut hadir pada mesyuarat tersebut ADUN Elopura Au Kam Wah, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Awang Sham Amit dan Pengerusi UMNO Zon Elopura Datuk Hj Alipuddin KK Puyun.

No comments:

Post a Comment