PENGERUSI….V.K
LIEW sedang memberikan taklimat ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : HURRY CHUNG
PRESIDEN Parti LDP yang juga
selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) kawasan Sandakan, Datuk Liew Vui Keong
menyarankan semua parti Komponen BN yang ada di kawasan DUN Elopura DUN Tanjung
Papat, khususnya di bawah selia Parlimen Sandakan seperti UMNO, PBS, UPKO, MCA,
PBRS dan MIC supaya mengemaskinikan jentera masing-masing di setiap bahagian
sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum
ke 13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari
sekarang.
Katanya, semua anggota
parti-parti komponen harus bersatu menggembleng tenaga dan bekerjasama erat antara satu sama lain untuk mempastikan
calon-calon BN yan bertanding di kawasan DUN Tanjung Papat, Elopura termasuk
Parlimen Sandakan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.
VK Liew berkata demikian
semasa mempengerusikan Mesyuarat Jentera Gerakan Pilihanraya Barisan Nasional
(BN) di salah sebuah hotel terkemuka di Sandakan kelmarin.
“Saya percaya dengan adanya
kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada semua anggota dan ahli-ahli BN
diperingkat akar umbi sudah pastinya BN akan dapat mempertahankan semula
kerusi-kerusi yang dimiliki BN,” ujarnya.
Lagipun, tambah V.K Liew,
rakyat sekarang sudah sedar dan tidak mudah
digula-gulakan dan menerima
hasutan songsang yang dilemparkan oleh para pemimpin pembangkang kerana parti
pembangkang hanya tahu melemparkan tuduhan dan fitnah-fitnah yang tidak
berasas.
KENANGAN….Datuk
V.K Liew bergambar beramai-ramai dengan para anggota parti komponen BN.
Mesyuarat tersebut yang
berjalan lebih dua jam itu bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari
telah dihadiri lebih 60 orang ahli daripada pelbagai parti komponen BN.
Antaranya yang turut hadir
pada mesyuarat tersebut ADUN Elopura Au Kam Wah, Timbalan Ketua Bahagian UMNO
Sandakan Datuk Hj Awang Sham Amit dan Pengerusi UMNO Zon Elopura Datuk Hj
Alipuddin KK Puyun.
No comments:
Post a Comment