Tuesday 2 October 2012

PENSIANGAN NIKMATI GAGASAN 1MALAYSIA



PENSIANGAN : Pensiangan, sebuah pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.

Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.

Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.

"..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan manakala loji air Pinipi di Tulid, Sook berharga RM98 juta dan kini 80 peratus siap pula dijangka beroperasi Mac tahun depan.

"Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit," katanya.

Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat. (Bernama)

12 comments:

  1. rakyat di pensiangan kini bakal menikmati bekalan air bersih..

    ReplyDelete
  2. kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman..

    ReplyDelete
  3. Pensiangan terperosok jauh di pedalaman Sabah, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia. Parlimen Pensiangan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu Sook dan Nabawan serta meliputi tiga daerah, iaitu Nabawan, Sook dan Daerah Kecil Pagalungan.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya, kawasan2 pedalaman di Sabah ni semakin menerima pembangunan dari kerajaan. semoga usaha ini berterusan dan menyeluruh ke semua daerah di Sabah.

    ReplyDelete
  5. PBRS said it is up to the BN top leadership to decide whether the party should be allowed to defend the Pensiangan parliamentary seat in the coming polls.

    ReplyDelete
  6. PBRS Sook youth movement said the party will remain in the Barisan Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBRS said they are on the right track in the BN because the ruling coalition has proven its capability to safeguard the people’s interest and to give them the best service

      Delete
  7. PBRS is in a good position to represent BN in Pensiangan.

    ReplyDelete
  8. Federal Works Ministry has allocated RM11 million to build three roads in Sook

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha yang terbaik untuk kawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  10. Kerjasama antara kerajaan dan penduduk perlu untuk memastikan kejayaan dapat dicapai.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan tidak pernah lupa akan penduduk di Luar bandar. Kerajaan akan tetap memberikan pembangunan yang terbaik dikawasan Luar bandar yang ada di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete