Thursday, 16 May 2013

ANWAR AKAN SERAH BUKTI KEPADA OBAMA






SAMBUT....Anwar tiba kira-kira jam 9 malam semalam disambut para penyokongnya.

KUANTAN - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13, 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  PR mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara.

“Saya nak beritahu kepada Amerika bahawa kita akan mengemukakan bukti penipuan itu dan menunggu apa  reaksi beliau berhubung kemenangan BN dalam PRU13 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Himpunan ‘Black 505’ di sini malam kelmarin bagi mengulas laporan bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam ucapan beliau itu, Anwar terus mengulangi pendiriannya membidas SPR yang didakwanya ‘menipu’ dengan menerima undi bukan warganegara Malaysia.

“Sebab itu, saya  nak selamatkan negara ini dan pertama sekali yang perlu undur ialah Pengerusi SPR,” katanya.

Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 (Black 505) kali ke empat itu menyaksikan pengunjung berpakaian hitam memenuhi perkarangan Pejabat PKR Pahang, Jalan Beserah, di sini.

Walaupun lokasi perhimpunan itu terpaksa ditukar pada saat-saat akhir, kehadiran penyokong memenuhi kawasan itu menggambarkan kebangkitan rakyat terutama golongan muda untuk  melawan penipuan pilihan raya lalu.

Himpunan itu asalnya dijadualkan berlangsung di Padang Bola Mahkota Aman, Jalan Gambang, namun terpaksa ditukar di saat akhir atas faktor keselamatan dan arahan polis serta Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak membenarkan perhimpunan di situ.

Program yang bermula kira-kira jam 9 malam itu menampilkan beberapa pemimpin PR termasuk Adun Semambu, Lee Chean Chun, Adun Teruntum, Sim Chong Siang, Ahli Jawatankuasa Wanita PKR, Felicia Ling, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menyampaikan ceramah masing-masing.

Diikuti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan diakhiri Anwar  Ibrahim.

Puisi bertajuk ‘Ibu Segala Tipu’ disampaikan Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said menyebabkan hadirin terdiam seketika.

Himpunan dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul itu berjaya memperoleh kutipan derma orang ramai  kira-kira  RM13,000.

29 comments:

  1. Lebih 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu.

    Bancian secara online akhbar itu menerusi laman web, www.theedgemalaysia.com menunjukkan, sehingga pukul 7.30 petang 13 mei sebanyak 9,077 orang menyatakan sokongan supaya Anwar mengotakan janji meletak jawatan.

    ReplyDelete
  2. sebanyak 2,082 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

    Bancian yang masih berjalan di bawah tajuk 'Pakatan rakyat telah gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Adakah Anwar perlu meletak jawatan sebagai ketua' secara keseluruhannya mendapat jumlah undian sebanyak 11,158 orang setakat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah PRu13 ini bersih dan beramanah?

      Delete
  3. Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Dalam pada itu, dalam laporan yang boleh dilayari di www.adqrate.com/newspaper/details?id>35&type>1 menjelaskan, kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 120,000 pembaca akhbar The Edge adalah kaum Cina, manakala bakinya kaum-kaum lain.

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini Anwar pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya.

    Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik jika kalah pada PRU 13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar masih ada agenda perjuangan untuk dicapai.

      Delete
  5. Anwar dalam sidang medianya berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat dalam menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

    "Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

    ReplyDelete
  6. Dalam sibuk Anwar Ibrahim membantah keputusan pilihan raya, PM Datuk Seri Najib Razak mendapat restu dari pelbagai penjuru dunia. Terbaru, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan tahniah dan sokongan kepada Najib kerana berjaya meneruskan tahun pentadbirannya di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serahkan bukti yang sah jika ada.

      Delete
  7. Obama mengeluarkan satu kenyataan dari White House, mengucapkan tahniah kepada PM Najib kerana berjaya mengekalkan tampuk kepimpinan selepas PRU13. Ucapan tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Media White House, Washington DC.


    ReplyDelete
  8. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana hampir 80% jumlah pengundi telah membuang undi. Apa yang jelas di sini, Amerika Syarikat terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Najib nampaknya berjaya menempa nama Malaysia untuk terus kekal dikenali ramai dengan hubungan yang dijalankan dengan negara luar. Ini merupakan perkembangan yang positif untuk negara. Sokongan dari negara luar merupakan salah satu cara untuk menjadikan negara terus berkembang maju.

    ReplyDelete
  10. Dengan terus mempertahankan legasi pemerintahan Najib, Malaysia berpeluang cerah untuk mencapai wawasan yang telah dilakarkan oleh Tun Mahathir sebelum ini. Bukan setakat Amerika Syarikat, negara lain yang turut menjalinkan hubungan diplomatik yang melibatkan semua negara kecuali Israel membuktikan Malaysia mendapat tempat di mata dunia.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Anwar sajalah yang syok sendiri nak menjatuhkan negara. Itu semua sebab dia sendiri tidak dapat menjadikan PM sebagai takhta pencapaian dalam hidup. Malaysia sudah sedia ada aman dan maju di bawah pemerintahan BN, tidak ada perlunya untuk mengubah segala sistem dan perlembagaan yang selama ini memayungi negara.

    ReplyDelete
  12. Rakyat harus sedar dan fahami setiap pengorbanan dan perubahan yang telah BN bawakan bagi memastikan setiap rakyat dapat mengecap nikmat kesenangan di negara sendiri. Seharusnya juga kita perlu sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat hidup dengan aman sejahtera tanpa perlu memikirkan apa yang bakal kita hadapi keesokan harinya.

    ReplyDelete
  13. Anwar seharusnya menerima keputusan pilihanraya dan jika tidak berpuas hari jangalah membuat perhimpunan atau meminta capur tangan negara asing yang boleh menggugat keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jikalau bolehnya Obama menegakkan kebenaran, apa salahnya?

      Delete
  14. Sebaliknya Anwar haruslah mengikuti prosedur yang betul serperti menghantar petisyen dan bukti kepada mahkamah tinggi.

    ReplyDelete
  15. Tambahan lagi, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

      Delete
    2. Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.

      Delete
    3. Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.

      Delete
    4. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti

      Delete
  16. Rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

      Delete
  17. Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Pengerusi Kelab Penyokong BN Negeri Abdullah Saidol berkata, rakyat telah menunaikan pilihan mereka dan kerajaan BN telah berjaya menubuhkan kerajaan. Beliau berkata negara telah melalui proses pilihan raya lepas dengan aman dan teratur sehingga pemerhati bebas dan negara luar mengiktiraf proses demokrasi diamalkan Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Beliau (Anwar) tidak berpuas hati dan enggan mengiktiraf apa-apa keputusan selagi beliau tidak menjadi Perdana Menteri. Dan semakin hari semakin banyak muslihatnya untuk merampas jawatan perdana menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar tidak peduli soal keamanan atau kesejahteraan awam, bagi beliau yang penting ialah agenda politiknya yang semakin keji dan hina.

      Delete