Sunday 26 May 2013

CUBA UNDI DUA KALI MAKAN DIRI



  

           
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berkata tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali, memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pilihan Raya.
   
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
   
"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.
   
"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.
   
Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
   
"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.
   
"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?... SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
   
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.
   
Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.
   
"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan... kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.
   
"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya. (Bernama)

19 comments:

  1. Seorang sahabat bertanya, budak tu mengundi siapa? Dia mengundi Pakatan atau dia mengundi BN? Dari gambar dalam keratan akhbar tu, nampak macam dia undi Pakatan. Jika tidak, kenapa pulak Si Fuziah tu boleh turut serta dalam sidang media yang dibuat? Jelas, dari apa yang digambarkan, penyokong Pakatan pun boleh undi dua kali.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu mendakwa bahawa wujud kemungkinan bahawa BN upah orang untuk mengundi sebanyak dua kali. Tapi dalam kes ini, nampak gayanya semua dah jadi terbalik. Penyokong Pakatan pun boleh mengundi sebanyak dua kali. Dan ianya tidak mustahil. Si Fuziah tu dah membuktikannya.

    ReplyDelete
  3. Yang seterusnya, kenapa hanya buat laporan Polis? Bukannya Polis boleh ambik apa - apa tindakan pun terhadap perkara tersebut. Lain la kalau buat petisyen. Sepatutnya, Fuziah memfailkan petisyen dan mempertikaikan perkara tersebut. Itu pun kalau dia benar - benar nak memperjuangkan Kebenaran.

    ReplyDelete
  4. Dengan cara itu, SPR boleh kira semula dan menyemak dakwaan yang telah dibuat. Hakikatnya, Fuziah tau mengenai perkara ini. Tinggal lagi, tujuan dia bukannya nak menegakkan Kebenaran dan mencari jawapan bagi isu tersebut. Sebaliknya Si Fuziah tu hanya nak memburukkan imej SPR.

    ReplyDelete
  5. Satu lagi persoalan yang ditimbulkan, ialah mengenai Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi. Apa yang diorang buat? Adakah diorang pun berpakat dengan budak tu dan membiarkan dia melalui semua petugas SPR tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak?

    ReplyDelete
  6. Kenapa dia boleh terlepas sedangkan pencacai-pencacai Pakatan bersepah-sepah dekat luar pintu pagar bagi menghalang 'Pengundi Hantu'? Kalau diorang boleh tahan 'Bangla' yang kebanyakkannya terdiri dari masyarakat orang India Malaysia, kenapa diorang boleh lepaskan budak ni begitu sahaja?

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat wujud pertikaian dari kalangan petugas - petugas Pakatan dalam isu ini. Adakah mereka dah berpakat dalam isu 'Undi Dua Kali' ini? Tidak mustahil kalau Si Fuziah tu cari 2000 orang penyokongnya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara ni didedahkan bukan oleh orang lain. Tapi oleh Si Fuziah sendiri.

    ReplyDelete
  8. Maka saranan Mc kepada Si Fuziah. Buat la petisyen membantah keputusan PRU yang telah dimenanginya bagi membuktikan bahawa dia menang bukan sebab penyokong dia mengundi sebanyak DUA KALI!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!

    ReplyDelete
  9. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Fitnah memburukkan Suruhanjaya Pilihanraya dengan niat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang lepas sedang giat dijalankan oleh pakatan haram. Memandangkan mereka telah kalah melalui sistem demokrasi berparlimen negara kita maka jalan jijik dan kotor telah mereka pilih untuk memastikan kerakusan ke Putrajaya dapat mereka laksanakan.

    ReplyDelete
  10. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Memandangkan kerajaan Barisan Nasional sememangnya merupakan kerajaan yang baik selama ini, oleh itu mereka begitu yakin bahawa kita tidak akan mampu melawan kejahatan mereka yang tersusun.

    ReplyDelete
  11. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Namun mereka lupa bahawa dalam kebaikan kita sentiasa berwaspada dengan agenda jahat melampau pakatan haram. Mereka berfikiran seolah-olah kerajaan tidak akan mampu menepis fitnah dan pembohongan ciptaan mereka.

    ReplyDelete
  12. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Kerajaan kita yang telah memerintah negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi mempunyai jentera yang cukup lengkap. Tambahan pula kita yang sayangkan agama, bangsa dan tanahair akan pastikan fitnah jahat mereka dapat dipatahkan satu persatu.

    ReplyDelete
  13. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Mengenai fitnah pembangkang bahawa terdapat pengundi yang mengundi lebih dari sekali merupakan auta semata-mata. Sistem SPR kita merupakan antara yang terbaik didunia bagi memastikan demokrasi berparlimen dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  14. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, tidak mungkin berlaku pengundian lebih dari sekali kerana sekiranya nama sudah dipotong maka pengundian kali kedua adalah mustahil. Jawapan dari Suruhanjaya Pilihanraya ini sememangnya benar belaka. Sila tonton video di bawah untuk lebih memahami.

    ReplyDelete
  15. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Bagi mereka yang pernah mengundi sudah pasti dapat memahami senario ini.Tidak ada sesiapa yang masuk mengundi tetapi tidak memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undian.Selepas duduk dibelakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita harus pergi ke peti undi untuk memasukan kertas undi kita.

    ReplyDelete
  16. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Akan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas bahawa kertas undi telah dimasukkan ke dalam peti undi. Tiada sebarang pengecualian dalam hal ini.

    ReplyDelete
  17. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Pembangkang cuba mencipta fitnah kononnya saksi mereka dapat mengundi dua kali tetapi kali kedua dia simpan kertas undi itu. Nampaknya penipuan berterusan dari pembangkang benar-benar memualkan kita. Bermula dari hari pengundian kononnya pengundi hantu Bangla sehingga isu BLACKOUT palsu kepada buang kertas undi dari helikopter.

    ReplyDelete
  18. Jika perkara ini benar2 berlaku, bermakna Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi harus juga dipersalahkan

    Keterdesakkan pembangkang akan menyebabkan mereka buat lebih banyak kesalahan yang bakal kita bongkarkan satu persatu. Nampak gaya mimpi ke Putrajaya pembangkang bakal bertukar menjadi mimpi ngeri mereka.

    ReplyDelete
  19. itulah nak menipu pu tdk pandai.. dia hnya dipergunakan saja

    ReplyDelete