Friday 31 May 2013

KES BUNUH PADERI, POLIS TAHAN 7 LELAKI






KENANGAN...David James Ginter paderi di sebuah gereja di Portland, Amerika Syarikat sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2010.

Oleh : SYED KAMAL                                              

KUALA LUMPUR : Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang paderi warga Amerika yang ditemui mati di rumahnya di Taman Sri Ukay, Ampang dekat sini pada 4 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar ibu negara.

Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini bagi mengetahui motif pembunuhan," katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Raya Tesco Ampang.

Mangsa, David James Ginter berusia lingkungan 60-an ditemukan oleh jirannya yang datang menjenguk rumah tersebut selepas isteri mangsa meminta jiran itu memeriksa suaminya kerana gagal dihubungi menerusi telefon.

Difahamkan isteri mangsa berada di Australia ketika itu kerana ada urusan di sana dan mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah sebelum ditemui mati dalam keadaan tangan terikat.

No comments:

Post a Comment