Sunday 26 May 2013

BLACK-OUT 505 BUDAYA SAMSENG DAN TIDAK BERTAMADDUN?






OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA : Tindakan mengadakan perhimpunan yang disebut Suara Rakyat 505 anjuran parti parti pembangkang adalah 'Budaya Samseng' dan 'Tidak Bertamaddun' kerana bukanlah satu jalan penyelesaian; malah boleh memporak porandakan negara.

Seandainya para pemimpin pembangkang rasa tidak puas hati dengan perjalanan sistem Pilihanraya Umum Ke 13  (PRU 13)  lalu oleh pihak kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihalanraya (SPR); mereka boleh mengemukakan petisyen di Mahkamah  sebagai bantahan.

Lagipun negara kita mempunyai undang-undang, bukan mengikut perasaan hati hingga mengadakan perhimpunan jalanan yang sudah terang-terang menyalahi undang-undang negara.

Seorang Aktiviti Masyarakat Semporna, Mohamad Saifullah Minggu, 24  (gambar sisipan) berkata kepada Sabahkini.Net kelmarin ketika diminta mengulas satu kenyataan yang tersiar di Sabahkini.Net bertajuk: “Himpunan Sabtu Ini Diteruskan” pada 25 Mei 2013 (kelmarin).

Saifullah menjelaskan tindakan pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Pengerakan Utamanya, Badrul Hisham Shaharin sebagai tidak bertamadun dan tidak rasional kerana akan mencetuskan pelbagai ketegangan di kalangan para pengikutnya.
“Sebagai parti pembangkang yang telah kalah pada PRU 13 lalu seharusnya menerima hakikat  atas kekalahan tersebut, kerana ini semuanya adalah atas kehendak rakyat untuk menerima Barisan Nasional (BN) bagi membentuk  semula kerajaan BN untuk jangka lima tahun lagi,” katanya.

Beliau kesal kerana ramai anak muda terutama sekali di kalangan pelajar atau mahasiswa diheret untuk menyertai perhimpunan jalanan yang tidak berfaedah itu; yang menjurus untuk  mendorong dan mendidik  para belia jadi ganas dan agresif yang langsung tidak menghormati undang-undang negara kerana terikut-ikut budaya luar.

Saifullah menambah, tindakan mengadakan perhimpunan jalanan yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan ini adalah perbuatan budaya samseng kerana jika tidak dikawal oleh pihak polis; sudah semestinya berlaku satu pergaduhan dan rusuhan yang bolen mendatangkan kemudaratan kepada orang awam dan juga menggangu gugat para peniaga.

1 comment: