Oleh
: AIDILA RAZAK
NAIB
PRESIDEN PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen
Sabah memasuki negeri ini.
Menurut
ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.
"Saya
ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri
Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis
Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.
Katanya,
beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak
sebagai peguamnya.
Nurul
Izzah adalah Naib Presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh Imigresen
Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.
"Terdapat
MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka
yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap
rahsia," kata Nurul Izzah.
Sebelum
ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak
dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH
2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.
Pada
kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak
dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki
kapal terbang.
ini kali laaa. .. buat kempen besar besaran peringkat antarabangsa minta semua pelancong dalam dan luar boikot Sabah. . kita tengok apa tu Musang anak Siamang mo buat. .. dedahkan lagi kes kes rasuah c musang anak siamang tuuu. ..
ReplyDelete