Friday, 31 May 2013

PRIBUMIS SAMBUT BAIK PENURUNAN HARGA KERETA






SAMBUT....Ruddy Awah sambut baik penurunan harga kereta yang bakal di laksanakan di bawah kerajaan BN.

Oleh : SYED KAMAL

PITAS : Penurunan harga kereta seperti yang terdapat di dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat pelbagai reaksi positif orang ramai.

Menurut  Timbalan Presiden  Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S)  Ruddy Awah, ketika di temui dalam satu majlis sambutan Pesta Kaamatan di Kampung  Salimpodon Laut beliau sangat gembira dengan janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih ada yang kurang berkemampuan untuk memilik kereta sendiri.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Bagi saya penurunan harga kereta seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan sangat bagus, kerana kebanyakkan rakyat Sabah masih kurang mampu untuk memiliki kereta sendiri kerana harga kereta yang ada sekarang sangat mahal,” katanya.

No comments:

Post a Comment