Friday, 31 May 2013

PENDERITA KASER PERLUKAN BANTUAN SEGERA





PRIHATIN...Setiausaha Agung PRIBUMI'S Sabariah Zainudin  bersama rombongan Sayap Wanita PRIBUMI'S menyampaikan sumbangan hamper kepada Narang.

Oleh : SYED KAMAL
SOOK : Seorang peghidap penyakit kronik dari Sook memohon bantuan orang ramai untuk membiayai kos perubatan bagi meringankan beban kewangan dihadapi beliau. Narang @ Judith Anas, 44 dari Kampung Suwan dikenal pasti menderita penyakit kanser pangkal rahim sejak 5 tahun lalu.

Penderitaan dihidapi Narang mendapat perhatian Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) daerah Sook yang hadir menziarahi Narang  dalam program kebajikan bulanan NGO tersebut.

Menurut Setiausaha Agung PRIBUMI’S, Sabariah Zainudin berkata, pesakit memohon bantuan untuk meringankan beban hidupnya yang serba kekurangan dan menampung kos peningkatan perbelanjaannya kerana pada setiap minggu, beliau terpaksa berjumpa doktor.

Sementara itu, Narang berkata, kehidupannya semakin terhimpit sejak empat tahun lalu kerana terpaksa menanggung perbelanjaan penyakitnya termasuk menyara ibunya serta adik adiknya.

“Saya tidak bersuami, tidak mampu menanggung kos rawatan kerana bergantung  sepenuhnya kepada hasil hutan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh memberi sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 110095038699 atas nama Narang @Judith Binti Alias atau hubunginya ditalian 019-8013571.

No comments:

Post a Comment