Monday 27 May 2013

MANA MAT BANGLA YANG JADI PENGUNDI?




         

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat.

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013 di sini hari ini.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib berkata keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah tiang seri negara namun begitu rakyat mempunyai ruang untuk menyuarakan pendapat masing-masing selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.

"Apa sahaja yang kita nak suarakan mesti berpaksikan kepada perlembagaan dan tidak boleh pilih di tepi jalan dengan mendesak dan membuat huru-hara sehingga menimbulkan keadaan tidak tenteram yang tidak selaras dengan perlembagaan.

"Sebagai generasi muda, kita mesti faham tuntutan perubahan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang. Kalau tidak akan berlaku undang-undang rimba dalam negara kita," katanya.

Najib menyarankan generasi muda agar berfikiran waras dan rasional serta tidak termakan hasutan dan penipuan khususnya dalam ruang siber.

Beliau berkata keutamaan dalam membina sebuah negara dan masa depan mesti berdasarkan kepada akal fikiran, yakni memilih yang kebenaran atas kepalsuan serta memilih hak daripada batil.

"Kalau ini dapat disemai, kalau ini dapat dipupuk di kalangan belia, Insya-Allah masa depan kita, masa depan belia dan negara yang tercinta akan terus bersinar dengan harapan untuk masa depan kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan kerajaan mampu melakukan segala perubahan bukan sahaja untuk golongan belia bahkan masa depan negara.

"Percayalah kalau nakkan perubahan kepada negara kita tidak semestinya terlibat dalam himpunan jalanan atau pun meruntuhkan apa yang ada hari ini.

"Yang penting kita mesti faham apa kehendak belia dan suara belia itu dan kita menyediakan kaedah pentadbiran negara yang sesuai kepada golongan belia," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan tiga kategori Anugerah Perdana Belia Negara 2013, yang diperkenalkan pada 1988, bagi mengiktiraf belia dan pertubuhan belia yang banyak menyumbang kepada pembangunan belia negara.

Kategori Pertubuhan Belia dimenangi Kelab Belia Malaysia (MAYC) Simpang Bekoh, Melaka yang menerima wang tunai RM50,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain itu kategori Lelaki dimenangi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Manndzri Nasib manakala kategori Wanita diraih Halimah Abd Rahman daripada Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sabah dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan. (Bernama)

20 comments:

  1. Sebelum PRU13 lagi, para pecacai Pakatan termasuklah mereka yang berangan-angan akan masuk syurga kerana memilih PAS sudah pun mendendangkan lagu tentang PENGUNDI HANTU.

    ReplyDelete
  2. Cerita tentang pengundi hantu diperhebatkan beberapa jam sebelum PRU13 berlangsung. Konon-kononnya kapal terbang, bas, trak, lori, kapal selam, kapal api dan kapal angkasa induk telah mendarat, menurunkan para pengundi hantu untuk memenangkan Barisan Nasional. Tak percaya, tanyalah para penyokong Pakatan Rakyat. Semua mereka akan mengungkapkan perkara yang sama.

    ReplyDelete
  3. Malam selepas keputusan PRU13 diumumkan, para pecacai Pakatan pun pakat-pakat mengeluarkan video sekerat memaparkan muka-muka Bangla dan Indon yang berjaya 'ditangkap' di pusat-pusat pengundian.

    ReplyDelete
  4. Anehnya, beberapa jam kemudian, pecah pula berita tentang penangkapan agen-agen Pakatan Rakyat yang membawa van dan di dalam van tersebut terdapat pula beberapa warga Bangladesh dan Pakistan selain penemuan kamera video dan kamera oleh pihak polis. Namun berita tersebut disenyapkan begitu sahaja sebaliknya para pecacai Pakatan, bersungguh-sungguh bercerita tentang pengundi hantu.

    ReplyDelete
  5. Anehnya, dalam KESEMUA KLIP VIDEO yang dipaparkan, HARAM TAK ADA SATU PUN BUKTI yang menunjukkan mereka adalah pengundi hantu. Bahkan menunjukkan pula bahawa mereka adalah sebahagian daripada plot cerita PENGUNDI HANTU yang dipopularkan oleh DAP dan dikembang biakkan oleh PKR dengan bantuan PAS.

    ReplyDelete
  6. Sebaliknya timbul pula tanda tanya, dengan Bangla dan Pakistan yang begitu ketara kulit dan wajah mereka berbanding penduduk tempatan, mengapa TIDAK ADA SATU PUN PENGUNDI HANTU DARI CHINA yang berjaya ditangkap?

    ReplyDelete
  7. Lebih menarik lagi, kewujudan 'pengundi hantu' Bangla dan Pakistan tidak pula memenangkan Barisan Nasional di kawasan-kawasan yang diperkatakan. Sebaliknya kewujudan PENGUNDI-PENGUNDI HANTU CHINA pula telah memenangkan PKR dan DAP dengan jumlah majoriti undi yang TERSANGAT BESAR.

    ReplyDelete
  8. Mengapa bukti-bukti pengundi hantu yang diperkatakan itu, hanya dalam bentuk klip video yang tidak menceritakan perkara sebenar, dan hanya dipopularkan di media-media sosial? Mengapa sehingga sekarang, tiada satu pun bukti yang dirakamkan itu, diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat?

    ReplyDelete
  9. Dan mengapa pula, tiada sebarang usaha untuk membawa kes menyanggah kemenangan calon-calon Barisan Nasional dengan menggunakan mahkamah memandangkan sebelum ini, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup akrab dan karib dengan mahkamah?

    ReplyDelete
  10. Anak terberak dalam seluar pun, hakim dan mahkamah perlu sediakan ruang untuk mereka. Melalak-lalak dengan pengundi hantu, walhal cerita pengundi hantu sekadar jadi bahan untuk berceramah dan menghasut semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Kalau benchmark muka Bangla, muka Pakistan dan muka Indon dijadikan sebagai pengukur jumlah pengundi hantu, barangkali muka Cina dan Cina sendiri kalau dikumpul-kumpulkan, tentu jumlahnya beratus kali ganda besarnya!!!

    ReplyDelete
  12. Samalah macam pensyarah yang bercakap hebat tentang itu dan ini... tentang teori itu, teori ini... walhal bila dipraktikkan, semua yang diajarkan, hampeh belaka!!!

    ReplyDelete
  13. Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.

      Delete
  14. Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.

    ReplyDelete
  15. Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.

    “Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu.

    ReplyDelete
  16. Mudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.

    Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.

    ReplyDelete
  17. Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  18. Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.

    Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    ReplyDelete
  19. Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya. Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi.

    ReplyDelete