KUALA
LUMPUR : Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini
yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri
Anifah Aman.
Beliau
berkata Malaysia sentiasa menghargai hubungan kukuh dengan negara lain.
"Rakyat
Malaysia di luar negara perlu menghargai aspek positif kehidupan mereka di
negara tuan rumah dan melakukan kewajipan mereka untuk turut menyumbang kepada
kemakmuran dan nama baik negara kita," katanya dalam kenyataan di sini
Khamis.
Pendirian
Malaysia itu dinyatakan berikutan gesaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat
mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur
minggu lepas supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia yang
ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.
Sebelum
ini, kumpulan rakyat Malaysia itu ditahan ketika menyertai protes di Merlion
Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu
walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian.
Semalam,
Singapura memberi amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia supaya tidak
mencampuri hal ehwal negara itu berhubung isu penahanan itu.
Kementerian
Dalam Negeri Singapura dan Kementerian Luar Malaysia dan Singapura dalam
kenyataan bersama berkata tindakan mendapatkan bantuan 'pihak asing' oleh
mereka yang ditahan adalah percubaan mendapatkan layanan khas untuk terus
mempolitikkan isu berkaitan undang-undang dan peraturan domestik di Singapura.
Anifah
berkata rakyat Malaysia yang melakukan lawatan, bekerja atau menetap di luar
negara harus menghormati undang-undang negara tuan rumah sama seperti rakyat
Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di Malaysia mematuhi
undang-undang negara.
Beliau
berkata ia adalah hak pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan
terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara itu dan kerajaan Malaysia
bersedia memberi bantuan konsular selaras dengan undang-undang antarabangsa
yang relevan.
Kesemua
21 penunjuk perasaan warga Malaysia itu sudah dibebaskan dan permit kerja salah
seorang daripada mereka ditarik balik manakala pas lawatan dua lagi turut
dibatalkan.
Pihak
berkuasa Singapura juga sedang mengkaji status pas kerja baki 18 peserta
demonstrasi itu.
Justeru
itu, Anifah berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura sentiasa berhubung
dengan pihak berkuasa republik itu bagi menentukan status kumpulan rakyat
Malaysia itu walaupun tiada seorang pun daripada mereka telah meminta bantuan
daripada pejabat suruhanjaya tinggi itu. (Bernama)
No comments:
Post a Comment