Oleh
: DANIEL JEBON JANAUN
DUA
hari lalu, 28 Mei 2013, maka 23 hari telah berlalu PRU 2013. Apabila kita
menjumlahkan 2+3, jawapannya 5. Angka ini mengingatkan kita pada tarikh negara kita mengadakan pilihan raya pada 5
Mei 2013 yang lalu untuk kali yang ke-13.
Sementara
itu, apabila kita menjumlahkan 2+8 (iaitu tarikh 28) pula jawapannya 10, sama
dengan jumlah 5+5. Angka 10 ini amat signifikan dalam sejarah baru politik di
Sabah. Saya akan menerangkan hal ini dengan lebih terperinci dalam artikel ini.
Apabila
kita menjumlahkan 5+5+2+0+1+3 (iaitu tarikh 5 Mei 2013), jawapannya 16, sama
jumlah apabila digabungkan 2+8+2+0+1+3 (tarikh 28 dan tahun 2013).
Sesungguhnya,
angka 16 adalah angka yang relevan dan penting bagi rakyat di Malaysia,
khususnya di Sabah dan Sarawak kerana pada 16 September 1963, Malaysia
dibentuk. Inilah asas bagi perjuangan murni menuntut hak-hak Sabah dan
rakyatnya yang telah dinafikan oleh pemerintah Malaya.
Dalam
konteks artikel ini, STAR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang
mencatat sejarah yang unik, istimewa, dan hebat dalam PRU 2013.
Sehubungan
itu, sejarah tersebut tidak wajar diperkecil atau diperlekehkan oleh mana-mana
pihak sebaliknya perlu diperhatikan dengan adil dan saksama.
Memang
banyak keunikan yang dicapai oleh STAR, namun, dalam artikel kali ini, saya
cuma memberikan fokus terhadap penglibatan dan perjuangan guru. Sesungguhnya
Angka 10 yang saya nyatakan di atas itu ada mesejnya.
Angka
10
Tahukah
anda bahawa dalam PRU 2013, seramai 10 orang guru telah bertanding atas tiket STAR? Sesungguhnya, untuk bertanding
dalam PRU, guru tersebut perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu selaras
dengan peraturan Kerajaan bahawa calon yang bertanding hendaklah tidak memegang
"jawatan yang berpendapatan"? Siapakah pejuang hebat dan pencipta
sejarah baru politik di Sabah ini?
Berikut
adalah senarai sepuluh orang guru yang telah bertanding dalam PRU 2013 di
Sabah.
N3
Pitas - MAKLIN BIN MASIAU (Undi: 3,111)
N37
Sook - KUSTIN LADI (Undi: 2,828)
N5
Tandek - JEBON JANAUN (Undi: 2,668)
N40
Labuk - PINUS GONDILI (Undi: 1,238)
N47
Kuamut - EDWARD PODOK (Undi: 1,196)
N36
Kemabong - TAY JIN KIONG @ ALFRED (Undi:
1,155)
N31
Paginatan - FEDDRIN TULIANG (Undi: 1,139)
N30
Karanaan - JALIBIN PAIDI (Undi: 1,067)
N39
Sugut - MASIA WAN KUNCHING (Undi: 341)
P181
Tenom - HASMIN @ AZROY ABDULLAH (Undi: 2,449)
Perjuangan
dan Pengorbanan
Sepuluh
orang bukanlah sedikit. Daripada 10 orang guru tersebut, 9 orang daripadanya
bertanding di kerusi DUN, manakala 1 orang yang lain bertanding di kerusi
Parlimen. Sekali lagi apabila kita menjumlahkan 9+1, jawapannya 10. Angka 10
itu besar ertinya dalam gerakan nasionalisme Sabah pasca PRU 2013.
Tentu
saja kita perlu mengambil iktibar dan merenung sedalam-dalamnya mengenai
kebangkitan baru politik di Sabah ini. Kenapakah begitu ramai guru yang sanggup
berjuang dan berkorban? Apakah sebenarnya yang berlaku ke atas Sabah? Adakah
guru-guru ini tidak berfikir akan risiko yang mereka hadapi apabila meletakkan
jawatan?
Banyak
persoalan yang boleh dibangkitkan. Jawapan kepada kesemua persoalan itu
terletak pada kata perjuangan dan pengorbanan demi Sabah tanah air kita yang
tercinta ini.
Sesungguhnya,
hak Sabah dan rakyatnya seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia
1963, Perkara 20, IGC, Suruhanjaya Cobbold tidak dipatuhi oleh pemerintah
Malaya. Sabah dan Sarawak dizalimi dari segi politik dan ekonomi.
Kezaliman
dan ketidakadilan yang berlaku ke atas Sabah dan rakyatnya menjadi asas
kebangkitan baru pejuang nasionalisme dan patriotisme Sabah dalam kalangan
guru. Kebangkitan mereka akan terus terserlah.
Sejarah
Unik
Setahu
saya, dalam PRU 2013, tiada satu pun parti di Malaysia, baik dari BN mahupun
dari PR yang mempunyai calon seramai itu dari kalangan guru yang bertanding
dalam pilihan raya.
Malah
sejak Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963, tidak pernah tercatat dalam sejarah
politik di Sabah, begitu ramai guru yang meletakkan jawatan, berjuang di
gelanggang. Hanya pada PRU 2013 sejarah demikian tercatat.
Ini
bererti, parti STAR sekali lagi mencipta sejarah baru di Sabah. Sejarah ini
tidak dapat dipertikaikan dan ia akan direkodkan dalam dokumen sejarah.
Sesungguhnya, inilah Kebangkitan Baru Politik Sabah.
Walau
tiada seorang pun antara 10 orang guru yang bertanding itu yang menang dalam
PRU 2013, mereka sebenarnya telah membawa impak yang besar dalam lanskap
politik tanah air. Penglibatan ini tidak akan dilupakan, malah ia membawa sinar
dan harapan baru dalam politik Sabah. Hanya saja para pejuang ini perlu terus
tampil ke hadapan.
Jadi,
Apa Selepas Ini?
Jadi,
persoalannya, apa selepas ini? Dari segi kelangsungan hidup mereka, tentu saja
setiap orang guru yang telah mengambil keputusan untuk berjuang dan seterusnya
melepaskan jawatan mereka sebagai penjawat awam, mempunyai perancangan
masing-masing untuk terus membawa impak kepada diri, keluarga, dan masyarakat.
Dari
segi politik pula, saya yakin bahawa mereka akan terus terlibat dalam
pembangunan komuniti dan mengasah bakat politik mereka dengan lebih tajam dan
berkesan.
Sudah
tentu, rakyat telah membuka mata mengenai kejujuran dan keikhlasan guru-guru
ini berjuang untuk membela nasib rakyat. Jangan ada sesiapa pun cuba
memperkecilkan penglibatan guru ini.
Buat
masa ini, saya melihat hal ini merupakan satu Kebangkitan Baru Politik Sabah.
Ribuan guru telah terlibat dalam gerakan kebangkitan nasionalisme Sabah, baik
secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi.
Untuk
lebih mudah diingat, saya fikir untuk menamakan gerakan kebangkitan ini sebagai
M-10 (Ten Movement), iaitu Gerakan Pejuang Sepuluh sebagai penghargaan dan
penghormatan kepada 10 orang guru yang telah meletakkan jawatan dan seterusnya
diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam PRU 2013.
Namun,
perlu saya tegaskan bahawa Gerakan Pejuang Sepuluh (Ten Movement) ini sama
sekali tidak menafikan para pejuang yang lain. Mari kita terus berjuang.
No comments:
Post a Comment