Monday 27 May 2013

PENYOKONG PAKATAN MENIPU PRU13?






SHAH ALAM : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan.

Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.

"SPR perlu siasat penyokong PR yang mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.

Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.

"Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.

"Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan sama semalam turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

"Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata Ketua Umum PKR dan menambah 'kata dua' akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

Dalam perhimpunan semalam, rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.

Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar "Himpunan Suara Rakyat 505" adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman. (TMI)

26 comments:

  1. Sedap aje dakwa boleh mengundi dua kali. Macam bos Suruhanjaya Pilihan Raya ni cakaplah…takkanlah kalau nama dia sudah dipotong macam mana hendak mengundi dua kali?

    ReplyDelete
  2. Apalah punya penipuan tahap rendah ni…masuk mengundi kali kedua…ambik kertas undi…lepas tu simpan… Sesiapa yang pernah mengundi…boleh percaya ke…masuk tempat mengundi…ambik kertas undi…lepas tu keluar…?

    ReplyDelete
  3. Bukankah lepas duduk belakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita kena pergi ke peti undi untuk masukan kertas undi kita…akan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas kita masukan kertas undi dalam peti undi.

    ReplyDelete
  4. Mana boleh main jalan keluar macam tu…biarlah lojik sikit kalau nak menipu pun… ini bukan macam beli tiket wayang der…beli awal lepas tu letak dalam poket dan boleh pergi jalan-jalan dulu…bila show nak mula baru datang masuk panggung.

    ReplyDelete
  5. Kertas itu dapat aje terus ke tempat pangkah undi lepas tu terus kena masukan ke peti undi…ni budak samdol mana pembangkang gunakan kata al kisah kononnya dia dapat mengundi dua kali….tapi kali kedua dia simpan kertas undi tu…

    ReplyDelete
  6. tak habis-habis menipu pembangkang…dari hari pengundian dengan cerita pengundi Bangla sampai blackout yang tak pernah berlaku kepada buang kertas undi dari helikopter… Sekarang ni cita undi dua kali pulak…yang buat ni Harakah…yang berhormat yang pakai tudung pun bersubahat merepek dan menyebarkan fitnah…

    ReplyDelete
  7. Kita semua faham pembangkang meroyan hendak tunjukkan kononnya Pilihanraya Umum ke-13 dimenangi BN dengan main tipu…namun…semenjak dua ini…semakin banyak bukti memperlihatkan siapa yang menipu sebenarnya kan…

    ReplyDelete
  8. Fitnah memburukkan Suruhanjaya Pilihanraya dengan niat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang lepas sedang giat dijalankan oleh pakatan haram.

    ReplyDelete
  9. Memandangkan mereka telah kalah melalui sistem demokrasi berparlimen negara kita maka jalan jijik dan kotor telah mereka pilih untuk memastikan kerakusan ke Putrajaya dapat mereka laksanakan.

    ReplyDelete
  10. Memandangkan kerajaan Barisan Nasional sememangnya merupakan kerajaan yang baik selama ini, oleh itu mereka begitu yakin bahawa kita tidak akan mampu melawan kejahatan mereka yang tersusun.

    ReplyDelete
  11. Namun mereka lupa bahawa dalam kebaikan kita sentiasa berwaspada dengan agenda jahat melampau pakatan haram. Mereka berfikiran seolah-olah kerajaan tidak akan mampu menepis fitnah dan pembohongan ciptaan mereka.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan kita yang telah memerintah negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi mempunyai jentera yang cukup lengkap. Tambahan pula kita yang sayangkan agama, bangsa dan tanahair akan pastikan fitnah jahat mereka dapat dipatahkan satu persatu.

    ReplyDelete
  13. Mengenai fitnah pembangkang bahawa terdapat pengundi yang mengundi lebih dari sekali merupakan auta semata-mata. Sistem SPR kita merupakan antara yang terbaik didunia bagi memastikan demokrasi berparlimen dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  14. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, tidak mungkin berlaku pengundian lebih dari sekali kerana sekiranya nama sudah dipotong maka pengundian kali kedua adalah mustahil. Jawapan dari Suruhanjaya Pilihanraya ini sememangnya benar belaka. Sila tonton video di bawah untuk lebih memahami.

    ReplyDelete
  15. Bagi mereka yang pernah mengundi sudah pasti dapat memahami senario ini.Tidak ada sesiapa yang masuk mengundi tetapi tidak memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undian. Selepas duduk dibelakang peti undi (untuk pangkah calon pilihan), kita harus pergi ke peti undi untuk memasukan kertas undi kita.

    ReplyDelete
  16. Akan ada kerani SPR dan ejen calon termasuk dari pihak Pakatan Rakyat yang dapat lihat dengan jelas bahawa kertas undi telah dimasukkan ke dalam peti undi. Tiada sebarang pengecualian dalam hal ini.

    ReplyDelete
  17. Pembangkang cuba mencipta fitnah kononnya saksi mereka dapat mengundi dua kali tetapi kali kedua dia simpan kertas undi itu. Nampaknya penipuan berterusan dari pembangkang benar-benar memualkan kita. Bermula dari hari pengundian kononnya pengundi hantu Bangla sehingga isu BLACKOUT palsu kepada buang kertas undi dari helikopter.

    ReplyDelete
  18. Keterdesakkan pembangkang akan menyebabkan mereka buat lebih banyak kesalahan yang bakal kita bongkarkan satu persatu. Nampak gaya mimpi ke Putrajaya pembangkang bakal bertukar menjadi mimpi ngeri mereka.

    ReplyDelete
  19. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada awalnya melanggar perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  20. Pembangkang menggunakan taktik penipuan dan provokasi menerusi pelbagai medium untuk mengelirukan rakyat dan meraih undi menjelang hari pengundian.

    ReplyDelete
  21. pembangkang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa mereka telah mendapat antara 50 dan 70 peratus sokongan daripada pengundian awal iaitu melibatkan anggota tentera dan polis.

    ReplyDelete
  22. Kandungan salah satu daripada SMS-SMS itu berbunyi:

    "Berita baik 50%-70% Tentera /Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UmmNO.BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU"

    Malah pakatan pembangkang juga menyebarkan kononnya mereka mendapat sokongan besar daripada undi pos dari luar negara.

    ReplyDelete
  23. SMS-SMS pembangkang tersebut ternyata secara terang-terangan menipu kerana ketika itu, undi awal sama ada daripada pihak polis, tentera dan undi pos belum lagi dibuka dan dikira.

    ReplyDelete
  24. Salah seorang yang menerima SMS tipu daripada pembangkang itu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang dalam Parlimen Jelebu, Datuk Yunus Rahmat.

    ReplyDelete
  25. Beliau yang menerima SMS itu daripada nombor telefon yang tidak dikenali memberitahu:

    "Di DUN Klawang dan Parlimen Jelebu ini, pembangkang ketandusan modal untuk menghalang sokongan rakyat kepada BN daripada terus meningkat kerana pengundi begitu yakin dengan BN. Rakyat tidak mudah termakan dengan dakyah dan fitnah mereka.

    ReplyDelete
  26. "Sebab itu, mereka terus-terus menipu... mereka menghantar SMS tipu termasuk kepada saya. Saya diberitahu, ramai juga pengundi di DUN Klawang yang dapat SMS itu, saya yakin mereka takkan percaya atau terpengaruh dengan penipuan pembangkang itu.

    "Dari satu sudut, kandungan SMS itu sendiri bukan sahaja menampakkan penipuan pembangkang, malah mereka ingin beritahu rakyat bahawa mereka sendiri mengakui telah melakukan kesalahan besar dengan membuka karung-karung undi awal tanpa kebenaran dan melihat kertas-kertas undi awal secara curi-curi sedangkan undi adalah rahsia."

    ReplyDelete