Oleh
: FMT STAFF
PETALING
JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri
Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan
sejak 3 April 2009 lagi.
Bekas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim
mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang
dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan
dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
"Dalam
Perkara 43(6), sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia
hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah
jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam
Jadual Keenam.
"Oleh
kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya,
maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana
Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat
kepada Perdana Menteri hari ini.
Salinannya
turut dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; Peguam
Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut
Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada
pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh
demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah
terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun,
pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran
DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah
diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat
Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara
pada 3.April 2009 itu lagi.
Katanya,
mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam
Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri
dalam perkara berkaitan undang-undang.
Peguam
Negara gagal
Ternyata
Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja
gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan,
malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan
oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.
"Sepertimana
berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah
“misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan
Presiden Amerika buat kali pertama.
"Namun
Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan
harinya, sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.
"Malahan
gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada
rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau
dipertikaikan di kemudian hari,” katanya.
Bgaimanapun,
berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan
Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka
sejak 3 April 2009 boleh dicabar di
mahkamah.
Mat
Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah
kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau
telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan
rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat
sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada
3 April 2009.
"Sekiranya
Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong
Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.
"Sebaliknya,
Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen
Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28 April 2013,” tambahnya lagi.
Menurut
Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong
untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah
memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.
Akibatnya,
pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak
sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei
lalu sia-sia dan semua keputusannya
adalah tidak sah untuk digunapakai dalam
membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain.
No comments:
Post a Comment