Friday 24 May 2013

TIADA TOLAK ANSUR BAGI ACARA NYALAAN LILIN





         
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI         

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur dengan penganjuran perhimpunan seperti acara nyalaan lilin di Balai polis Jinjang yang disuraikan pasukannya pada malam semalam.

Menurut Mohmad, aktiviti tersebut akan memberi kegusaran kepada orang awam termasuk penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata protes jalanan bukan satu penyelesaian bagi menyatakan rasa tidak puas hati.

"Perkumpulan atau majlis yang berkumpul sebegini rupa merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Jadi pihak polis sudah sampai pada peringkat kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan macam ini kerana dia memberi kegusaran awam kepada penduduk setempat.

"Jadi saya minta biarlah proses undang-undang itu dijalankan seadilnya. Kalau timbul tak puas hati, bukan cara protes di jalanan sebagai proses penyelesaian. Kita ada mahkamah. Bawalah ke mahkamah dan melalui saluran yang sedia ada," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan polis yang menahan seramai 18 orang dan menyuraikan kira-kira 1,000 orang yang hadir untuk menyatakan solidariti kepada aktivis siswa Adam Adli dalam acara berkenaan. (MKINI)

12 comments:

  1. Protes di Singapura diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan dan menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan.

    ReplyDelete
  2. "Saya berharap rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura patut melihat kepada akibat bakal ditanggung mereka sebelum menyertai aktiviti haram," katanya.

    ReplyDelete
  3. Menurut laporan akhbar, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas mereka didapati mengadakan protes di Merlion Park.Penahanan itu dibuat selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana "terlibat secara aktif dalam perhimpunan haram" di Merlion Park, apabila sekumpulan kira-kira 100 orang berhimpun untuk memprotes keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Md. Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek-aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali untuk menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  5. "Reaksi ekstremis dan emosional tidak ada tempat dalam usaha pembinaan negara Malaysia yang stabil, makmur dan aman," katanya.

    ReplyDelete
  6. Polis Singapura sebelum ini menegaskan perhimpunan seumpama itu adalah melanggar undang-undang Singapura, dan rakyat asing yang dibenarkan bekerja atau tinggal di negara ini, perlu mematuhi undang-undang republik itu.

    ReplyDelete
  7. "Mereka tidak patut membawa isu-isu dalam negara mereka ke Singapura dan mengadakan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana akan terdapat kumpulan yang berbeza pandangan.

    "Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

    ReplyDelete
  8. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan yang mengajak rakyat turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan yang sah.

    ReplyDelete
  9. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan penganjur yang melakukan provokasi bertujuan menghasut rakyat adalah salah di sisi undang-undang negara serta boleh menimbulkan kekacauan.

    ReplyDelete
  10. “Itu memang satu ucapan yang berbahaya, yang berbentuk provokasi untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya... dalam perundangan negara kita tidak boleh sesiapa menukar kerajaan melalui cara yang tidak demokrasi, ia mesti dilakukan dengan cara demokrasi,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Ismail berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sudah memikirkan cara yang terbaik bagi menangani situasi tersebut termasuk mengambil tindakan yang bersesuaian ke atas penganjur yang cuba menimbulkan huru-hara.

    “Polis akan ambil langkah pencegahan... sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sah adalah menyalahi undang-undang,” katanya.

    ReplyDelete
  12. hentikan buat protes jalanan

    ReplyDelete