KOTA BELUD : Mantan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan
peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati
keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Sambil menyifatkan Penasihat
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Gila Kuasa' kerana tidak dapat menerima
kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan
kesahihan kerajaan persekutuan hari ini.
"Menang tetap menang
dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda
untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya
mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di
mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang.
"Kita perlu bergerak ke
depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya
berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN
tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami
menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi.
"Sebaliknya, kami akan
bekerja keras untuk menguasainya semula," katanya pada majlis kesyukuran
sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini Sabtu.
Turut hadir Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman
Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud.
Salleh, yang juga timbalan
ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN
sekarang adalah 'kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti".
"Kita menerima
demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minoriti bermakna tiada
parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada
pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu,"
katanya.
Berhubung cakap-cakap bahawa
BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu
dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda
dan bandar.
Sementara itu, Salleh yang
juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi
yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah. (Bernama)
SAYA INGIN MEMINTA KEPADA RAKYAT MALAYSIA AGAR JANGAN MENJADI BODOH, ATAU MENJADI LEMBU KEPADA SATU ORANG YANG GILA KUASA.
ReplyDeleteTOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA MELAYAN SATU ORANG YANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM.
ReplyDeleteWAJARKAH RAKYAT DIPERGUNAKAN HANYA KERANA DIA TAK DAPAT JADI PERDANA
ReplyDeleteMENTERI ? BUKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TU BODOH. JANGAN MEMPERJUDIKAN
MASA DEPAN ANDA.
KALAU ANWAR NAK JADI PERDANA MENTERI, BIAR DIA BUAT SORANG-SORANG.
ReplyDeleteRAKYAT MALAYSIA DAH MELUAT UNTUK MELAYAN KERENAH DAN DRAMA BELIAU YANG
HANYA BIJAK MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN HANYA KERANA NAK JADI PERDANA
MENTERI. TINGGALKAN ANWAR !!!!!