TEMUBUAL...WONG sedang menjelaskan sesuatu kepada
Sabahkini.Net mengenai GST
Oleh:
SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN
: Ahli Parlimen (DAP) Sandakan, Stephen Wong menyifatkan Goods Service Tax (GST) yang bakal dilaksanakan
oleh kerajaan sebanyak 7% peratus pada masa terdekat ini tidak releven dan menjadi
beban kepada rakyat.
Walaupun
kerajaan boleh memperoleh keuntungan hasil daripada GST (Perkhidmatan Cukai
Jualan) untuk menjana pendapatan negara sejumlah RM 27 billion setahun, tetapi
rakyat terus menanggung beban yang berat, terutama sekali bagi golongan
sedarhana dan golongan miskin tegar.
Wong
berkata demikian kepada Sabahkini.Net dalam satu sesi temuramah eksklusif di
pejabatnya di sini kelmarin, ketika diminta mengulas beberapa kenyataan yang
tersiar di beberapa akhbar tempatan berhubung dengan cadangan Idris Jala yang bakal
mewujudkan GST.
“Sepatutnya,
rakyat yang memberi mandat semula kepada Barisan Nasional (BN) untuk tempoh
lima tahun akan datang seharusnya memberikan keselesaan kehidupan rakyat dan
bukannya membebankan rakyat yang mereka
tanggung,” tegasnya.
Wong
menambah, jika GST dilaksanakan, sudah tentu harga barangan keperluan juga
turut dinaikkan dan rakyat yang berpendapatan rendah sudah pastinya mereka
tidak berkemampuan untuk menyara hidup seharian keluarga mereka.
Katanya
lagi, sekiranya GST benar-benar diwujudkan, maka kerajaan akan memperoleh hasil
RM27 billion setahun; tetapi sekiranya
amalan rasuah tidak dihapuskan, kerajaan
akan kehilangan dana sebanyak RM26 billion setahun; tidak termasuk wang
yang dibazirkan kepada kroni-kroni tertentu.
Selain
itu, kata Wong, kewujudan GST memang
tidak wajar kerana satu pembaziran berlaku umpama gali lubang, tutup
lubang dan GST juga memberi impak yang buruk kepada rakyat miskin
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment