Oleh
: SHAIMON S JUMADI
KOTA
LINABALU : Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) akan mengorak langkah menyiapkan kertas
cadangan kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk mewujudkan beberapa
badan baru dalam Kementerian tersebut bagi memantapkan lagi usaha transformasi
belia Sabah.
Cadangan
untuk mewujudkan satu badan yang dinamakan sebagai Majlis Transformasi Belia
Negara (MTBN) dilihat amat perlu pada masa ini bagi menyediakan belia dengan pengetahuan
ilmiah menerusi penggemblengan program Transformasi Belia yang akan
dilaksanakan melalui badan yang dicadangkan oleh PRIBUMI'S.
Presidennya,
Datuk Mohd Jeffry Rosman demikian berkata kepada Sabahkini.Net malam tadi
antara lain memaklumkan bahawa MTBN akan berfungsi sebagai satu badan yang akan
menjalankan program belia khususnya bersifat anjakan transformasi minda belia
ke arah lebih membangun dan efektif; cergas tanpa boleh dipengaruhi oleh anasir
yang tidak sihat seperti demonstrasi jalanan dan memporak porandakan negara.
Disamping
itu juga tambah Jeffry, beberapa program bulanan belia juga bakal
dimasukkan ke dalam kertas cadangan ini yang akan dihantar kepada Menteri Belia
Dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat.
Antara
program induk, 'Juara Belia Transformasi' yang mana akan diadakan di setiap
negeri demi menjiwai dan mencintai perpaduan negara dengan aktiviti yang sihat
dan memberikan banyak ruang dan faedah kepada belia untuk mencuba pelbagai
kemahiran diri yang akan diadakan setiap bulan di setiap negeri.
“Usaha
PRIBUMI'S ini adalah bukan untuk mencari populariti tetapi lebih kepada mencurah
idea dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman
politik walaupun sedar NGO ini bakal dikecam atau dicemuh oleh para pencinta
huru hara," kata Jeffry yang bertekad menjayakan visi ini bersama ribuan
ahli Pribumi's.
Katanya
lagi, program ini bagi memastikan kejayaan iltizam Kerajaan Barisan Nasional
melalui Gagasan 1 Malaysia agar benar-benar sampai ke hati rakyat Malaysia dan
memilih Belia sebagai generasi pelapis negara di masa akan datang.
Dalam
pada itu, kata Jeffry, terdapat beberapa
lagi kertas cadangan PRIBUMI'S bakal dikemukakan bersama beberapa NGO dan
berharap agar semua rakyat Sabah bersatu, bekerjasama dan melupakan sengketa
parti dengan merintis jalan damai membangun bersama Malaysia.
No comments:
Post a Comment