Oleh
: AIDILA RAZAK
SEORANG
pegawai pengendali Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung kes imigran Sabah
mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya memuatkan gambar pengundi dalam
daftar pemilih untuk memastikan individu yang membuang undi adalah pengundi
tulen.
Pegawai
pengendali tersebut, Manoj Kurup berkata langkah tersebut dapat mengelakkan
kejadian melibatkan individu berbeza menjadi pemegang MyKad dengan nombor yang
sama.
Situasi
berkenaan dibangkitkan semasa prosiding suruhanjaya tersebut semalam.
Manoj
berkata, cadangan tersebut boleh dilaksanakan memandangkan SPR boleh mengakses
pengkalan data dan gambar pemegang MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara melalui
Agency Link-Up System (ALIS).
Saksi,
Yusniati Ishak, yang merupakan pegawai SPR, berkata cadangan tersebut boleh
dikemukakan namun berkata "sedikit sukar untuk pengundi mengemukakan
gambar" kepada suruhanjaya tersebut.
No comments:
Post a Comment