Tuesday 28 May 2013

TIDAK PERLU KEJAR JAWATAN MENTERI





         


Saudara Pengarang,

SAYA Mohd Azmi Bin Ibrahim, berasal dari kawasan N 26 Kuala Penyu dalam Parlimen 177 Beaufort ingin menyuarakan rasa kesal di atas tindakan segelintir penyokong UMNO Beaufort yang telah mengeluarkan kenyataan rasa terkilan terhadap perlantikan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.(BACA SINI)

Bagi saya, isu perlantikan ke jawatan berkenaan tidak penting kerana seseorang pemimpin itu harus benar-benar menjadi wakil rakyat bagi membawa suara rakyat; bukan mementingkan jawatan semata-mata.

Jika jawatanlah yang dikejar, lebih baik bermuhasabah diri.  Sebagai pengundi, kami mahukan pemimpin yang rajin bekerja dan ikhlas untuk rakyat seperti Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin.

Kini Azizah menggalas tugas yang telah dijalankan Lajim sebelum ini; maka para pengikutnya seharusnya menghentikan sikap tidak puas hati hanya kerana diberi jawatan Timbalan Menteri,

Azizah seharusnya lebih fokus kepada keperluan masyarakat Beaufort kerana para pengundi turut kecewa kerana kediaman Wakil Rakyat sunyi sepi tidak berpenghuni sehingga rakyat sukar berkomunikasi dan meluahkan masalah mereka.

Sewajarnya, Wakil Rakyat Beaufort menunaikan segala janji yang telah diucapkan semasa berkempen PRU-13 agar tidak disingkirkan para pengundi pada PRU-14.

TATAP BN!

Salam Hormat,

MOHD AZMI IBRAHIM

No comments:

Post a Comment