Tuesday, 28 May 2013

KONTRAKTOR GAGAL SELENGGARA PASAR UMUM






PERIKSA...Wong bersama-sama pekerja MPS membuat pemeriksaan ke atas  saliran parit yang tersumbang dan bertakung.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Bau busuk yang meloyakan menyelubungi sekitar kawasan Pasar Umum dan deretan premis perniagaan ekoran saliran parit tersumbat sejak sekian lama dan tidak diselenggarakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kemarahan masyarakat setempat.

Selain saliran parit tersumbat, terdapat beberapa petak letak  kereta  di kawasan yang sama, berlubang-lubang dan telah dipenuhi takungan air yang berbau busuk sehingga telah menyulitkan para pengguna meletakkan kereta mereka di situ.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Stephen Wong yang menerima aduan daripada orang ramai berhubung masalah berkenaan bergegas  membuat tinjuaun ke Pasar Umum sambil ditemani oleh dua orang Pembantu Unit Penguatkuasa MPS untuk memeriksa keadaan sebenar.

Memandangkan keadaan bau busuk bukan satu perkara baru yang dialami, lantas Wong meminta MPS agar dapat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan parit dan menimbus lubang-lubang yang terdapat  di petak tempat letak kereta dengan kadar segera.

Sabahkini.net dimaklumkan bahawa semua kerja penyelenggaraan kebersihan adalah di bawah seliaan pihak kontraktor  yang dilantik oleh MPS sejak beberapa tahun lalu; tetapi  prestasi perlaksaan kerja yang dikendalikan kontraktor terbabit tidak begitu memuaskan dan amat mengecewakan semua pihak.



BUSUK...Tempat letak kereta dipenuhi takungan air berbau busuk.

No comments:

Post a Comment