Oleh : SSTDMM
ADAM Adli telah mengumumkan
pada rakyat Malaysia bahawa dia telah memilih jalan raya sebagai jalan terakhir
utuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia
lebih daripada 50 tahun.
Daripada negara yang masih
bertatih selepas kemerdekaan, kerajaan Barisan Nasional telah menukar Malaysia
sebagai gergasi asia negara industri dunia.
Kerajaan inilah yang
diimpikan oleh Adam Adli untuk digulingkan. Maka, apakah impian revolusi baru
di Asia Tenggara ini mampu dilunaskan oleh Adam Adli, Anwar Ibrahim and the
gang?
Apakah faktor-faktor di
Malaysia sudah mencukupi untuk Anwar Ibrahim memulakan sebuah revolusi? Berjaya
atau tidak, itu belakang kira. Di sini pentingnya sejarah untuk kita pelajari.
Ada beberapa buah revolusi dunia yang memanggil saya untuk diceritakan kepada
kalian. Kita harus menyelami sejarah revolusi dunia, dan bagaimana revolusi itu
terjadi.
Kita bermula dengan sejarah
silam. Sebuah revolusi yang dicatat sebagai antara revolusi terbesar yang
pernah dunia lihat. Sebuah revolusi yang telah mengumpulkan 3 juta rakyat untuk
menggulingkan Dinasti Han di China, pada penghujung zaman kejatuhan Han, dan
antara fasa peralihan Dinasti Han kepada Zaman Tiga Kerajaan sebelum Dinasti
Jin mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang terlindung oleh banjiran Tibet
dan Lautan Pasifik.
Mari kita kaji 'Yellow
Turban Rebellion', yang merupakan revolusi pertama dalam sejarah dunia
menjadikan warna sebagai lambang revolusi, yang kemudian kita dapat melihat
percubaan revolusi yang sama berlaku di Malaysia iaitu BERSIH.
Masing-masing menjadikan
warna kuning sebagai lambang revolusi mereka. Ya, the colour revolution telah
bermula awal sejak pada kurun kedua selepas masihi.
Yellow Turban Rebellion
berlaku pada zaman pemerintahan Emperor Ling. Diceritakan bahawa pada penghujung
pemerintahan Han. Pada saat hujungnya umur Dinasti Han, dikatakan rakyat
menderita.
Maharaja Ling dan beberapa
orang Maharaja sebelum itu. Tetapi kita mesti ingat, bercambahnya perasaan
tidak puas hati ini sebenarnya sudah lama. Kalau dirujuk pada sejarah, ada
beberapa faktor yang menjadi pencetus kepada antara revolusi terbesar dalam
sejarah dunia ini.
Ketika zaman-zaman terakhir
pemerintahan Han, sang Maharaja banyak dipengaruhi oleh sida-sida yang menjadi
penasihat istana. Mereka galak membuat sesuka hati mereka. Pegawai-pegawai
kerajaan akan dipancung kepala sekiranya bersuara untuk rakyat.
Maharaja pula malas mahu
memerintah, menyerahkan urusan negara kepada sida-sida. Malah, ketika bencana
alam dan epidemik berlaku di dalam negara, Maharaja Han terakhir tidak pun 'Peduli'
untuk membantu rakyat bahkan 'Cukai Dinaikkan Dengan Sesuka Hati'. Orang ramai
menderita.
Tetapi ingat, penderitaan
ini bukannya sekadar setahun dua, tetapi berlaku puluhan tahun sampai 'Rakyat
Lebih Suka Untuk Mati Perjuangkan Hak Mereka' daripada 'Duduk Di Dalam Rumah'.
Apakah faktor utama kepada
revolusi itu anda lihat di Malaysia? Rakyat Malaysia 'Lebih Rela Memilih Katil
Empuk' atau 'Berjuang Tanpa Tidur, Makanan Dan Mungkin Hilang Nyawa?' Anda
fikir?
Okey, alang-alang kita
bercakap soal revolusi. Mari kita buka lembaran sejarah, kita selami satu demi
satu revolusi yang berlaku di dunia. Moga fikiran kita akan terbuka. Cadangan
saya kita teruskan dengan mengkaji dan belajar mengenai Revolusi EDSA di
Filipina. Ini ialah revolusi yang antara yang terpantas menggulingkan kerajaan.
Ada persamaan revolusi EDSA
dengan 'Bersih' dan 'Yellow Turban'. Masing-masing menggunakan warna sebagai
lambang revolusi mereka. Warna kuning; pengkaji teori konspirasi pasti akan
berpendapat bahawa ini ialah agenda 'Hidden Hand', tetapi di sini bukan tempat
untuk kita bicara subjek lain dalam pengkajian teori konspirasi tetapi sekadar
analisis jitu dan pembelajaran kita mengenai jenis-jenis revolusi yang menurut
saya harus dikenang dan dikaji.
Kembali kepada topik kita,
revolusi EDSA. Apa yang menariknya mengenai revoulis EDSA sebenarnya diketuai
oleh seorang senator bernama wanita yang bernama Corazon Aquino yang seterusnya
menjadi Presiden Wanita Pertama di dunia. Apa yang kita perlu tahu, terdapat
banyak persamaan dalam revolusi ini dengan gerakan menggulingkan kerajaan yang
sedang dilancarkan oleh Anwar And The Gang.
Siapa yang tidak kenal
dengan Presiden Ferdinand Marcos, salah seorang diktator yang terkenal di
dunia. Sejarah kediktatoran Ferdinand Marcos bermula apabila apabila pada tahun
1965, Marcos memenangi pilihanraya presiden.
Namun 5 tahun di bawah
pemerintahan Marcos menyaksikan janji-janji 'Bulan Dan Bintang' Marcos 'TIDAK'
ditunaikan semasa pilihanraya bahkan, Filipina menjunam teruk dalam korupsi dan
penindasan. Bilangan mereka yang miskin semakin bertambah, manakala jurang
antara orang miskin dan kaya semakin melebar.
Penggal kedua Marcos, dia
masih memenangi pilihanraya tetapi dengan tuduhan bahawa Marcos telah menipu
pilihanraya. Pengal kedua Filipina di bawah Marcos menyaksikan bahawa negara
Filipina dilabelkan antara negara Asia yang paling teruk korupsinya di dunia,
rakyat semakin sengsara sehingga tertubuhnya NWA (New People Army).
Ketika itu rakyat sudah
menderita tersangat di bawah Marcos. Lantas, Marcos menyedari bahawa mungkin
dirinya akan kalah pada pilihanraya yang akan datang. Menggunakan kuasa sebagai
presiden yang dimilikinya berpandukan perlembagaan Filipina, maka Marcos
mengumumkan undnag-undang darurat.
Di sinilah bermulanya
kediktatoran Marcos. Selama 21 tahun Filipina sengsara di bawah Marcos.
Sehinggalah tiba detik pada
pada 1983, suami kepada pemimpin Revolusi EDSA di Filipina ditembak mati oleh
Rejim Marcos. Ninoy Aquino merupakan seorang yang sangat menentang pemerintahan
Marcos. Ketika dia kembali dari penahanan politik, sebaik sahaja tiba di
lapangan tebrang, Marcos telah mengupah orang untuk menembak Ninoy sampai mati.
Di sini ialah kemuncak
kepada kemarahan rakyat Filipina. Seorang suri rumah akhirnya menjadi penggerak
dan pemimpin kepada Revolusi EDSA, iaitu isteri Ninoy sendiri, Corazon Aquino.
Para penjilat punggung
Marcos daripada kumpulan tentera dan ahli politik sendiri telah memberi amaran
kepada Marcos, dia harus berbuat sesuatu iaitu mengembalikan pilihanraya yang
telah dihalangnya selama ini menggunakan undang-undang darurat. Justeru, dunia
melihat pilihan raya pertama di Filipina selepas puluhan tahun.
Pada tahun 1985, akibat
tidak tahan dengan desakan polis dunia iaitu USA, maka pilihanraya terpaksa dilakukan
di Filipina. Corazon Aquino, si suri rumah yang mengetuai revolusi akan
bertanding dengan Marcos, si DIKTATOR.
Malangnya, pilihanraya ini
terdapat unsur penipuan dan kali ini disertakan dengan bukti 'Kukuh'. Bukti
kukuh inilah yang telah menarik perhatian Presiden USA ketika itu. Ronald
Reegan telah mengesa agar Marcos berundur. Namun, Marcos tetap berdegil.
Kemuncak kepada pemerintahan
Marcos ialah orang kanan Marcos akhirnya mengumumkan meletak jawatan. Mereka
kemudiannya akan dilantik menjadi Ketua Polis oleh Presiden Aquino.
Kemudian, mesej telah
disebarkan kepada seluruh Filipina agar semua rakyat turun ke Epifanio de los
Santos Avenue, sebuah yang dikenali sebagai EDSA.
Nama revolusi ini diambil
daripada nama tempat sebuah tempat di Filipina yang menjadi saksi kepada
revolusi ini. Dikatakan sebanyak 1.5 juta orang rakyat telah berhimpun di sana,
menyeru Marcos meninggalkan jawatan presiden.
Selepas empat hari, Marcos
terpaksa akur dan revolusi ini dikenali dunia sebagai revolusi yang paling menjimatkan
kos dalam sejarah dunia.
Apa yang saya nampak, pihak
pembangkang cuba menggunakan modus operandi yang mahu melihatkan kerajaan BN
seakan-akan menipu pilihanraya, dengan bukti-bukti yang di bawa oleh mereka
yang kemudiannya dibuktikan sebagai palsu oleh kerajaan dan banyak page pro-BN.
Mereka cuba mewujudkan
Corazon Aquino kedua di Malaysia. Selepas itu, mereka cuba memohon bantuan
Amerika, mahu mewujudkan situasi yang sama apabila presiden Amerika mengencam
rejim Markos. Lihat sahajalah facebook Obama dispam oleh Cina DAP yang tidak
mengenal erti bersyukur. Malangnya, Obama tidak melayan mereka sebaliknya
mengirimkan ucapan tahniah.
Tetapi ada sesuatu yang
membuatkan rancangan pihak PR gagal, iaitu BN bukanlah rejim Marcos. Demokrasi
tidak pernah mati seperti mana yang dikatakan oleh pembangkang dan Malaysia di
bawah BN semakin hari semakin maju, dengan lambakan pelabur asing masuk, dengan
peningkatan GDP negara, dengan pengurangan peratus kemiskinan tegar dan
kemiskinan, berbeza sekali dengan Filipina di bawah rejim Marcos.
Bahkan, Filipina pada hari
ini, yang sudah melalui dua revolusi, iaitu satu lagi revolusi yang dikenali
sebagai Revolusi EDSA II, tetap tidak mampu berdiri setanding Malaysia.
Ciri-ciri revolusi yang mahu
dibangkitkan oleh Anwar and The Gang yang saya nampak kali ini ialah Reformasi
1998 di Indonesia. Tahukah anda perkataan reformasi yang di bawa oleh Anwar
sebenarnya datang daripada Reformasi 1998?
Ada sedikit persamaan dalam
Reformasi 1998 di Indonesia dengan reformasi yang cuba di bawa oleh Anwar. Mari
kita buka helaian sejarah Indonesia.
Ketika pada krisis ekonomi
pada 1997-1998, kebanyakan negara Asia di dunia mengalami masalah ekonomi ynag
besar. Banyak yang terpaksa melutut di kaki IMF, yang merupakan dalang utama.
Antaranya ialah Indonesia,
di bawah kepimpinan Presiden Suharto. Malangnya, Suharto telah meranapkan
ekonomi Indonesia yang suatu masa dahulu mengatasi Malaysia.
Reformasi di Indonesia ini
digerakkan oleh ribuan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan
Suharto. Kompleks Parlimen yang menghimpunkan seluruh wakil rakyat yang dipilih
telah di tawan oleh jutaan mahasiswa.
Revolusi menggulingkan
Suharto ini agak menarik untuk dikaji kerana ianya digerakkan oleh mahasiswa.
Di mana selepas jatuhnya Suharto, pemimpin revolusi ini seperti Amen Rais, Gus
Dhur dan Megawati Soekarnoputri menjadi Presiden Indonesia.
Pemerhatian saya, di mana
betapa 'genius' seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Dia menggunakan pelbagai
modus operandi daripada berbilang revolusi di dunia dalam perancangannya.
Menggunakan elemen warna
kuning yang sudah sinonim dengan revolusi di dunia, menuntut beberapa penambah
baikan dalam pilihanraya. Antaranya ialah Dakwat Kekal.
Anwar tahu beberapa
kelemahan dakwat kekal seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Najib
terpaksa akur kerana takut kehilangan undi, mahu menunjukkan kepada rakyat
seberapa demokratik mungkin.
Kemudian, api Revolusi EDSA
cuba dibakar. Sumbu sudah disediakan. Maka, Nurul Izzah menjadi hero. Mula
mendabik super menjadi superwoman apabila menggemparkan Malaysia apabila
mempertikaikan mengapa dakwat kekal boleh dipadam?
Sabar! Itu baru sahaja
permulaan kepada cubaan menjadikan dan menimbulkan faktor yang membawa kepada
Revolusi EDSA.
Lalu, ketika mereka tidak
dapat menerima kekalahan PRU13. Mereka mula memainkan isu pilihanraya tidak
bersih, demokrasi sudah mati, dan blackout. Mahu menggambarkan bahawa Najib
seperti Marcos.
Mujurlah page-page pro BN
seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) dan Friends Of BN berjaya menangkis
tuduhan mereka, namun masih ada yang buta hati.
Senjata yang telah
meranapkan rejim Suharto di Indonesia cuba digunakan oleh Anwar. Kuasa
mahasiswa; maka mahasiswa seperti Adam Adli yang rela dipergunakan oleh Anwar.
Malangnya, saya tidak nampak
gelombang yang sehebat seperti Reformasi 1998 di Indonesia bakal bermula. Anwar
Ibrahim akan gagal… kenapa? Anwar Ibrahim terlupa satu faktor 'Yang Menjadi
Penggerak Kepada Revolusi'.
Kesengsaraan rakyat? Apakah
rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN benar-benar sengsara? Tanya pada diri anda?
Saya kompilkan bersama anda tiga kisah Revolusi yang pernah berlaku dalam
sejarah untuk ditatap oleh anda. Apakah faktornya ada di sini? Zalimkah BN bila
perut anda dengan buncit makanan? Tanya pada diri anda?
Pakatan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin mengalam fikiran salah yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
ReplyDeletePakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagaimana mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, Pas, DAP, Kita dan Bebas.
DeleteKeputusan pilihan raya umum ke 13 menunjukkan BN mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjai Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang jelas di Permatang Pauh.
DeleteTidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.
DeleteLagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.
DeleteMalah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.
DeleteJika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.
DeleteKenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.
DeleteWalau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.
DeletePersoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 – 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan?
DeleteTentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim.
DeleteIni jelas menunjukkan Anwaar tidak berpuas hati kepada mandat yang datang daripada rakyat malah menganjur pula perhimpunan haram tanpa permit di mana sepatutnya membuat petisyen sahaja dan menunggu sampai tiba waktu untuk pengadilan yang betul.
ReplyDeleteAnwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara dari politik walaupun pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya. Lantas beliau tidak menghiraukan janji awalnya akan bersara jika tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteMengapa perlu bersara? tempelak Anwar. Katanya, beliau akan bersara jika Pakatan Rakyat kalah. Namun, tingkahnya, Pakatan Rakyat sebenarnya menang. Cuma konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan kemenangan itu.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteSelanjutnya, Anwar pun berpidato bahawa kerajaan hari ini adalah tidak sah kerana ia menang melalui penipuan. Lantas, adalah menjadi tanggungjawabnya baginya meneruskan perjuangan untuk menumbangkan kerajaan tidak sah ini.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteMaka matlamat ini menjadi semboyan yang mengujanya untuk terus berkecimpung dalam politik Malaysia. Menentang kerajaan kali ini adalah sah dan halal baginya. Justeru beliau akan terus membarakan jiwa juang dan kesedaran rakyat bahawa perjuangan menegakkan sebuah negara benar-benar demokratik belum selesai.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteSeperti biasa bagi memberi rencah lebih menggiurkan dalam fasa perjuangan kali ini, Anwar awal-awal lagi membuat ramalan bahawa kemungkinan beliau akan ditangkap adalah besar. Sebab itu beliau sudah menghebahkannya terlebih dahulu kemungkinan itu. Sebab mengapa beliau akan ditahan ialah kerana dituduh cuba mencetuskan penentangan dan menumbangkan kerajaan.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteOleh itu, beliau pun berwasiat bahawa sekalipun beliau ditahan, perjuangan ini perlu diteruskan. Maka gegak gempitalah penyokong-penyokongnya menyahut cabarannya dengan azam untuk berjuang hingga kerajaan BN tunduk dan berundur. Semuanya akan digerakkan oleh Anwar dari celah jeriji besi kamar tahanannya.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteKelak dunia akan tahu kebobrokan politik Malaysia. Maka banyaklah pertubuhan seluruh dunia yang akan menamakan beliau sebagai “pejuang dalam tahanan” (prisoner of conscience). Ini akan meletakkan namanya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi. Daripada sekadar berjuang menggantikan kerajaan yang korup, Anwar akan dikenali sebagai pejuang kebenaran, keadilan sejagat.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteSebenarnya apabila sampai di tahap itu, Anwar tentu berasa selamat dan lebih aman untuk mengarahkan gerakan menumbangkan pemerintah seperti berlaku di beberapa negara Arab yang dinamakan Arab Spring. Menilai tindak tanduknya sejak 5 Mei lalu, Anwar memang mahu merintis jalan ini. Egonya besar mahu menjadi perdana menteri. Maka apabila cita-citanya tidak tercapai beliau perlu alasan yang kukuh. Demikianlah alasannya, Pakatan Rakyat tidak kalah tetapi kemenangannya dirampas oleh SPR! Biar dunia tahu.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteDi sebalik kecekalan, kegigihan dan ego besar Anwar ini rakyat dihalakan kepada satu lagi perspektif lain yang mungkin memperjelaskan kenapa Anwar begitu kemaruk untuk menjatuhkan kerajaan BN yang baru mengangkat sumpah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 awal bulan ini. Teropong politik ini bukan datang dari dalam negara tetapi dipancarkan oleh sebuah badan penyelidikan dari Kanada yang dikenali sebagai Global Research Foundation yang agak mengejutkan.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteLaporan yang ditulis oleh Tony Carlucci menyifatkan kejayaan BN dalam PRU ke 13 lalu ialah satu kemenangan menyekat Malaysia menjadi bidak percaturan Amerika Syarikat dan Britain yang mahu mengembangkan hegemoni mereka dan menyekat kemaraan China daripada menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan dunia.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteCarlucci membentangkan kaitan tajaan beberapa konglomerat Amerika Syarikat seperti Boeing, Goldman Sachs, dan Exxon serta Dewan Perdagangan Amerika Syarikat melalui pertubuhan seperti National Endowment Fund for Democracy (NED) demi menghidupkan demokrasi seluruh dunia.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteWalhal, kata Carlucci tujuan sebenar NED ialah menumbangkan kerajaan di sesebuah negara yang mahu dikuasai Amerika Syarikat. Antara yang mendapat habuan NED ialah badan penyelidikan Merdeka Centre for Democracy dan juga pergerakan Bersih “untuk pilihan raya yang bersih dan adil”. Sejak pendedahan ini dibuat pada 9 Mei lalu, belum ada penafian daripada Bersih mahupun Merdeka Centre. Anwar juga belum memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan itu.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteTaktik pertubuhan-pertubuhan yang ditaja oleh NED ini umumnya adalah sama. Pertama, war-warkan kemungkinan ada penipuan dalam pilihan raya sebelum penamaan calon diumumkan. Ini diikuti dengan usaha mempertikaikan wibawa badan pengendali pilihan raya dan akhir sekali jika “calon-calon Amerika” ini kalah, ledakan demonstrasi jalanan seperti Arab Spring.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteDi tengah-tengah kemelut yang cuba diwujudkan di Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim. PAS dengan tegas dan jelas menjarakkan diri dari taktik ini. DAP pula berhati-hati dalam membuat pendirian dan membabitkan diri terbabit dengan bertopengkan alasan ia adalah aktiviti kerajaan negeri yang tidak perlu permit polis.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteNampaknya yang masih tegar meniupkan api kebencian terhadap kerajaan ialah Anwar Ibrahim. Di samping itu beliau pun mengacah-acah pihak berkuasa untuk menahannya. Ini adalah satu provokasi. Jika ditahan Anwar berharap akan dipandang sebagai wira. Sebenarnya, sejak keluar penjara pada tahun 2004, Anwar Ibrahim sudah terlalu lelah. Beliau perlu berihat. Untuk berundur rasa malu. Egonya besar. Sebab itu, beliau lebih senang ditahan untuk mendapatkan rihatnya.
Anwar perasan yang dirinya sebaris dengan pemimpin-pemimpin ulung dunia seperti Nelson Mandela dan juga Aung San Su Kyi
ReplyDeleteLangkah seterusnya harus dipacu oleh rakyat. Sama ada benar atau tidak Anwar dan konco-konconya ditaja oleh kuasa-kuasa “neo colonialis” tidak berapa penting. Yang lebih utama rakyat buka mata dan menjawab soalan, apabila berlaku Arab Spring, siapakah yang mengaut untung daripada keruntuhan sistem negara di Mesir, Libya dan kini Syria?
rakyat takkan terpedaya dgn propaganda jahat Anwar
ReplyDelete