Friday, 31 May 2013

ANWAR SEMAKIN LUPA DIRI?






SEBAGAI seorang anggota biasa dalam PKR, saya terpanggil untuk mencoret sedikit pandangan saya semasa Kongres Nasional PKR ke 9 baru-baru ini. 

Seorang pembahas dari Selangor telah meminta untuk meletakan anggota parti dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) di Selangor.

Lalu di balas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan ini adalah budaya Umno. Budaya Umno penuh dengan rasuah.

Sebagai seorang anggota parti yang berjuang di peringkat bawahan, saya rasa amat terkejut di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Ia menganggap seolah-olah pimpinan parti ini korup, penuh dengan rasuah dan tidak mempunyai kelayakan. Mereka ini hanya tamat setakat darjah enam sahaja.          

Harus diingat, yang dituduh inlah telah berkerja tak kira siang atau malam, panas terik dan dalam hujan lebat hanyalah untuk memastikan tumbangnya parti lawan, iaitu Umno dan menaikkan nama baik beliau sendiri selaku Ketua Umum yang bakal memerintah Malaysia ditakdirkan Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13 lalu.

Mengapa harus dipilih dan diangkat semua calon-calon wakil rakyat dari parti!

Mengapa tidak semua calon harus datang dari luar yang tidak ada kena mengena dengan parti.

Ini kerana beliau menuduh semua orang parti akan mengamalkan rasuah.

Ianya satu penghinaan yang amat dahsyat kepada anggota parti yang mana beliau sebagai Ketua Umun tetapi tidak mempercayai anggota parti beliau sendiri.

Anggota bawahan ini hanya layak untuk mendengar ceramah beliau dan menampal poster sahaja.

Apabila gagal mendapat pendengar yang agak banyak, beliau akan memarahi penganjur yang dikatakan gagal.

Kerana terbuai oleh mimpi indah untuk menjadi Perdana Menteri dan diapit oleh rakan-rakan rapat beliau yang dianggap penasihat maka inilah terjadi.

Pengorbanan anggota parti sudah tidak dinilai. Hanya lakonan kamu di hadapan rakyat sahaja.

Anwar, kamu harus ingat semua anggota di bawah ini menentang rasuah kerana itu kami bersama kamu.

Kamu harus ingat bahawa kami juga mempunyai kelayakan dan kelulusan. Hanya mereka yang layak boleh dilantik bukan semua yang ada.

Mereka ini yang akan memastikan segala dasar yang telah ditetapkan oleh parti dilaksanakan oleh setiap GLC.

Kita bukan meminta GLC untuk membantu dana parti. Hanya memastikan GLC melaksana dasar yang telah ditetapkan oleh parti sebagai pembuat dasar.

Selangor mempunyai Selcat yang mana kita boleh membawa sebarang kes penyelewangan ini untuk diambil tindakan.

Kita juga boleh melaporkan terus kepada SPRM jika mahu. Yang pasti SPRM akan menyiasat sepantas mana yang boleh untuk kita.

Apa yang perlu ditakut, adakah tidak perlu didakwa sekiranya seorang melakukan kesalahan di Selangor atas dasar menjaga kepentingan politik.

Itu memang budaya Umno kerana orang politik kebal dari tindakan undang-undang.

Ingatlah, apabila kita berada diatas janganlah kita menganggap hanya kita sahaja yang betul dan hebat.

Rakyat bawahan hanya pelengkap kemenangan sahaja. Jangan hanya bercakap menamam tebu di tepi bibir tetapi disumbat cuka kedalam mulut.

Ingat semasa pelancaran program Demi Rakyat di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 19 Jun 2011, apa yang telah beliau berjanji, dengan siapa kamu berjumpa selepas pelancaran program tersebut,kalau bukan ketua-ketua cabang PKR sendiri, apa janji kamu terhadap mereka?

Mungkin dahulu saya menganggap kamu yang terbaik tetapi menilai dari ucapan kamu di kongres kali ini membuat saya terfikir kembali.

Adakah saya berada dilandasan perjuangan yang iklas dan jujur?

Salam Hormat,

ANAK JATI PKR

No comments:

Post a Comment