KOTA
KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berpendapat
prestasi buruk beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum ke-13 tidak mewajarkan bagi BN dijadikan sebagai parti tunggal.
Beliau
berkata sebaliknya semua parti komponen BN bersatu atas hakikat setiap parti
mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri.
Memberikan
contoh latar belakang BN untuk menyokong pandangannya itu, Liew berkata: “Kita
sorot semula bagaimana BN dibentuk pada awal 1970-an untuk menggantikan
Perikatan ketika itu, kita tahu setiap parti komponen beroperasi untuk iltizam
dan tujuan bersama, sebagai parti tersendiri yang keanggotaannya mengikut kaum.
“Dalam
erti kata sebenar, setiap parti komponen mewakili kepentingan kaum atau
masyarakat tertentu di Malaysia. Bagaimanapun, BN hanya berperanan sebagai satu
parti semasa pilihan raya dengan semua calon parti komponen bertanding
menggunakan lambang BN dan berkempen di bawah manifesto BN walaupun setiap
parti komponen turut mengeluarkan manifesto sendiri.
“Kejayaan
setiap parti kemudian diukur daripada segi keupayaan untuk memenuhi tuntutan penduduk
di kawasan masing-masing dan berapa banyak kawasan dimenangi mereka pada
pilihan raya umum,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Liew
diminta mengulas cadangan Gerakan baru-baru ini supaya BN dijadikan sebagai
parti tunggal mewakili pelbagai kaum.
“Kita
jangan lupa akan kerelevanan sesetengah perwakilan kaum dalam sebuah negara
majmuk kerana kita (LDP) dilihat masih amat penting. Dan sebuah kerajaan yang
mempunyai perwakilan daripada pelbagai kaum, dalam masyarakat majmuk adalah
lebih efektif daripada sebuah kerajaan yang didominasi oleh satu komuniti.
“Negara
kita tidak seperti negara lain yang didominasi satu bangsa dan golongan
minoriti dipinggirkan yang menyebabkan timbul konflik apabila kepentingan
mereka diabaikan. Kita, sebagai sebuah negara dengan mempunyai banyak kaum
etnik, telah mengalami perubahan sejak kemerdekaan dan kepentingan sesetengah
kaum dijaga oleh parti komponen masing-masing,” katanya.
Mungkin
berpecah
Liew
berkata BN sebagai parti tunggal mungkin akan mewujudkan perpecahan dalam
kerajaan yang mungkin akan membawa pertikaian khususnya dalam isu membabitkan
kepentingan minoriti atau kaum tertentu di negara.
“Tidak
ada ruang di tengah-tengah kerana isu kaum sebaiknya dikendalikan kaum
masing-masing. Tidak dinafikan, dalam setiap sistem parti-parti politik, ada
baik dan buruknya”.
Liew
berkata walaupun wujud isu dalam gabungan dan ada sesetengah rakan kongsi
berasa dipinggirkan tetapi perkara itu dapat diselesaikan tanpa perlu objektif
BN dikompromi.
“Bagi
saya, isu paling penting bagi BN sekarang ialah melihat semula seluruh
objektifnya, secara holistik, dan menambah baik sistem sedia ada untuk
menjadikannya lebih relevan, lebih efektif dan lebih dinamik untuk masa depan
negara yang amat kita cintai, dan untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang
dan etnik yang kita amat sayangi.
“Saya
percaya kita boleh makmur dan maju bersama-sama dan tiada gunung yang terlalu
tinggi yang tidak mampu kita daki. Kita tidak berada dalam keadaan perpecahan
politik yang teruk sepertimana dianggap. Kita ditakdirkan untuk bersatu dan
bukannya berpecah,” katanya. (FMT)
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan menyambut baik syor mahu menjadikan BN sebagai parti tunggal pelbagai kaum, tidak lagi seperti sekarang di mana BN hanyalah merupakan gabungan parti-parti yang kebanyakannya berasaskan kaum seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya, MIC dengan Indianya manakala lain-lain parti pula dengan kepentingan perjuangan masing-masing.
ReplyDeleteMenurut Muhyiddin, syor itu walaupun baik tetapi perlu kajian mendalam dan sikap berlapang dada semua parti-parti dalam komponen BN. Maknanya, walaupun ia disedari baiknya tetapi tidak mudah diterima oleh semua orang.
ReplyDeleteSekali imbas, sikap Muhyiddin ini menggambarkan kesedaran beliau bahawa parti politik berasaskan kaum semakin tidak diterima rakyat dan mungkin pupus akhirnya. Sikap masyarakat yang semakin terbuka dan berpendidikan menyebabkan semakin ramai yang merasakan perjuangan berasaskan kaum adalah perjuangan yang sempit dan tidak membantu keharmonian negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.
ReplyDeleteSelain itu, dengan masing-masing parti berjuang hanya untuk kaum masing-masing lebih mudah menyebabkan timbulnya ketegangan kaum. Untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, kewujudan BN sebagai parti tunggal berbilang kaum seharusnya diterima baik.
ReplyDeleteIa lebih membantu ke arah pembinaan negara yang stabil dan harmoni. Tetapi sebagai negara yang majoritinya Melayu dan Bumiputera, keutamaan dan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu seharusnyalah dikekalkan, sejajar dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Negara sendiri.
ReplyDeleteBarangkali inilah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin apabila beliau meminta semua parti berlapang dada menerima syor ini. Janganlah nanti, masing-masing menuntut hak sama rata pula tetapi yang pentingnya dengan menjadikan BN sebagai parti tunggal ini akan menjadikan segala perbincangan dan tuntutan mengenai kaum dapat dilakukan secara terbuka dan telus, tidak lagi seperti sekarang di mana dalam mesyuarat UMNO, banyak serangan seperti nak berperang ditujukan terhadap kaum Cina, India dan sebagainya dan begitulah juga sebaliknya.
ReplyDeleteDalam isu parti pelbagai kaum ini, saya telah menulis dalam buku Najib Perdana Menteri Terakhir, kira-kira dua tahun lalu bahawa parti berasaskan kaum akan ditolak lama-kelamaannya oleh rakyat. Sikap rakyat yang lebih terbuka sekarang menyebabkan mereka lebih menerima Pas yang berjuang atas nama Islam, PKR atas keadilan rakyat, DAP berasaskan amalan demokratik dan sebagainya.
ReplyDeleteLagi pula rakyat semakin luas percampurannya. Mereka bukan saja mencari rezeki bersama, duduk semeja sewaktu makan dan berhibur, malah sudah semakin ramai Melayu, Cina dan India yang tinggal serumah. Yang jatuh cinta dan kahwin campur pun semakin meningkat jumlahnya. Ini bermakna batasan kaum semakin dipinggirkan.
ReplyDeletePAS, walaupun berasaskan Islam tetapi ia juga menerima kaum-kaum lain menyertainya. Begitu juga PKR, walaupun lebih condong ke Melayu, ia juga terbuka kepada pelbagai kaum. Begitu juga DAP, walaupun diketuai Cina tetapi realitinya ia adalah pelbagai kaum dan boleh disertai oleh sesiapa saja.
ReplyDeleteTuntutan menghapuskan parti berasaskan kaum dan bangsa ini juga sesuai dengan tuntutan zaman. Hampir tidak ada negara du dunia ini lagi yang masih mengamalkan perjuangan berasaskan kaum sepertimana di Malaysia. Ia tidak ada di Amerika, tidak ada di China dan India, tidak ada di Indonesia dan tidak ada juga di pelbagai tempat lainnya.
ReplyDeleteSemua parti-parti politik di negara berkenaan biasanya berteraskan prinsip dan halatuju yang ingin dicapai dalam perjuangan yang boleh diterima oleh semua kaum dan bangsa. Tidak ada hanya untuk kaum-kaum tertentu sahaja.
ReplyDeleteMuhyiddin nampaknya sedang mengorak langkah mambawa BN jauh ke hadapan. Berdasarkan keputusan PRU 13, tidak diragukan lagi jika perjuangan berasaskan kaum ini diteruskan, kalau pun tidak dalam PRU 14, lama-kelamaan ia pasti menemui titik nokhtahnya juga. Rakyat telah menunjukkan penolakan kepada perjuangan berasaskan kaum ini.
ReplyDeleteLagi pula, sementara kita senantiasa diajak bersatu padu dan menjalin hubungan dengan kaum-kaum lagi, dalam masa yang sama kita juga melakukan kontradiksi dengan mengagung serta mengutamakan kaum masing-masing apabila berpolitik.
ReplyDeleteMemang tiada salahnya mengutamakan kaum sendiri tetapi dengan kewujudan UMNO, MCA dan MIC, perjuangan dan tuntutan mengenai kaum itu lebih mudah menjadi sesuatu yang melampau dan menyinggung hati kaum lain. Akhirnya ketegangan kaum juga lebih mudah meletus.
ReplyDeleteCadangan Muhyiddin ini walaupun mungkin bakal menghadapi tentangan daripada kelompok tertentu yang oppurtunis dan ekstrem tetapi ia mesti diteruskan jika BN ingin terus kekal berkuasa. Ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak.
ReplyDeleteFakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya.
ReplyDeleteA reader has smsed me that Malaysiakini's tabulation of the vote count for Sabah is wrong. The BN had a much higher majority in Sabah. He says it should be 699,000 votes and not a 115,000 vote majority. I reproduce this point because the person who smsed me is not any ordinary man on the street.
I knew there was something not right about this "we won the popular vote" crap that is being bandied about by the Pakatan Rakyat.
Folks, numbers dont lie - so they say. I was waiting for information like the following table to come out from the Pakatan Rakyat. This table is from Malaysiakini.
I hope others will also analyse these numbers. This will put a stop to their claims of winning the popular votes.
Fakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya.
ReplyDeleteFrom the tabulation provided by Malaysiakini you can see straight away that the Barisan Nasional won the POPULAR VOTES in NINE States PLUS in the Wilayah Persekutuan areas of Labuan and Putrajaya.
I am not talking about Parliamentary seats. I am talking about Popular Votes. The Barisan Nasional has caried the POPULAR VOTE in NINE STATES and the Wilayah Persekutuan areas of Labuan and Putrajaya.
The Pakatan Rakyat has carried the popular votes only in the FOUR States of Kelantan, Penang, Perak and Selangor.
PLEASE READ CAREFULLY OK
1. THE BARISAN NASIONAL HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN NINE STATES PLUS THE WILAYAH PERSEKUTUAN OF LABUAN AND PUTRAJAYA.
2. THE PAKATAN RAKYAT HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN ONLY FOUR STATES.
Now lets look at the numbers in detail.
The Pakatan Rakyat won a total of 5,624,084 votes throughout Malaysia (including Sabah and Sarawak).
The Barisan Nasional won a total of 5,262,983 votes throughout Malaysia (including Sabah and Sarawak).
This means the Pakatan Rakyat won 5,624,084 - 5,262,983 = 361,101 more votes than the BN throughout Malaysia.
But the Pakatan Rakyat HAS LOST the POPULAR VOTE IN NINE STATES AND IN THE WILAYAH PERSEKUTUAN OF LABUAN AND PUTRAJAYA.
Fakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya.
ReplyDeleteSo how did the Pakatan Rakyat get that extra 361,101 votes?
Here is the answer :
i. In Kelantan the Pakatan Rakyat won 412,949 - 355,627 = 57,332 extra votes.
ii. In Penang the Pakatan won 492,863 - 229,859 = 263,004 extra votes.
iii. In Perak the Pakatan won 624,344 - 512451 = 111,893 extra votes
iv. In Selangor the Pakatan won 1,044,758 - 685,502 = 359,256 extra votes.
v. In KL the Pakatan won 425,352 - 227,268 = 198,084 extra votes.
You can see very, very clearly that the Pakatan Rakyat has won the popular vote in those States with large Chinese populations ie Penang, Perak and Selangor plus WP Kuala Lumpur. This is where their extra 361,101 votes came from.
Even in Malay majority Kelantan, the Pakatan's majority of the popular vote is very slim - only 57,332 extra votes. Wherever Malays are predominant, even in Kelantan, the BN has won more Malay votes.
If we add up the Pakatan's majority votes in the three States of Penang, Perak, Selangor and KL (with large numbers of Chinese voters) it adds up to 932,237 votes. Plus Kelantan their total majority throughout Malaysia is 989,569 votes.
Fakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya.
ReplyDeleteVery, very clearly these are Chinese votes from Penang, Perak, Selangor and KL.
Quite obviously then this 989,569 vote majority in Penang, Perak, Selangor, Kelantan and KL has been diluted by the BN in other states, resulting in a final majority of only 361,101 votes for the Pakatan throughout Malaysia.
This is a huge wallop for the Pakatan Rakyat. With a 989,569 majority they should have caried the whole country. But they did not. Why not? Because the huge bulk of their votes are found among large Chinese voter populations in Penang, Perak, Selangor and Kuala Lumpur.
This confirms that the PR carried the huge majority of Chinese votes. This also confirms that the PR does not represent the majority of the Malay votes. That is why they cannot win the general elections. The Pakatan does NOT have the Malay vote.
SO THE PAKATAN RAKYAT HAS LOST THE POPULAR VOTE IN :
Perlis
Kedah
Terengganu
Pahang
Negeri Sembilan
Johor
Melaka
Sabah
Sarawak
WP of Labuan & Putrajaya
Saya harap sahabat Bloggers, Media dan pihak Penerangan UMNO dan BN akan menyebarkan analisa ini untuk fahaman ramai. Fakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya.
ReplyDeletePakatan Rakyat menang undi popular hanya di empat buah negeri saja. Selain Kelantan, Pakatan Rakyat menang undi popular di Pulau Pinang, Perak dan Selangor di mana terdapatnya paling ramai pengundi Cina.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.
ReplyDeleteRakyat dan anggota parti Barisan Nasional (BN) boleh menentukan sama ada sudah tiba masanya untuk menjadikan BN sebagai satu parti tunggal dengan nama baharu, sesuai dengan perubahan politik semasa.
ReplyDeleteSetiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata cadangan yang dikemukakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 itu, kini dibangkitkan semula, justeru ia perlu diberi perhatian serius agar BN terus relevan dan diterima rakyat, terutamanya golongan belia yang akan mencorakkan negara ini.
ReplyDelete(BN) memang melihat kepada situasi adakah waktunya sudah tiba untuk BN menjadi satu parti tunggal. Begitu juga rakyat sedia atau tidak, belum tahu lagi. Tapi ramai yang mahukan ia perlu buat. BN juga tengah melihat dan meneliti kaedah-kaedah untuk melaksanakan cadangan itu.
ReplyDelete(BN) juga dapat maklum balas yang banyak daripada parti-parti komponen yang bersetuju supaya diadakan satu parti sahaja. BN juga kena tukar nama BN misalnya Barisan Satu Rakyat.
ReplyDeleteCadangan untuk menjadikan BN sebuah parti tunggal disuarakan Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn baru-baru ini agar BN bersifat sebagai satu parti tunggal selepas parti gabungan itu hanya memenangi 133 kerusi parlimen pada PRU13 berbanding 140 pada PRU12.
ReplyDeleteTengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata sebelum ini pun beberapa parti komponen BN menyatakan persetujuan mereka ke arah penyatuan BN menjadi satu parti tunggal agar ia lebih berkesan dalam mendekati dan berkhidmat untuk rakyat.
ReplyDeleteSelanjutnya, Tengku Adnan berkata perkara itu juga perlu dibincangkan secara mendalam dan seterusnya mendapatkan maklum balas daripada masyarakat memandangkan BN mewakili kaum tertentu di negara ini.
ReplyDeleteSetiap parti komponen perlu memikirkan perkara ini berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan berlakunya perubahan pola pengundian. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum perkara ini dimuktamadkan.
ReplyDeleteRamai kini kurang berminat kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan, tetapi mereka masih suka pada BN. Mereka suka pada konsep ‘multi-racial’ BN yang kita amalkan. Justeru semua parti komponen kena putuskan mengenai perkara ini, katanya.
ReplyDeleteMenurut Tengku Adnan, meskipun cadangan itu baik namun setiap parti komponen perlu melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas serta pandangan anggota parti kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.
ReplyDeleteKatanya perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang. Ini adalah penting kerana penyatuan BN juga mungkin bermaksud penyatuan semua kaum di Malaysia.
ReplyDeletethe EC has denied claims that the first-past-the-post voting system practised in Malaysia will keep the ruling coalition BN in power forever, while insisting that it is among the best electoral systems in the world.
ReplyDeletethe electoral system used in Malaysia is also used by developed countries that have been practising democracy for a long time.
ReplyDeleteit would not be possible for PR to win so many seats, including a few states, if the “first-past-the-post” system was unfair.
ReplyDeleteBecause of this first past the post, Kelantan was ruled by one party only, PAS for 25 years. In Penang, DAP won in all the seats it contested. I feel that those who make these statements do not understand the electoral system in Malaysia
ReplyDeleteKerajaan membelanjakan RM927.5 juta bagi menjayakan pelbagai program bantuan kebajikan di Sabah sejak 2008 hingga tahun lepas.
ReplyDeleteMenteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata daripada jumlah itu, RM719.5 juta adalah perbelanjaan kerajaan persekutuan manakala RM208 juta daripada kerajaan Sabah.
ReplyDeleteBerdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, bilangan penerima bantuan di Sabah meningkat daripada 39,550 orang pada 2008 yang membabitkan perbelanjaan RM94.6 juta, kepada 74,200 orang pada 2012 dengan perbelanjaan sekitar RM241.6 juta.
ReplyDelete"Setakat Mei tahun ini, bilangan penerima bantuan kebajikan di seluruh negeri ialah 75,800 orang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20.2 juta sebulan.
ReplyDelete"Berdasarkan jumlah ini, Sabah mempunyai penerima bantuan paling ramai di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
ReplyDelete"Saya ingin menekankan bahawa bantuan kebajikan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah bersifat sementara sahaja dan biasanya apabila sesuatu kelulusan diberikan ianya adalah untuk tempoh 12 bulan atau satu tahun.
ReplyDelete"Sebelum bantuan berakhir maka para penerima yang bercadang memohon pelanjutan akan melalui proses kaji semula bantuan. Pada masa kajian semula, kelayakan penerima berkenaan akan disemak dan dinilai semula untuk menentukan sama ada penerima berkenaan masih layak diberi bantuan kebajikan atau sebaliknya," kata Jainab.
ReplyDelete