Friday, 24 May 2013

133,000 MYKAD DILAPORKAN HILANG






PUTRAJAYA : Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.

“Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini kelmarin.

Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.

“Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet,” katanya.

Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. (Bernama)

15 comments:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata berdasarkan status sebagai Pemastautin Sementara yang membawa makna bukan berstatus warganegara Malaysia, pemilik MyKas tidak mempunyai hak untuk mengundi.
    Sehubungan itu, beliau berkata, dakwaan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini, ternyata berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya JPN, serta bertujuan mengelirukan orang ramai.

    "Kad Pengenalan Pemastautin Sementara dikeluarkan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan, di bawah Peraturan 5(3)(c)(ii) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2001), kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia.

    "Namun, status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan atau masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Jariah berkata, pada 2008 Kad Pengenalan Pemastautin Sementara yang baru dikeluarkan dan dikenali sebagai MyKas berwarna hijau sepenuhnya dengan mengekalkan catatan Pemastautin Sementara serta dicatat sebagai Bukan Warganegara pada kad itu, dengan tempoh sah laku selama lima tahun dan boleh diperbaharui semula.

    "Sebelum 2009, semua kad pengenalan dikeluarkan menggunakan kad yang sama berwarna biru, sama ada kepada mereka yang bertaraf warganegara atau bukan warganegara.
    "Bagaimanapun, bagi Kad Pengenalan Pemastautin Sementara terdapat perbezaan pada muka depan kad terbabit iaitu mempunyai catatan tarikh luput, 'Pemastautin Sementara' dan terdapat lima segi tiga berwarna hijau pada permukaan kad," katanya.

    ReplyDelete
  2. Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

    Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.


    ReplyDelete
  3. "Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya.


    ReplyDelete
  4. Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ini boleh menyumbang kepada banyak kes-kes PATI mendapat kad pengenalan palsu seprti yang didapati kerajaan.Kerajaan boleh mengambil tindakan tegas terhadap jenayah seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Bekas menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Justeru katanya dahulu satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini.

    ReplyDelete
  8. Semalam Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat dahulu yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  9. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) kepada warga asing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  10. Segelintir pengusaha syarikat keselamatan di negara ini dikesan bersekongkol dengan sindiket menyeludup masuk warga asing, khususnya dari Indonesia sebelum diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan MyKad palsu.

    ReplyDelete
  11. Ia berikutan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya membenarkan rakyat tempatan dan warga Nepal diambil bekerja, sekali gus menyebabkan syarikat keselamatan terdesak untuk mendapatkan pengawal keselamatan baru.
    Difahamkan, helah itu terbongkar selepas polis menahan lapan warga Indonesia berketurunan Acheh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah di Wangsa Maju, Isnin lalu atas kesalahan memiliki MyKad palsu.

    ReplyDelete
  12. Sumber memberitahu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Wangsa Maju selepas menerima laporan penyelia keselamatan pusat beli-belah itu yang mengesyaki MyKad digunakan pengawal keselamatan adalah palsu dalam pemeriksaan rambang dilakukannya.

    ReplyDelete
  13. Dalam soal siasat dijalankan, pengawal keselamatan terbabit mendakwa dipaksa majikan untuk menyimpan kad pengenalan itu sebagai syarat utama untuk bekerja, namun tidak mengetahui kesahihan dokumen berkenaan.

    ReplyDelete
  14. Mereka mendakwa hanya diminta menyediakan dua keping gambar berukuran pasport dan menandatangani beberapa dokumen sebelum diberikan kad pengenalan berkenaan ketika mula bertugas, malah salinannya turut diserahkan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit untuk rekod. Polis tidak akan bertoleransi kepada kes yang melibatkan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  15. hal ini kena sdiberi perhatian dan ia harus disiasat. pastikan tiada lagi kejadian seperti ini.

    ReplyDelete