RUNDING....Kerajaan masih berunding dengan ahli
politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.
CYBERJAYA:
Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam
tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan
dilaksanakan.
Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih
berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa
keputusan.
“Kami
masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara
itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang
menyeluruh.”
“Semua
tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan,
malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai,” katanya kepada pemberita
selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank
Simpanan Dunia (WSBI) di sini hari ini.
Selain
menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.
“Kami
juga mengkaji sama ada kami boleh menyediakan sedikit bantuan kepada orang
ramai,” katanya.
Ketika
ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan, Husni berkata: “Kami perlu mengkaji
semula di segi manfaat terhadap kerajaan, sektor swasta dan orang ramai,” kata
Husni, sambil menyatakan kerajaan tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk
melaksanakan cukai itu.
Semasa
berucap sebelum itu, Husni menyeru institusi perbankan supaya memberi perhatian
terhadap golongan berpendapatan rendah di bandar yang menerima gaji tetap
tetapi sukar menyeimbangkan pendapatan masing-masing.
Katanya
golongan itu terdedah kepada “jerung” peminjam wang haram berikutan peningkatan
tekanan melebarkan permintaan kredit.
“Kesan
aktiviti haram ini terhadap kehidupan sosial kita terlalu besar dan saya
berharap anda dapat membantu menjauhkan kumpulan berpendapatan rendah itu daripada
aktiviti kredit haram dan menarik mereka membuat pinjaman yang dikawal selia,
bertanggung jawab dan selamat,” katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment