KOTA KINABALU : Pencerobohan
warga selatan Filipina di Lahad Datu awal Februari lepas tiada kaitan dengan
prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendatang tanpa izin
di Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Beliau berkata polis membuat
pertemuan dengan penceroboh dan perkara itu tidak ada kaitan dengan RCI.
"Kita telah mengenal
pasti mengapa mereka mendarat di Lahad Datu. RCI bukan punca kejadian ceroboh
itu," katanya menjawab soalan anggota panel Suruhanjaya bekas Naib
Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon.
Hamza juga berkata
pencerobohan itu merupakan contoh kebanjiran pendatang asing ke Sabah boleh
mengancam keselamatan di negeri itu kerana mereka yang terlibat mendapat
sokongan rakan senegara yang mempunyai ikatan kekeluargaan atau kenalan yang
bermastautin Sabah.
Menjawab soalan bekas Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, Hamza berkata ancaman keselamatan
negara bukan sahaja berpunca daripada pendatang asing malah warga tempatan.
"Penceroboh ini juga
dapat masuk ke negara ini kerana mendapat sokongan daripada rakyat tempatan,
tetapi yang terlibat itu tidak ramai," katanya ketika menjawab soalan
bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman
J.Luping
Hamza, yang dilantik ke
jawatan tertinggi polis di Sabah pada 2010, juga menafikan penceroboh dapat
masuk ke negeri ini kerana mereka memiliki kad pengenalan.
"Saya terlibat dalam
kes pencerobohan Lahad Datu ini sejak dari awal lagi. Saya yakin 100 peratus
bahawa penceroboh orang Suluk itu adalah pendatang tanpa izin, mereka tidak
mempunyai kad pengenalan," katanya sambil menambah penceroboh sudah
ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)
serta didakwa di mahkamah.
Menjawab soalan peguam
pemerhati dari Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk John Sikayun, Hamza berkata
beliau tidak boleh memberi jawapan sama ada pencerobohan di Sabah akan berlaku
lagi.
Bagaimanapun, pegawai polis
itu yakin penubuhan ESSCOM mampu mencegah kemasukan pendatang tanpa izin
sejajar matlamat penubuhannya bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan
rakyat Sabah.
Kepada soalan pegawai
pengendali Manoj Kurup, Hamza berkata Indeks Jenayah melibatkan warga asing di
Sabah kurang daripada 30 peratus sejak tahun 2000 hingga 2011.
Beliau berkata situasi itu
pada pandangannya adalah tidak membimbangkan.
"Kalau kita lihat
peratus indeks jenayah yang dilakukan pendatang tanpa izin ialah antara 20
hingga 25 peratus, ia tidak mencecah 30 peratus," katanya.
Hamza juga tidak bersetuju
dengan cadangan Manoj bahawa peratusan jenayah yang dilakukan warga asing dan
warga tempatan adalah sama, iaitu 50-50.
"Sebagai contoh, bagi
Januari hingga Disember 2000, jumlah tangkapan ialah 1,258 dan yang melibatkan
warga Filipina ialah 151 orang , Indonesia 153 orang manakala 934 warga
tempatan," katanya.
Beliau berkata bagi
menangani masalah pendatang tanpa izin, polis Sabah yang berkekuatan lebih
6,000 anggota menjalankan pelbagai operasi selain bekerjasama dengan pihak
berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi kesalahan melibatkan dokumen
perjalanan.
Ditanya pengerusi
Suruhanjaya itu, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang bekas Hakim Besar Sabah dan
Sarawak sama ada polis mempunyai logistik dan anggota yang mencukupi dalam
menangani jenayah oleh pendatang tanpa izin, Hamzah mejawab 'setakat ini
cukup'.
Pada peringkat ini, Manoj
dengan nada bergurau berkata "jika anda ingin meminta jumlah anggota polis
ditambah, inilah masanya".
Menjawab soalan John, saksi
itu berkata jika polis mendapati pendatang tanpa izin yang ditahan memiliki kad
pengenalan yang meragukan, mereka akan merujuk perkara itu kepada pihak
berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen. (Bernama)
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang sedang kepanasan sekarang dengan isu dalang Lahad Datu terus menunjukkan sikap tidak dapat atau enggan menerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Mungkin untuk mengalih isu agaknya?
ReplyDeleteDalam satu ceramahnya di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini malam tadi, beliau juga terus menghasut rakyat terutama golongan muda agar membenci kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
ReplyDeleteTanpa menghiraukan kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya yang meresahkan masyarakat pembagai kaum di negara ini, Anwar juga mengajak orang ramai menyatakan protes.
ReplyDeleteAnwar masih menganggap pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 namun ia dinafikan oleh SPR melaui pelbagai penipuan yang didalangi oleh Barisan Nasional (BN).
ReplyDelete"Kita telah menang namun ada undi awal untuk BN daripada orang Bangla, Myanmar, Indonesia.
Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
ReplyDeletePepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara
Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
ReplyDeleteRakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara.
I guess this is inter connecting somehow.
ReplyDeleteThe Election Commission (EC) will not entertain the opposition's call for a debate on the 13th general election although it is not afraid to do so.
ReplyDeleteDeputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said there was no need for debate since those dissatisfied with the general election results could file petitions.
ReplyDeleteUniversiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan International Campus will continue to prepare its students with the necessary skills, competency and knowledge to serve the population with diverse social, ethnic, economic and educational experiences.
ReplyDeleteBoth the academic and training curricula in UMS are designed to provide an environment in which students can develop the skills and attitudes essential to working with people from a multi-faceted background, upon graduation.
ReplyDeleteTo realise its objectives, a number of important topics related to marketing issues and consumer behavior had been presented in a just-concluded seminar, with its final-year students given opportunity to access their ability, identify weaknesses and expose them with well-organised study plans before entering the job market.
ReplyDeleteThe establishment or reinvention of university is not merely an institutional makeover. Rather, it is being driven by multiple and competing pressures.
ReplyDeleteAmInvestment Services Bhd (AmInvest), the funds management business of AMMB Holdings Bhd, is looking to manage assets worth RM40 billion by March 31, 2014, its chief executive officer, Datin Maznah Mahbob said.
ReplyDeleteTan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri semalam berkata, cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
ReplyDeleteSelepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas, kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai Perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.
ReplyDeleteMuhyiddin berkata, cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.
ReplyDeleteBeliau berkata, walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika berasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera.
ReplyDeleteKITA PUTAR LAGI: ANWAR BERKATA "APA KAMU TAKUT SAYA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..."
ReplyDeletePada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!
Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.
KITA PUTAR LAGI: ANWAR BERKATA "APA KAMU TAKUT SAYA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..."
ReplyDeleteTRENDING
Santai
Nurul Izzah
Lahad Datu
#GE13
Kalimah Allah
Surat
Aku Janji
Home » RCISABAH » RCI: ANWAR BERKATA "APA KAMU TAKUT SAYA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..."
RCI: ANWAR BERKATA "APA KAMU TAKUT SAYA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..."
Sabtu, Februari 02, 2013 |
ANWAR GERTAK YONG TECK LEE: YOU KENA COVER I PASAL RCI, MASA YOU JADI CM SAYA BANYAK TOLONG YOU KAN, MASA TU I FINANCE MINISTER YOU JANGAN LUPA
Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!
Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.
Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.
Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.
Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.
Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".
Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.
Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!
KITA PUTAR LAGI: ANWAR BERKATA "APA KAMU TAKUT SAYA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..."
ReplyDeleteDalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar kelulusan pengajian Melayu daripada UM! Orang lain ambil masa 3 tahun sudah dapat BA honours, tapi Anwar ambil masa 5 tahun untuk dapatkan BA, itupun General Degree(No Honours)!
Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.
Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.
Jika kamu bercakap soal Integriti dan Kejujuran, siapakah yang lebih berintegriti Lulusan Doktor Perubatan atau Lulusan Sastera Sosial? Siapakah yang akan bercakap Fakta dan Auta Bermelangkolik?
Jika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, " masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar .
Maka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu.
tak perlu kita nak kaitkan pencerobohan lahad datu dgn RCI
ReplyDeletepencerobohan ini mmg tak da kaitan dgn RCI
ReplyDelete