Tuesday 28 May 2013

PEGAWAI JPN DIDAKWA KES PENIPUAN





         
Oleh :  AIDILA RAZAK
           
SEORANG pegawai Jabatan Pendaftaran Negarai di Putrajaya merupakan antara individu yang ditahan dan didakwa atas tuduhan penipuan, ekoran pembongkaran satu skim menjual kewarganegaraan di Lahad Datu, Sabah pada tahun lalu.

Seorang saksi polis hari ini memberitahu suruhanjaya siasatan dirajaya berhubung imigran di Sabah bahawa pegawai JPN tersebut, yang dinamakan sebagai Kamaruddin Idris, ditahan di sebuah hotel pada 25 Mei tahun lalu.

Ketua jabatan siasatan jenayah komersial Lahad Datu Abdul Satal Mad Buraisal juga dalam keterangannya berkata satu sindiket telah meminta pendatang asing Filipina membayar antara RM2,500 hingga RM4,000 untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia.

"Mereka dijanjikan resit kad pengenalan sementara namun perkara ini tidak berlaku, lalu mereka membuat laporan polis,” katanya dalam persidangan RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Pegawai penyiasat CCID Tawau, yang mengetuai serbuan tersebut memberi keterangan bahawa 10 orang warga Pakistan, didakwa menjadi “mangsa” sindiket berkenaan, turut ditahan namun kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa, katanya.

Antara barangan yang dirampas dalam operasi tersebut termasuk borang permohonan kad pengenalan asli, yang sebahagiannya telah diisi.

Dalam pada itu, seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan oleh ibu bapa dari kaum Orang Asal Rungus di Sabah terpaksa menunggu hampir tiga dekad sebelum mendapat kad pengenalan.

Charles Magadap berkata hal ini berlaku kerana ibu bapanya tidak mahu berjalan selama 12 jam dari Kampung Sampil di Matunggong, Kota Marudu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bandar sewaktu dia dilahirkan pada 1964.

"Tidak ada jalan raya ketika itu dan kami tidak mempunyai kenderaan," katanya memberi keterangan dalam sesi pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah.

Sebagai saksi ke-93, Magadap berkata dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan menggunakan resit permohonan kad pengenalan sementara yang diterimanya sewaktu memohon untuk mendapatkan kad pengenalan pada 1976, ketika usianya 12 tahun.

Menurut Magadap, dia memohon kad pengenalan menggunakan sijil status yang disahkan oleh pegawai daerah dan menunggu sehingga tahun 1985.

Pada 1985, katanya, dia memeriksa di JPN Kota Marudu dan diberitahu bahawa sijil status itu tidak lagi diiktiraf dan dia terpaksa mendapatkan sijil pendaftaran kelahiran terkini. (MKINI)

No comments:

Post a Comment