MULA.....pelepasan peserta merentas desa kategari
kanak-kanak dan remaja sempena Pesta Kaamatan peringkat Kampung Biah Tengah
anjuran PRIBUMI'S.
SOOK
: Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Biah Tengah menampilkan keunikan tersendiri
menerusi pertandingan ‘’Merentas Desa”. Seramai lebih 100 orang peserta telah
menyertai acara Larian Perpaduan anjuran
Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) daerah Sook.
Upacara
pelepasan larian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PRIBUMI’S,
Johny Alfred Angin pada pukul 7.30 pagi di perkarangan balai raya kampong Biah Tengah. Sebanyak 10 kategori penyertaan
dipertandingkan yang melibatkan acara larian sejauh 3 km hingga 6.5 km mengikut
kategori.
Menurut
Ketua Penerangan PRIBUMI’S Syed Kamalrul Sufian larian bertemakan Perpaduan itu
merupakan antara inisiatif PRIBUMI’S memperkukuh perpaduan kaum dan keharmonian
hidup bermasyarakat pelbagai etnik sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini
‘Kekalkan Muhibbah dan Persefahaman Melalui Kaamatan’.
Pihak
penganjur berhasrat untuk menganjurkan acara ini pada setiap tahun untuk terus
mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah di kalangan masyarakat berbilang
kaum di daerah ini. Pelbagai acara telah diaturkan sepanjang sambutan tersebut.
Antaranya adalah pertandingan unduk ngadau, nyanyian Sugundoi, memasak makanan
etnik suku kaum Sabah, sumazau dan pakaian tradisi terbaik. katanya.
Kemuncak
pada acara sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampong Biah Tengah ini akan
diadakan pada 8 jun depan. dan di jangkan akan di rasmikan oleh ADUN N37 Sook
Datuk Datuk Ellron Angin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment