Wednesday, 29 May 2013

PRIBUMIS KECAM KECULAPARAN KC UMNO







Oleh: SHAIMON S JUMADI

TAWAU : Presiden Pertubuhan Pribumi  Rakyat Sabah (PPRS) Dato' Mohd Jeffry Rosman (gambar sisipan) menyelar terhadap tindakan  songsang Ketua Cawangan UMNO Beaufort 1, Sulong Majid yang mengeluarkan kenyataan di Sabahkini.Net pada 20 Mei 2013  bertajuk 'Penyokong BN Beaufort Terkilan'.

Tindakan Sulong yang meluahkan rasa tidak puas hati mempertikaikan  perlantikan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Mohd Dun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia ini boleh disifatkan tidak menghormati Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Ataupun Sulong Majid sengaja  mencari publitisi murahan meletakan dirinya kononnya hero dalam UMNO Beaufort, sehingga tergamak mempertikaikan usaha pucuk pimpinan melantik Azizah sebagai jawatan yang disandangnya itu,” kata Jeffry kepada Sabahkini.Net, kelmarin.

Kebanyakan Ahli Barisan Nasional di negeri ini, termasuk  ahli UMNO sendiri bersyukur dengan perlantikan enam orang ahli parlimen dari Sabah ke Kabinet Persekutuan.

“Sulong, seharusnya kamu akur apa yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri untuk melantik seseorang itu memegang jawatan yang diamanahkan dan sebagai anak jati Sabah, kamu harus bangga kerana Ahli Parlimen kamu duduk di kerusi empuk di peringkat persekutuan,” tegasnya.

Jeffry juga turut menyokong ulasan Mohd Azmi Ibrahim dari UMNO  Kuala Penyu yang bertajuk 'Tidak Perlu Kejar Jawatan Menteri' seperti yang tersiar di Sabahkini.Net pada 28 Mei 2013 kelmarin; yang disifatkan satu tindakan berani kerana membuat teguran yang bernas terhadap tindakan songsang Sulong Majid yang boleh mengguris hati pucuk pimpinan negara.

No comments:

Post a Comment