SEORANG
penulis pojok akhbar Mingguan Malaysia, Ridhuan Tee Abdullah menyarankan agar
syarikat penerbangan tambang murah AirAsia lebih menumpukan kepada usaha untuk
menyediakan pakaian sopan kepada pramugari wanitanya dan bukan menyerang akhbar
milik Umno itu.
Tee
dalam tulisannya kelmarin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua
Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani yang menyata ras meluatnya ke atas
pendirian pengarang Utusan.
Tee
menasihatkan Azran agar “jangan menjadi terlalul liberal dan bersekongkol
dengan ultra kiasu”.
“Nasihat
saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di
luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam.
“Fikirkan
bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di
syarikat penerbangan murah itu,” katanya dalam tulisan tersebut.
Tee
juga berkata beliau 'muak' dengan layanan AirAsia ke atas Pengerusi Kumpulan Virgin
Richard Branson dalam satu majlis.
Branson
dalam majlis yang didakwa berakhir dengan acara 'mandi arak' itu berpakaian
seperti pramugari perempuan.
“Pramugari
Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-taya
saya ke mana hala tuju anak Melayu yang bekerja di sini." (MKINI)
No comments:
Post a Comment