KUALA
LUMPUR : Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat
bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily
tengah malam semalam.
Mahathir
dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini: “Saya
berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”
“Ini
memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah
‘Prime Minister material’ di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang
kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno
kepada Harakahdaily.
Sumber
Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan
kenyataan Mahathir.
“Sepatutnya
Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa
nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik.
Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa
Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib,
sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.
Minggu
lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri
selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.
Ini
kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah
pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.
“Muhyiddin
kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti
yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata
sumber Umno itu.
Harakahdaily
sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin
bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan.
“Boleh
kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara
Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord.
“Najib
sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi
timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang
layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan
perbualan. – Harakah
No comments:
Post a Comment