Friday 24 May 2013

ANWAR TETAP TERUSKAN PERJUANGAN






Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

WALAUPUN beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat.

"Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena. Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan 'Blackout 505' yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi.

Turut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Perhimpunan 'Blackout 505' di Trengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini.

Ketiga-tiga mereka telah ditahan di bawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain individu terbabit, polis turut  menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza.

Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming.

43 comments:

  1. Tindakan pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah membuat pelbagai tuduhan dengan memburukkan pentadbiran kerajaan, kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta dasar-dasarnya bukanlah perkara baru malah ia telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

    ReplyDelete
  2. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria melihat agenda pakatan pembangkang adalah memburukkan apa saja yang dilakukan oleh BN apatah lagi agenda mereka untuk menerajui kerajaan Persekutuan tidak tercapai.Ini adalah satu taktik yang licik dan harus jangan ada yang terpedaya.

    ReplyDelete
  3. Rakyat disaran menolak segala tohmahan dan persepsi palsu berterusan yang ditimbulkan oleh parti pembangkang dalam usaha mereka memburukkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) setelah diberi mandat untuk terus menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

    ReplyDelete
  4. Exco Pemuda UMNO, Mohd Faizal Ramly berkata persepsi palsu yang ditimbulkan oleh pembangkang sehingga ke hari ini tidak akan memberi apa-apa manfaat untuk negara dan rakyat keseluruhannya.

    ReplyDelete
  5. Menurut beliau budaya melontarkan persepsi boleh mengundang implikasi kerana ianya bakal menimbulkan suasana keluh kesah serta kegelisahan di kalangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam urus tadbir negara.

    ReplyDelete
  6. Walaupun benda itu tidak pasti atau pun tidak ada atau pun macam-macam lagi tetapi sekiranya hari-hari dimainkan, lama-lama kelamaan ianya seolah-olah menjadi perkara yang betul dan itu adalah matlamat mereka.

    ReplyDelete
  7. Banyak lagi benda yang kerajaan nak buat…Takkan hari-hari nak lawan persepsi. Sebagai rakyat saya percaya jika menggunakan kuasa yang ada, budaya persepsi berterusan itu akan dapat dihentikan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. Beliau seterusnya menjelaskan perkara berkenaan perlu dihentikan dan rakyat perlu bijak menilai dengan mendalam sesuatu perkara yang timbul agar suasana yang dinikmati hari ini terus kekal.

    ReplyDelete
  9. Jika ini berterusan bagaimana kita mahu mencapai negara maju…bagaimana kerajaan mahu membela kepentingan dan kebajikan rakyat. Jadi kepada seluruh rakyat kita sama-samalah tolak budaya ini.

    ReplyDelete
  10. Diyakini serta percaya masih ramai lagi rakyat yang tidak suka kepada perkara sedemikian. Persepsi palsu demi mencapai kepentingan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Pakatan Pembangkang sepatutnya mengambil peluang dalam tempoh 21 hari yang diperuntukkan undang-undang bagi mana-mana parti politik untuk memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13 bagi yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  12. DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.

    ReplyDelete
  14. Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi menutupi kegagalan mereka, pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat. Amat menghairankan, mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

      Delete
    2. Pengiktirafan dwi standard ini, malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka. Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.

      Delete
    3. Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.

      Delete
    4. Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.

      Delete
    5. Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.

      Delete
    6. Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

      Delete
    7. Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

      Delete
    8. Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

      Delete
    9. Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

      Delete
    10. Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

      Delete
    11. Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.

      Delete
    12. Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.

      Delete
    13. Pas pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengakui keputusan PRU-13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Malah Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan.

      Delete
    14. Rakyat semakin muak dengan gelagat beberapa pemimpin utama pembangkang yang mengheret anak-anak muda, terutamanya daripada keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.

      Delete
    15. Pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian. Ia merupakan tuduhan yang keterlaluan, sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.

      Delete
    16. Malah di setiap pusat pengundian, setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan counting agents semasa pengiraan undi dilakukan.

      Delete
    17. Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan.

      Delete
    18. Pakatan ini yang tidak pandai menipu jangan menuding jari ke arah yang salah.

      Delete
  15. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan sikap tidak dapat atau enggan menerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    Dalam satu ceramahnya di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini malam tadi, beliau juga terus menghasut rakyat terutama golongan muda agar membenci kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

    ReplyDelete
  16. Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya yang meresahkan masyarakat pembagai kaum di negara ini, Anwar juga mengajak orang ramai menyatakan protes.

    Anwar masih menganggap pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 namun ia dinafikan oleh SPR melaui pelbagai penipuan yang didalangi oleh Barisan Nasional (BN).


    ReplyDelete
  17. "Kita telah menang namun ada undi awal untuk BN daripada orang Bangla, Myanmar, Indonesia.

    "Ada penipuan besar dan jenayah yang telah dilakukan oleh SPR dan BN, sebelum pilihan raya tipu, selepas pilihan raya pun tipu.

    "Jadi saya seru rakyat untuk bangkit lawan penipuan ini, kita mesti pertahankan kemenangan, kita mesti tuntut Putrajaya daripada sekarang," katanya.


    ReplyDelete
  18. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya
    untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

    ReplyDelete
  19. Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar
    dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup
    melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

    ReplyDelete
  20. Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur
    tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan
    Rakyat (PR).

    ReplyDelete
  21. Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang
    dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding
    kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  22. usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

    ReplyDelete
  23. Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas
    Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat

    ReplyDelete
  24. Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu
    menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

    ReplyDelete
  25. Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang
    ditetapkan itu.

    ReplyDelete