Wednesday 1 May 2013

BELIA SABAH KINI TUNJANG KEKUATAN BN

 


SOKONGAN MUDA…..Saifullah BN mendapat sokongan golongan muda sebagai kemenangan BN PRU 13.


Oleh: SHAIMON S JUMADI                  Foto : SAFFIE S JUMADI


SEMPORNA : Bukan semua golongan muda yang seumur dengan saya  menyokong kepada parti-parti pembangkang di Negara ini yang tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan yang ada sekarang.

"Saya pun muda juga, baru menjangkau 24 tahun tetapi saya menyokong sepenuh dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN). Malahan saya bersyukur kerana kerajaan BN banyak membantu rakyat dalam pelbagai aspek, contohnya dalam aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan."

Sekarang rakyat di Semporna ramai yang menjadi nelayan menempuh kehidupan yang lebih baik daripada 15 tahun dahulu. Kini mereka mendapat bantuan Enjin boat, pukat, perahu percuma; tambahan lagi nelayan di bawah seliaan LKIM mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 dan komisen 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan.

Seorang anak muda ahli UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1, yang merupakan seorang ushawan muda yang berjaya dalam menceburi bidang perniagaan antara bangsa iaitu Mohd Saifullah Mohd Minggu menyatakan demikian kepada Sabahkini,Net di restoran Sea Fest Hotel, dekat sini, kelmarin.

“Sebagai seorang usahawan dan anak muda, saya terpanggil untuk membantu calon-calon BN antaranya Calon BN Parlimen Semporna, Calon BN Sulabayan, Senallang dan Calon BN Bugaya pada PRUN 13 ini,” ujarnya.

Ditanya sambutan dan sokongan rakyat terhadap BN, katanya 70 peratus rakyat di Semporna masih kental kerana BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat yang masih memerlukan bantuan dan pembangunan.

Dalam perkembangan lain, Saifullah memberi tahu bahawa pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Semporna mengenai tingkah laku dan kebiadapan para penyokng PAS yang coba menimbulkan hura- hara yang boleh mencetuskan pergaduhan antara satu dengan yang lain.

“Saya amat kesal kerana PAS adalah parti Islam yang berjuang untuk kepentingan Islam tetapi ahli-ahli Pas Semporna perangai mereka tak ubah seperti 'Setan' dan kami tidak akan memaafkan dosa-dosa mereka kerana kebiadapan mereka telah mencerminkan budaya samseng” tegasnya.

No comments:

Post a Comment