Friday 24 May 2013

HIMPUNAN SABTU INI TETAP DITERUSKAN






DI SEBALIK tangkapan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pemimpin SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan 'Suara Rakyat 505' itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.

"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu.

"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

"Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya. (MKINI)

7 comments:

  1. Mula2 cakap kalau gagal membawa PR ke Putrajaya, Anwar nak berikan peluang kepada barisan kempipinan kedua... Nak bersara dari politik...


    Tapi bila dah SAH ditolak oleh rakyaat, beliau tidak dapat menerima kekalahan/hakikat tersebut dan sebaliknya telah mengapi2kan menggesa dan supaya rakyaat bangun untuk memberontak.

    ReplyDelete
  2. Mula2 cakap kalau gagal membawa PR ke Putrajaya, Anwar nak berikan peluang kepada barisan kempipinan kedua... Nak bersara dari politik... Tapi bila dah SAH ditolak oleh rakyaat, beliau tidak dapat menerima kekalahan/hakikat tersebut dan sebaliknya telah mengapi2kan menggesa dan supaya rakyaat bangun untuk memberontak.

    ReplyDelete
  3. Anak2 muda mungkin menyokong beliau sekarang, tetapi percayalah 20 tahun dari sekarang apabila anda melihat "ke belakang" anda semua akan menyesal kerana telah sama2 menyumbang kearah meruntuhkan sebuah Negara bangsa.

    ReplyDelete
  4. Kini Anwar sanggup buat apa sahaja termasuk 'menjual negara' kepada tangan-tangan asing asalkan dirinya yang sudah tua itu dapat jadi PM.

    ReplyDelete
  5. Anak muda seharusnya tidak terperangkap dengan kata-kata dusta Anwar yang populis mahu hasut rakyat lakukan huru-hara secara halus. Tidakkah kamu semua sedar bahawa BN kekurangan 7 kerusi parlimen berbanding PRU12?

    ReplyDelete
  6. Bukankah DAP dan PAS masih kekal memerintah di Penang dan Kelantan? Di saat ini mengapa Guan Eng angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yaakob angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan jika benar Pakatan tidak terima keputusan PRU13?

    ReplyDelete
  7. perhimpuan yang tiada manfaat

    ReplyDelete