Thursday 2 May 2013

JANGAN BAZIRKAN UNDI KEPADA PEMBANGKANG





  
GERAKAN...Nasir (kiri) diringi Jaafar Ahmad (kanan) meninjau bilik gerakan PDM Musallah,Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNa:Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyeru seluruh rakyat negeri ini terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional demi kesinambungan pembangunan membela nasib rakyat.

Katanya, rakyat tidak seharusnya terpesona dengan janji-janji manis pembangkang yang tidak mungkin dapat direalisasikan kerana mereka tidak sepakat walaupun bergelar parti Pakatan Rakyat berbanding parti BN yang sentiasa bersatupadu dan berkongsi kuasa.

Nasir berkata demikian sempena Program Ziarah Rakyat dan Penyampaian Kad Pengesanan Pengundi bagi Pusat-Pusat Daerah Mengundi.

Hadirsama sempena majlis itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Bahagian Semporna, Haji Mohd Jaafar Amat; Mantan Penolong Pegawai Daerah, Haji Mahadi Lindal; Ketua Daerah Dun Senallang, OKK Hj Musa Sabaani; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO), Haji Abdullah Sukka serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Nasir berkata, pemimpin-pemimpin BN masuk kampung menemui rakyat bukan cakap-cakap kosong tapi, menunaikan janji kepada rakyat telah memberi mandat kepada BN.

Tambahnya lagi, BN sentiasa mendahulukan rakyat dengan misi Tradisi Membela Rakyat berlandaskan konsep 1Msia dan pembangkang hanya  "magTombong hal atau hahelling!(Bercakap bohong)."

Sehubungan itu Nasir turut menasihatkan pengundi-pengundi bagi kawasan Parlimen P.189 Semporna termasuk N.52 Sulabayan;N.53 Senallang dan N.54 Bugaya tidak mensia-siakan undi mereka sebaliknya membuat pilihan bijak dan memilih parti yang ikhlas membela nasib rakyat berlandaskan misi Tradisi Membela Rakyat dan gagasan konsep 1Malaysia.

Katanya, pengundi seharusnya memberi sokongan berdasarkan parti dan bukannya berdasarkan keluarga.

Katanya, keluarga tetap keluarga namun dalam menentukan kerajaan rakyat harus mengutamakan parti BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment