Sunday 5 May 2013

KAUM SUNGAI DI GOMANTONG AKAN TINGGALKAN BN?






HORMAT....Asbal menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak menghormati hak asasi kaum Sungai.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto :SAFFIES S JUMADI

SUKAU :  Timbalan Pengerusi Penganjur Perhimpunan Tuntutan Gua Gomantong Asbal Asyik melahirkan rasa tidak puas hati dengan satu kenyataan yang dikeluarkan Sabahkini.net bertajuk “Kembalikan Gomantong Kepada  Pemilik Asal” dan ingin membuat pembetulan.

"Saya ingin nyatakan  bahawa Aprin Musin, Calon SAPP DUN Sukau tiada kena-mengena dengan kes tuntutan Gua Gomantong. Sebenarnya dia (Aprin) hanya secara kebetulan berada di situ semasa perhimpunan Aman  yang diadakan di Dataran Kinabatangan oleh lebih 1,000 orang; yang sebahagiannya pewaris dan tiada sebarang penyerahan memorandum kepada pihak kerajaan seperti yang didakwa oleh Aprin,” tegasnya.

Kata Asbal lagi, tujuan mereka mengadakan perhimpunan ini adalah hasil daripada kesinambungan perhimpunan yang pernah di adakan dulu iaitu 23-12-2010  yang langsung tidak diambil apa-apa per4hatian oleh pihak kerajaan. 

Selain dari itu kata Asbal sudah 2 kali tender mengutip sarang burung tetapi pihak kerajaan khususnya Jabatan Hidupan Liar langsung tidak mengumumkan adanya tender dibuka kepada syarikat-syarikat; melainkan memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat yang banyak berhutang dengan Hidupan Liar tanpa membayar balik walaupun sesen.

"Sekiranya pihak kerajaan tidak mendengar atau tidak mahu mengambil sebarang tindakan mengenai tuntutan kami, maka kami akan keluar beramai-ramai yang berjumlah lebih 1000 orang ini menyertai parti PKR dan kami tidak akan mengundi calon-calon BN sama ada DUN atau Parlimen. Ini bukan satu gertakan, ini akan menjadi kenyataan” tegas Asbal lagi.





SEMANGAT...Kembalikan Gomantong kepada orang Sungai.

Mengenai pengutipan sarang burung, kata Asbal, pulangkah semula kepada pekerja tempatan di gua tersebut dan bukan para pekerja asing di samping mendesak kepada pihak SPRM supaya menyiasat latar belakang syarikat terbabit.

"Syarikat yang masih beroperasi mengutip sarang burung tersebut yang masih berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus ditagih bukan dibiarkan begitu saja. Syarikat tersebut untung tetapi kerajaan yang menanggung kerugian besar,” ujar Asbal.

Tegas Asbal, beliau memberi amaran agar Ahli Politik jangan campurtangan berhubung tuntutan Gua Gomantong dan biarlah mereka menyelesaikannya kerana mereka masih penyokong setia BN, kecuali kerajaan tidak mengambil tindakan, barulah mereka akan keluar dari BN dan mengundi Pembangkang pada 5 Mei (hari ini).

No comments:

Post a Comment