Friday 24 May 2013

MAJISTRET BERITAHU PATI DAPAT IC PROJEK




TAKLIMAT.....Pegawai Kanan JPN, Haji Norzain Tawi terpaksa memberi penerangan khas kepada penduduk Tg Labian bahawa tugas mereka hanya memproses 200 Sijil Kelahiran Daftar Lewat bagi yang sudah memohon kerana yang datang melebihi 7,000 orang kerana mereka sangka  'PESTA IC?'
         
Oleh : AIDILA RAZAK

           
IBU BAPA yang menghadiri siasatan untuk mengesahkan sijil kelahiran anak mereka, yang didaftarkan lewat, mengakui mendapat kad pengenalan mereka sendiri melalui satu 'Projek IC'.

Majistret Melissa Chia berkata demikian di Kota Kinabalu, ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Chia berkata ibu bapa tersebut memberitahu demikian dalam kes-kes yang didengarnya di Tawau dan Semporna, ketika menjelaskan mengapa mereka tidak boleh menunjukkan sijil kelahiran mereka untuk mengesahkan kerakyatan mereka sendiri.

Chia - saksi ke-85 dalam siasatan itu - juga teringat satu kejadian di mana beliau terpaksa 'diseludup keluar' dari satu taklimat di Tanjung Labian, Lahad Datu, oleh pihak polis.

Ini berlaku selepas penduduk kampung yang hadir menjadi berang apabila menyedari bahawa beliau tidak boleh 'rubber stamp' sijil kelahiran mereka.

Majistret itu berkata, ibu bapa dalam kes-kes yang dikendalikannya di Semporna dan Tawau telah secara terbuka mengakui menerima kad pengenalan mereka melalui 'Projek IC', semasa bekerja di kem balak.

"Saya bertanya kepada mereka apa yang mereka maksudkan dengan Projek IC? Pada satu atau dua kali mereka berkata, 'saya bekerja di kem pembalakan dan sekumpulan orang datang dan memberikan saya borang permohonan.

"'Selepas itu, saya dapat IC biru.' Ini semua ada dalam nota prosiding (yang dikemukakan sebagai bukti kepada RCI)," katanya. (MKINI)

26 comments:

  1. Polis menumpaskan satu sindiket mengeluarkan dokumen palsu dikenali 'Rekod Pengenalan Warga Asing' (RECOF) dengan tertangkapnya 62 individu termasuk 'ketua pegawai eksekutif' (CEO) syarikat yang mengendalikan kegiatan itu dalam dua serbuan di Ampang, Sabtu lalu dan kelmarin.

    ReplyDelete
  2. Serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah premis di Pandan Perdana, kira-kira jam 4.30 petang Sabtu lalu, manakala serbuan kedua di Jalan Gombak, Setapak.

    ReplyDelete
  3. Seorang lelaki berjawatan ‘CEO’ berusia 46 tahun ditahan dalam serbuan pertama bersama 59 anggota sindiket serta pekerja asing yang sedang berurusan untuk mendapatkan dokumen itu.

    Seramai 37 orang daripada tangkapan itu adalah warga Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Vietnam, Filipina, China, India, Myanmar dan Sri Lanka.

    Dalam serbuan berikutnya, dua lagi lelaki warga tempatan ditahan. Semua tangkapan dalam kedua-dua serbuan itu berusia antara 20 hingga 46 tahun.

    ReplyDelete
  4. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata sindiket terbabit mengeluarkan dokumen yang dikatakan memberi ‘kekebalan’ kepada warga asing untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. Katanya, sindiket itu yang menubuhkan dua syarikat bagi mengeluarkan dokumen berkenaan, dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan mensasarkan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin yang mempunyai masalah berkaitan dokumen perjalanan.

    ReplyDelete
  6. Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah su­dah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik

    ReplyDelete
  7. beliau mencadangkan sebuah mak­mal politik diadakan bagi mencerna idea tentang for­mat baharu BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan, turut dilibatkan.

    ReplyDelete
  8. itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang, tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan.

    ReplyDelete
  9. Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat, mungkin boleh panggil satu konven­syen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan

    ReplyDelete
  10. cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pen­gundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum.

    ReplyDelete
  11. bedah siasat BN berhubung keputusan PRU13 yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini.

    ReplyDelete
  12. Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh will sue Parti Keadilan Rakyat (PKR) and its strategy director Mohd Rafizi Ramli for slander.

    ReplyDelete
  13. Mohd Rafizi alleged that 24 Election Commission (EC) staff were locked up on polling day to ensure they voted in Besut parliamentary in 13th general election (GE13).

    ReplyDelete
  14. Idris said he did not know where they sourced the allegation spread via Facebook and Blog Keadilan ‘exposed’ by PKR secretary-general Datuk Saifudin Nasution Ismail as quoted by party organ Keadilan Daily.

    ReplyDelete
  15. Barisan Nasional (BN) should be given the chance to implement promises made in its manifesto and the opposition should not continue to destroy the peace of the country just to achieve Anwar Ibrahim’s ambition to become Prime Mminister.

    ReplyDelete
  16. “We may have lost the cyber war in GE13 but BN won right to form the government and all parties should be respect the election results. "

    ReplyDelete
  17. Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah. Perkara ini adalah bahaya kerana banyak kes jenayah juga dilakukan oleh pendatang asing dan polis akan menyiasat serta membasmi kejadian jenayah seperti ini.

    ReplyDelete
  18. Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah, katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini kelmarin. Mykad tesebut juga mungkin digunakan oleh sindiket untuk dijual bagi mendapat keuntungan serta tujuan lain.

    ReplyDelete
  19. Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.Untuk itu semua orang diminta bekerjasama supaya jikga telihat kejadian seperti ini untuk melaporkan kepada polis.

    ReplyDelete
  20. Kita yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan, semua rekod-rekod butiran penduduk dan mykad harus diselidiki kesahihannya.

    ReplyDelete
  21. Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini. Ini bagi mengelakkan supaya kes mykad ditiru atau yang palsu dieelakkan atau buat masa sekarang dikurangkan.

    ReplyDelete
  22. Ahmad Zahid juga meminta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet. Satu lagi inisiatif membasmi kejadian mykad palsu ini.

    ReplyDelete
  23. Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. Sebarang perubahan adalah tertakluk dalam cadangan KDN dan JPN supaya pemilik mykad palsu didapati dan ditangkap.

    ReplyDelete
  24. Kementerian dalam negeri serta polis jug bertungkus lumus menyelesaikan masalah pemilik mykad palsu ini di Sabah.

    ReplyDelete
  25. RCI adalah satu contoh inisiatif kerajaan BN kepada Sabah untuk menyelesaikan serta menyiasat kejadian kemasukan PATI ke Sabah dan pemilik Mykad palsu ini.

    ReplyDelete
  26. kena bendung kegiatan ini. jgn biar kegiatan projek IC berleluasa.

    ReplyDelete