Wednesday, 15 May 2013

NAJIB NAMAKAN KABINET TRANSFORMASI






KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinet baru hari ini yang didominasi oleh pemimpin kanan Umno dan muka baru dari Sabah dan Sarawak termasuk kejutan kemasukan pemimpin Transparency International, Datuk Paul Low.

Kemasukkan ahli veteran Umno dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam Kabinet dan indikasi jelas Najib memberikan tumpuan kepada pemilihan Umno yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Khairy sekarang ini merupakan Menteri Belia Dan Sukan; manakala Low adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Muka baru lain adalah ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan mengetuai Kementerian Perancangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy turut dinamakan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya menyifatkan ini sebagai Kabinet berimbang, mereka yang berpengalaman, teknokrat dan mereka yang mewakili golongan muda,” kata Najib membuka kata semasa mengumumkan Kabinet barunya sebentar tadi.

“Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya.

“Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan,” tambah beliau lagi.

Timbalan Perdana Menteri kekal di sebagai Menteri Pelajaran 1 di dua kementerian digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi dibantu oleh bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran 2.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim Kabinet sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Naib-naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertukar portfolio dimana Zahid berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala Hishamuddin pula ke Kementerian Pertahanan. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal pula kekal sebagai Menteri Pembangunan Wilayah Dan Luar Bandar.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Dan Menteri Kewangan Kedua.

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel diletakkan sebagai Menteri Alam Sekitar Dan Sumber Asli.

Kabinet kali ini juga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah, parti komponen BN MCA tidak menghantar wakil. Bagaimanapun, jawatan Menteri Pengangkutan dikosongkan untuk parti itu akan tetapi dipangku oleh Hishamuddin.

61 comments:

  1. Seperti yang dikatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dia menyifatkan barisan Kabinet baru sebagai mantap dan dinamik dengan gandingan pemimpin muda dan berpengalaman sejajar usaha melaksanakan proses transformasi negara. Saya juga berfikir bahawa orang muda dalam kabinet boleh mendekati pemuda dan belia di Negara ini untuk meraih sokongan.

    ReplyDelete
  2. Barisan itu terdiri daripada mereka berpengalaman di dalam dan luar kerajaan, bidang perdagangan, teknokrat serta perwakilan dari Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  3. Di samping itu ada juga tenaga dinamik, orang-orang muda seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Fadillah Yusof sebagai mana yang diumumkan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  4. Mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai Ahli Parlimen. Oleh sebab itu TPM yakin mereka dapat membantu Perdana Menteri dalam urusan menguruskan portfolio masing-masing di negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebajikan rakyat harus diutamakan.

      Delete
  5. Mengenai pelantikan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin yakin sebagai orang muda ahli Parlimen Rembau itu akan lebih memahami aspirasi generasi muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu PM ada inisiatif bagi menarik generasi muda untuk bersama-sama dalam proses pembangunan negara.

      Delete
    2. Darah baru dan idea baru diperlukan khas dari golongan muda yang kreatif.

      Delete
  6. Kementerian Pelajaran kini juga digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti pendidikan negara harus dipertingkatkan lagi.

      Delete
  7. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Jury menyifatkan kabinet Persekutuan yang dibentuk pada Rabu sebagai gandingan mantap yang diyakini mampu memacu agenda transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata barisan kabinet baharu itu yang menyaksikan gabungan muka lama dan baharu ialah yang terbaik untuk negara dalam mencapai Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  8. Lebih penting, katanya, barisan kabinet itu mencerminkan semangat setiakawan dan perkongsian kuasa dalam komponen Barisan Nasional (BN)."Saya cukup yakin barisan kabinet 2013 ini mampu menjadi penggerak pencapaian visi menjadikan Malaysia negara maju berpendapata n tinggi dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi," katanya.

    ReplyDelete
  9. Limus yang memenangi kerusi DUN Kuala Penyu dalam PRU13, juga menyatakan penghargaan kepada perdana menteri kerana membentuk barisan kabinet yang mencerminkan aspirasi rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak.

    "Ini terbukti dengan pertambahan jumlah wakil dari Sabah dan Sarawak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan.

    ReplyDelete
  10. Dalam konteks Sabah, Limus berkata pertambahan jumlah menteri kepada enam orang dan empat timbalan menteri menunjukkan kerajaan pusat menghargai status Sabah sebagai `simpanan tetap' BN sejak dahulu lagi.

    "Sudah tentu 10 pemimpin Sabah yang dilantik ini mampu membawa suara dan harapan orang Sabah," katanya, sambil menambah kementerian yang diterajui mereka juga begitu relevan dan bersesuaian dengan keadaan negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabinet baru harus membuktikan kebolehan masing-masing.

      Delete
  11. Enam pemimpin yang dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Dr Maximus Ongkili, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ewon Ebin dan Tan Sri Joseph Kurup.Tiga timbalan menteri pula ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Mary Yap.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Sabah menyambut baik pengumuman Kabinet Persekutuan baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut membariskan enam menteri serta empat timbalan menteri dari negeri ini

    ReplyDelete
  13. Sambil mengucapkan tahniah kepada semua anggota Kabinet yang dilantik, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata barisan Kabinet itu memperlihatkan gabungan padu dan mantap bagi memenuhi aspirasi rakyat keseluruhannya.

    ReplyDelete
  14. “Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Sabah, saya merakamkan tahniah dan menyambut baik pengumuman Kabinet Persekutuan yang baru seperti diumumkan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  15. “Barisan Kabinet itu memperlihatkan gabungan padu dan mantap, membariskan pemimpin kanan berpengalaman luas, digandingkan dengan muka baru yang tentunya dapat memberi idea serta sumbangan lebih signifikan kepada kerajaan dan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka baru ini akan membawa ekonomi ke peringkat yang lebih berkembang.

      Delete
  16. “Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang melantik pemimpin dari Sabah menganggotai Kabinet baru beliau. Ini jelas membuktikan beliau adalah pemimpin yang amat prihatin dan peka kepada keperluan rakyat dan negeri Sabah,” Musa Aman

    ReplyDelete
  17. Menteri dari Sabah ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Anifah Aman (Luar Negeri), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) yang sebelum ini bergelar timbalan menteri.

    ReplyDelete
  18. Dua lagi menteri ialah muka baru, Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

    ReplyDelete
  19. Empat timbalan menteri, Datuk Abdul Rahim Bakri (Pertahanan), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kerja Raya) serta muka baru, Datuk Mary Yap (Pelajaran) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) yang dilantik semula menganggotai Kabinet.

    ReplyDelete
  20. Mengulas lanjut Musa berkata, pemilihan Kabinet baru itu jelas menterjemahkan kepercayaan dan keyakinan tinggi, penghargaan serta pengiktirafan Perdana Menteri terhadap kebolehan dan kewibawaan pemimpin dari Sabah menerajui kementerian penting di peringkat Pusat.

    ReplyDelete
  21. “Dalam konteks ini, kita yakin akan kebijaksanaan Perdana Menteri memimpin barisan Kabinet baru beliau bagi memenuhi mandat rakyat berdasarkan portfolio masing-masing seterusnya menjayakan dasar dan agenda pembangunan negara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  22. “Suka saya tekankan kerajaan negeri akan terus bekerjasama dan berganding bahu bersama Kerajaan Pusat di bawah kepemimpinan Perdana Menteri dan barisan Kabinet baru ini demi memenuhi mandat serta kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu,”

    ReplyDelete
  23. Pelantikan 10 wakil rakyat dari Sabah menganggotai Kabinet Persekutuan membuktikan kerajaan pusat mengiktiraf peranan pemimpin dari negeri ini membangunkan negara.

    ReplyDelete
  24. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pelantikan itu, yang membabitkan enam Anggota Parlimen sebagai menteri dan empat sebagai timbalan menteri, jelas menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan pemimpin dari Sabah.

    ReplyDelete
  25. Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyedari Sabah, sebagai sebuah negeri yang besar, mempunyai pemimpin yang mampu membantu kerajaan melaksanakan agenda transformasi.

    ReplyDelete
  26. “Kerajaan negeri berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan 10 wakil rakyat itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Meraikan Kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 anjuran Umno Libaran di sini kelmarin.

    ReplyDelete
  27. Musa berkata pelantikan itu turut memberi faedah kepada rakyat Sabah terutama dari segi pelaksanaan pembangunan.

    ReplyDelete
  28. Terdahulu, dalam ucapannya, Musa mengingatkan semua wakil rakyat di Sabah agar rajin turun padang berjumpa rakyat dan memberi perkhidmatan terbaik.

    ReplyDelete
  29. Beliau berkata mandat serta sokongan oleh rakyat tidak harus disia-siakan dan perlu dibalas dengan memberi perkhidmatan terbaik selain menunaikan janji, khususnya yang dibuat ketika pilihan raya umum baru-baru ini.

    ReplyDelete
  30. Daripada 10 wakil Sabah yang menganggotai Kabinet Persekutuan, enam dilantik ke jawatan menteri iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

    ReplyDelete
  31. Empat lagi dilantik ke jawatan timbalan menteri iaitu Mary Yap (Kementerian Pelajaran), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kementerian Kerja Raya) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

    ReplyDelete
  32. Senarai barisan kabinet yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
    Najib Razak mencerminkan satu gandingan mantap antara yang berpengalaman
    dan muka baru, kata Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM)
    Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

    ReplyDelete
  33. Sivamurugan yang juga penganalisis politik berkata keputusan itu adalah
    antara yang terbaik dibuat oleh perdana menteri dalam memastikan setiap
    rancangan yang dikerangka oleh kerajaan dilaksanakan dengan baik bagi
    penggal kali ini.

    ReplyDelete
  34. Secara menyeluruh saya rasakan gandingan yang berpengalaman dan yang
    baru ini merupakan satu barisan yang perlu untuk menggalas cabaran dalam
    melaksanakan rancangan dasar kerajaan.

    ReplyDelete
  35. Justeru kata Sivamurugan, Najib perlu mengambil tindakan holistik bagi
    memastikan terdapat wakil muka baru dalam senarai anggota jemaah
    menterinya yang turut sama boleh mengangkat suara golongan generasi
    muda.

    ReplyDelete
  36. Mungkin muka baru dalam kabinet ialah disebabkan oleh prestasi mereka
    contohnya seperti Rahman Dahlan, Khairy Jamaluddin, saya rasa ini semua
    menunjukkan kabinet ini merangkumi golongan-golongan pemimpin pemuda
    yang boleh mewakili kelompok generasi Y ini," katanya.

    ReplyDelete
  37. Mengulas pelantikan 19 pemimpin dari Sabah dan Sarawak bagi menggalas
    jawatan di dalam barisan kabinet, Sivamurugan berkata pelantikan
    kebanyakan menteri dari dua negeri Borneo ini turut mencerminkan satu
    penghormatan kerajaan Barisan Nasional kepada pemimpin di sana yang
    sudah lama bekerja keras memastikan negeri itu sentiasa kekal dengan
    kemenangan majoriti mudah.

    ReplyDelete
  38. Sivamurugan juga tidak menafikan keputusan perdana menteri itu ekoran
    tindakan MCA dan Gerakan yang tidak mahu menganggotai barisan kabinet
    selepas mencatat prestasi yang tidak membanggakan pada Pilihan Raya Umum
    ke 13 lalu.

    ReplyDelete
  39. Berdasarkan kepada sokongan dalam pilihan raya lepas, saya rasa ini satu
    penghormatan kepada sokongan yang diberikan oleh Sabah dan Sarawak
    sebelum ini.

    ReplyDelete
  40. Apakan lagi MCA dan Gerakan sudah menyatakan tidak mahu lagi berada
    dalam kabinet dan barangkali itulah keputusan yang dibuat oleh perdana
    menteri," katanya.

    ReplyDelete
  41. Ya saya rasa ini juga adalah satu bentuk penghargaan kerana
    misalnya ada juga kementerian kerja raya (Fadzilah Yusuf) yang dilantik
    dari PBB, itu salah satu kementerian yang berportfolio tinggi kan,"
    katnya lagi.

    ReplyDelete
  42. Sementara itu, penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
    menyifatkan pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan
    Sarawak di dalam barisan kabinet baru ini adalah berikutan kemenangan
    besar BN ke atas dua negeri Borneo tersebut.

    ReplyDelete
  43. Memang telah dijangkakan sebab berimbang ini adalah berasaskan
    kemenangan BN pada pilihan raya lalu. Kita lihat banyak kemenangan
    datang dari Sabah dan Sarawak," katanya.

    ReplyDelete
  44. Beliau selain itu berkata berdasarkan pemerhatiannya perdana menteri
    tidak memilih beberapa menteri terutamanya dari Selangor ekoran prestasi
    yang hambar sama seperti dari rakan komponennya MCA dan Gerakan.

    ReplyDelete
  45. Saya tidak nampak ia satu bentuk hukuman, tapi atas dasar ada pemimpin yang lebih sesuai.

    ReplyDelete
  46. Atas dasar gagal menawan Selangor dan banyak hilang kerusi, ia mungkin
    satu hukuman kepada dia (Noh) tapi bukan kepada semua pemimpin
    Selangor," katanya lagi.

    ReplyDelete
  47. Dalam pada itu berdasarkan pemerhatian yang dibuat Sivamurugan perdana
    menteri tidak memilih beberapa menteri terutamanya dari Selangor ekoran
    prestasi yang hambar sama seperti dari rakan komponennya MCA dan
    Gerakan.

    ReplyDelete
  48. Ujarnya ini mungkin kerana perdana menteri mahu memastikan barisan
    kabinet baru ini boleh menyumbang kepada kemantapan jentera pentadbiran
    kerajaan sekali gus membolehkan kerajaan memenuhi hasrat rakyat.

    ReplyDelete
  49. Mungkin (perdana menteri) mengambilkira faktor kemenangan dan
    mengambilkira kepada faktor penghargaan kepada negeri-negeri yang menang
    contohnya Shahidan, saya rasakan itu sebagai satu penghormatan, jadi di
    sini Noh Omar digugurkan dan mungkin juga berdasarkan prestasi hambar
    dalam pilihan raya," katanya.

    ReplyDelete
  50. Dalam pengumuman yang menyaksikan jumlah ahli Kabinet dikurangkan
    kepada 57 berbanding 68 orang sebelum ini, Perdana Menteri berkata
    senarai anggota jemaah menterinya disifatkannya sebagai “kabinet
    berimbang” sekaligus dilihat boleh mewakili rakyat dengan efektif serta
    membawa nafas baru kepada pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  51. Najib ada berkata bahawa kerajaan tidak hanya bekerja bersungguh-sungguh untuk membawa pembangunan kepada Sabah dan akan terus untuk membina infrastruktur seperti jalan raya

    ReplyDelete
  52. malahan, beliau juga memberi sokongan padunya di Sabah semasa pencerobohan dari Filipina.

    ReplyDelete
  53. let's hope BN will make sure and guarantee the state's continued peace and sovereignty.

    ReplyDelete
  54. semoga lebih banyak peruntukan dapat diberi untuk melaksanakan rancangan transformasi di kawasan-kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  55. Di samping itu, kerajaan BN akan terus komited dalam membasmi kemiskinan di negara ini

    ReplyDelete