Monday 27 May 2013

TSUNAMI CINA DARI KACAMATA CINA MUSLIM





Oleh : DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH

PADA mulanya saya tidak mahu percaya berlaku Tsunami Cina dalam PRU13. Analisis demi analisis yang saya hadiri, rata-rata menyimpulkan bahawa tidak berlaku tsunami Cina, tetapi tsunami Malaysia yakni penolakan rakyat terhadap Umno BN.

Ringkasnya, undi bandar memihak kepada PR, manakala undi kampung lebih kepada Umno BN.

Namun, setelah saya teliti dengan mendalam, memang berlaku tsunami Cina. Faktor ini amat jelas dan tidak boleh diselindungkan lagi. Saya amat musykil, kenapa sebahagian besar pengkaji tidak mengakui fakta ini. Apa tujuan di sebalik?

Lihat sahaja trend pengundian di Pulau Pinang dan kawasan majoriti Cina, bukti-bukti menunjukkan terlalu sedikit undi Cina yang diperoleh BN.

N27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang, BN hanya dapat 1,803, berbanding DAP 15,403, majoriti 13,600. Sepanjang kajian saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah PRU, BN hilang wang deposit. PRU13 menjadi saksi.

Begitu juga N13 Berapit (PP), BN hanya dapat 2,230 undi, berbanding DAP 16,995, dengan majoriti 14,765. Saya difahamkan di Dun Sitiawan, hanya dua sahaja undi Cina diperoleh BN. Adakah ini bukan tsunami Cina? Tanpa nafikan tsunami yang lain.

Jika diamati secara teliti, sebenarnya BN kalah di Semenanjung (76), kerusi Sabah Sarawak (57) yang menjadi penyelamat. Manakala PR dapat 80 kerusi di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, 9 kerusi.

Bermakna, jika tidak ada tambahan kerusi Sabah Sarawak, kerajaan diterajui BN sudah jatuh.

Ultra kiasu berhujah, jika ada tsunami Cina, sudah tentu calon Melayu mereka sukar untuk menang bertanding di kawasan Cina. Misalnya P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang dan beberapa kerusi lain yang diberi kepada calon Melayu.

Pecahan pengundi P48 mengikut kaum ialah Melayu (13.99%), Cina (73.74%), India (11.22%) dan lain-lain (1.14%). Parlimen ini dimenangi oleh Melayu (DAP), mengalahkan calon Cina BN dengan majoriti 32,778. Kenapa calon ‘Melayu’ ultra kiasu boleh menang?

Adakah dengan mengundi calon Melayu, tidak berlaku tsunami Cina. Siapakah calon ini? Mengundi beliau, bermakna mengundi ultra kiasu.

Bezanya dalam PRU13, sebahagian besar Cina menjadi lebih ultra kiasu? Kenapa? Adakah kerana kerajaan mereka bersih? Atau kerana suka kepada tuntutan ultra kiasu untuk menjadi lebih Cina?

Saya ingin mengajak orang Cina supaya rasional dalam hal ini. Tidak dinafikan ada kelemahan kerajaan Umno BN.

Suka atau tidak, kita perlu mengakui, apa yang diperoleh orang Cina hari ini disebabkan oleh kerajaan sedia ada dan polisi yang dilaksanakan.

Perolehan yang paling ketara adalah kek ekonomi dan pendidikan. Kekayaan ekonomi diperoleh lebih 70 peratus. Manakala dalam soal pendidikan, pendidikan Cinalah yang paling mendapat perhatian kerajaan berbanding pendidikan lain.

Kerajaan telah membantu pendidikan Cina sehingga menenggelamkan pendidikan agama. Malangnya, dalam PRU13, mungkin tidak ada seorang pun guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi Umno BN.

Sebenarnya saya sudah malas menulis mengenai ultra kiasu selepas PRU13 atas dasar dakwah kerana ramai kawan seperjuangan mengatakan tulisan saya merugikan dakwah.

Tetapi melihat kepada gerak-geri mereka, hati saya berkata-kata, tidak boleh jadi, sebab ultra kiasu menjadi semakin bongkak dan sombong.

Terbaharu, isu pembahagian kerusi Exco negeri Selangor. Formula yang ditetapkan adalah 3:3:4 (PKR:DAP:Pas). Ultra kiasu bising wakil bangsa mereka kurang. Dapat lebih senyap, dapat kurang riuh.

Bukankah dalam PKR sudah ada ramai ultra kiasu?

Saya difahamkan di Pulau Pinang, telah berjalan perancangan ultra kiasu melatih anak-anak ultra kiasu untuk membuat roti canai dan kuih-muih Melayu.

Selepas ini, orang Cina tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak atau kedai Melayu untuk menikmati makanan tersebut kerana sudah ada di kedai Cina. Secara halus, bisnes mamak dan Melayu akan tutup dan bersedialah untuk berhijrah.

Ya, saya tidak nafikan tidak semua Cina yang rasis. Tetapi, perlu diingat, ramai Cina yang rasis dalam parti ultra kiasu. Saya tidak akan label mereka ultra kiasu atau rasis, jika mereka menerima konsep negara Islam dan undang-undang Islam.

Pas pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada Pas sebagai tanda protes kepada Umno BN, bukan kerana telah menerima Islam.

Jika berlaku pertembungan antara calon Pas vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi Pas. Mereka mengundi Pas hari ini kerana berlaku pertembungan dengan Umno. Jika Pas vs PKR, pasti mereka memilih PKR. Buka mata, buka minda.

38 comments:

  1. HE 13th General Election is over, but opposition leader Anwar Ibrahim is still disillusioned that Pakatan's dream to occupy Putrajaya did not materialise. He has been criss-crossing the country holding "peaceful rallies".

    ReplyDelete
  2. Other opposition leaders had distanced themselves and had urged the leader to accept the election verdict. Whatever discrepancy or claims of fraudulent voting, the courts are there to check, verify and impose the relevant sentence if there is a case.

    ReplyDelete
  3. Recently, the opposition leader held a rally at Oakland Park with more than 10,000 people turning out and the massive jam caused inconvenience to the people shopping at Jaya Jusco near Seremban 2.

    ReplyDelete
  4. His speeches ridiculed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on the call he received from United States President Barack Obama, who congratulated him for his victory in the general election.

    ReplyDelete
  5. As a Malaysian, we want to see positive changes in the country's administration, and the way forward is dialogue and discussion with the country's leadership.

    ReplyDelete
  6. The people's concern now is that if the trend is left unchecked by the authorities, it can lead to a Malaysian Spring, something which we do not want after 56 years of independence and peaceful living.

    ReplyDelete
  7. The call by Haris Ibrahim of Anything but Umno, as reported in the newspapers, calling for massive rallies to overthrow the government is uncalled for.

    ReplyDelete
  8. It is time the police and armed forces acted against undesirable elements who are hell bent on trying to destroy what our forefathers have built over the years just for their own personal agenda.

    ReplyDelete
  9. EVEN as Barack Obama is re-elected president of the United States of America for the second term, the 13th general election here saw Barisan Nasional led by Datuk Seri Najib Razak securing a simple majority to form the government for the next five years.

    ReplyDelete
  10. Into his second term for Najib, this is a sign that better things are in store for Malaysians. In America, the Dow Jones broke through the 15,000 mark barrier and in Malaysia, the Bursa Malaysia breached the 1,700 mark.

    ReplyDelete
  11. This reflects the resilience, confidence, stability, peace and prosperity of both US and Malaysia. It augurs well for both nations and the world.

    ReplyDelete
  12. Our prime minister has been indefatigable, unflagging and dauntless in the discharge of his onerous duties. Malaysians are happy that Najib has been elected to lead us again.

    ReplyDelete
  13. FOLLOWING Barisan Nasional’s victory in the 13th general election, now is the time for the coalition to fulfill its pledges to the people. Based on data, the occurrence of crimes in cities is evidently far more rampant than in suburban areas.

    ReplyDelete
  14. Therefore, measures taken in preventing crimes in cities ought to be more focused and intense. If not properly addressed, situation could be dire. Apart from that, illegal money lending is another issue that needs much attention.

    ReplyDelete
  15. As a matter of fact, it is part of a criminal root. It does not only aggravate the crime rate, but also hinders the order of society as much of the advertising stickers of illegal money lender on the walls and pillars of premises are very frustrating.

    ReplyDelete
  16. Besides, it gives tourists a bad impression of the country. We, as citizens of Malaysia, look forward to see changes for a better tomorrow.

    ReplyDelete
  17. SEKALI LAGI!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13

    Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

    Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

    SEKALI LAGI!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13

    Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

    Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

    ReplyDelete
  18. SEKALI LAGI!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13

    WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen.

    Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

    “Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,”.

    SEKALI LAGI!! Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13

    PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

    Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

    Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

    ReplyDelete
  19. BN did not steal victory from the opposition: PM

    The Barisan Nasional (BN) did not steal victory from the opposition in the 13th general election (GE13), said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    He said Malaysia practiced a parliamentary democratic system as enshrined in the federal constitution whereby BN had won general elections based on winning more seats to form the government and not based on the popular votes system.

    "The claim that we stole victory from the opposition is a falsehood because we did not cheat in the recent GE13.

    BN did not steal victory from the opposition: PM

    "Show me the Bangladeshis who became voters? They (opposition) claimed 40,000 Bangladeshis converged on an airport, show which airport?"

    "Don't drag a person just because he looked dark like a Bangladeshi," he said when launching the 2013 Youth Festival, here, today.

    Also present were former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin and Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Najib said the supremacy and loftiness of the constitution was the main pillar of the nation but the people had avenues to voice their opinions in line with parliamentary democracy.

    BN did not steal victory from the opposition: PM

    "Whatever we want to voice out must be centred on the constitution and cannot be done by the roadside by demanding and causing chaos leading to insecurity as it is not in line with the constitution.

    "As the younger generation, we must understand the demands for change must be based on the constitution and Rule of Law. If not the law of the jungle will prevail in our country," he said.

    At the same time, Najib suggested that the younger generation should think wisely and rationally and not to be taken in by instigation and fraud, specifically in cyberspace.

    He said most important in building a nation and future was that it must be based on common sense by picking truth over falsehoods and right over wrong.

    ReplyDelete
  20. BN did not steal victory from the opposition: PM

    "If this can be fostered, if this can be nurtured among youths, God willing our future, the future of the youths and the beloved nation will continue to shine," he said.

    Najib also gave his assurance that the government was capable of carrying out all changes it had pledged not only for the youths but also for the future of the nation.

    "Believe that if you want changes to the nation, it need not necessarily be involved in street gatherings or bringing down what is in existence today.

    BN did not steal victory from the opposition: PM

    "What is important we must understand what youths want and we provide the national administration which is suitable for youths," he said.

    During the ceremony, Najib also handed out three categories of 2013 National Youth Premier Awards (APBN) which were introduced in 1988, to recognise youths and youth organisations which had contributed towards development of youths in the country.


    BN did not steal victory from the opposition: PM

    The Youth Organisation category was won by Malaysian Youth Club (MAYC) of Simpang Bekoh, Melaka which received cash RM50,000, trophy and certificate of appreciation.

    Meanwhile, the Male category was won by Malaysian Youth Council's vice-president Manndzri Nasib and the woman's category by Halimah Abd Rahman from Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sabah.

    They each took home cash of RM20,000, a trophy and certificates of appreciation.

    ReplyDelete
  21. Negara kita tidak seperti negara lain yang didominasi satu bangsa dan golongan minoriti dipinggirkan yang menyebabkan timbul konflik apabila kepentingan mereka diabaikan. Kita, sebagai sebuah negara dengan mempunyai banyak kaum etnik, telah mengalami perubahan sejak kemerdekaan dan kepentingan sesetengah kaum dijaga oleh parti komponen masing-masing

    ReplyDelete
  22. Tidak dinafikan, dalam setiap sistem parti-parti politik, ada baik dan buruknya

    ReplyDelete
  23. walaupun wujud isu dalam gabungan dan ada sesetengah rakan kongsi berasa dipinggirkan tetapi perkara itu dapat diselesaikan tanpa perlu objektif BN dikompromi.

    ReplyDelete
  24. Bagi saya, isu paling penting bagi BN sekarang ialah melihat semula seluruh objektifnya, secara holistik, dan menambah baik sistem sedia ada untuk menjadikannya lebih relevan, lebih efektif dan lebih dinamik untuk masa depan negara yang amat kita cintai, dan untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang dan etnik yang kita amat sayangi.

    ReplyDelete
  25. Saya percaya kita boleh makmur dan maju bersama- sama dan tiada gunung yang terlalu tinggi yang tidak mampu kita daki. Kita tidak berada dalam keadaan perpecahan politik yang teruk sepertimana dianggap. Kita ditakdirkan untuk bersatu dan bukannya berpecah

    ReplyDelete
  26. Malaysia menyeru semua pihak yang berkonflik agar membuang sifat ekstrem dan bergerak ke arah mempromosi budaya aman bagi menyelesai perbezaan antara mereka.

    ReplyDelete
  27. Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata budaya seumpama itu boleh menyatupadukan semua pihak yang boleh dilakukan pemimpin agama, ibu bapa, keluarga, guru, artis, ahli akademik, masyarakat ma- dani, wartawan, pelajar dan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  28. Malaysia menganjurkan pergerakan kesederhanaan global yang bertujuan mempromosi keamanan dan keharmonian global yang berkekalan.

    ReplyDelete
  29. hubungan erat antara rakyat berlainan kepercayaan dan budaya yang Malaysia turut berbangga dengan kepelbagaiannya kerana ia memberi kekuatan kepada negara secara keseluruhan menerusi semangat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Salah satu elemen utama dalam menyemai perpaduan nasional ialah pendekatan kesederhanaan yang diamalkan kerajaan Malaysia serta rakyat dalam menangani pelbagai isu termasuk meningkat hubungan antara kepercayaan dan budaya.

    ReplyDelete
  31. Kejayaan kami sebagai sebuah negara hingga hari ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kesederhanaan dari semua agama dan budaya untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dalam mengekal keamanan, keharmonian dan kemakmuran

    ReplyDelete
  32. Malaysia mahu mengambil peluang untuk menyeru kepada kesederhanaan di kalangan masyarakat antarabangsa dalam mencapai keamanan dan keharmonian global.

    ReplyDelete
  33. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya tidak marah dengan masyarakat Cina yang tidak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


    ReplyDelete
  34. Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, nasihat itu disampaikan Najib semasa perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN di Kuala Lumpur.

    Najib juga katanya berpesan agar tidak menggelarkan keputusan PRU13 sebagai ‘Tsunami politik Cina’ kerana bimbang wujud ketegangan kaum.

    ReplyDelete
  35. Perkataan ‘Tsunami politik Cina’ muncul apabila MCA, Parti Gerakan dan SUPP kalah teruk di kawasan ditandingi masing-masing.

    SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi Parlimen yang melibatkan kawasan bandar sementara hanya menang di kerusi majoriti Bidayuh, Par- “Kekalahan BN di kawasan majoriti Cina bukanlah ‘tsunami politik Cina tetapi fenomena bandar,” kata Wan Junaidi.

    ReplyDelete
  36. Menurutnya kerajaan akan melakukan penyelidikan dan kajian untuk mencari punca utama kurangnya sokongan masyarakat Cina kepada BN.


    ReplyDelete
  37. Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, perjumpaan itu merupakan kali pertama diadakan antara Perdana Menteri dan Ahli Parlimen selepas pilihan raya.

    “Semua Ahli Parlimen BN dinasihati untuk melakukan kerja dengan baik kerana bimbang ada Ahli Parlimen tidak mahu bekerja selepas dipilih.


    ReplyDelete
  38. “Najib juga mahu semua Ahli Parlimen peka dengan keperluan masyarakat di kawasan masing-masing,” ujarnya.

    “Najib menyatakan meskipun majoriti undi orang Cina tidak berpihak kepada BN, kerajaan BN tidak akan mengabaikan kebajikan dan keperluan mereka.

    ReplyDelete