Monday, 15 November 2010

BAIKI SEGERA JAMBATAN GANTUNG KG GUMISI



RUNTUH…. Barangin Garinang berlatar belakangkan jambatan gantung Kg Sugiang Lama yang runtuh sebelum dihanyutkan banjir.

Oleh: MAIL MATHEW

PENDUDUK Kg Gumisi, Tenom dan sekitarnya yang terdiri daripada golongan petani mengharapkan pihak kerajaan agar mempercepatkan kerja kerja membaikpulih jambatan gantung yang menyeberangi sungai Padas setelah roboh sebelum dihanyutkan air banjir baru-baru ini kerana jambatan tersebut penting sebagai nadi perhubungan utama penduduk di situ untuk ke pusat bandar.

Jambatan gantung yang dibina lebih 10 tahun lalu berukuran kira-kira 150 meter panjang selain kegunaan para penduduk kampung Gumisi dan tiga perkampungan yang lain, tetapi juga sebagai laluan utama pelajar pelajar sekolah ke SK Gumisi sejauh kira-kira dua kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg Sugiang Lama, Barangin Garinang, 51, ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin berhubung kemusnahan infrastruktur di situ selepas banjir pada baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada masalah tersebut telah disedari pihak kerajaan supaya tindakan dapat dijalankan, Barangin berkata, beliau pasti ia sudah disedari kerana selepas sahaja kejadian itu beliau difahamkan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kemabong telah pun melakukan lawatan ke situ.

Bagaimana pun tegas Barangin lagi, beliau juga telah menghantar laporan kepada Pejabat Daerah supaya tindakan akan dapat dilakukan secepat mungkin kerana jambatan tersebut penting untuk kegunaan penduduk bagi menjalankan pelbagai urusan seharian termasuklah sebagai laluan kanak-kanak sekolah.

“Sungguh pun laluan alternatif masih ada iaitu dengan menggunakan jalan berpusing melalui pekan lama Kemabong untuk ke Kg Gumisi, tetapi jaraknya agak jauh sehingga mencecah kira kira 10kilometer, berbanding jika menggunakan jambatan gantung hanya jaraknya kira-kira dua kilometer sahaja,” jelas Barangin.

Sementara itu, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Bencana Alam Tenom, Siriman Basir tidak dapat dihubungi kerana bermesyuarat di Kota Kinabalu.

Namun, Bilik Gerakan Bencana Alam Banjir di sini yang telah pun ditutup operasinya pada Sabtu difahamkan kini sedang mengumpul laporan kemusnahan daripada kawasan akar umbi yang terlibat dengan banjir menerusi JKKK untuk tindakan seterusnya.

Bagaimana pun banjir kali ini walaupun agak besar namun tidak terdapat laporan kejadian yang melibatkan mangsa mati lemas atau sebagainya kecuali kerosakan beberapa jambatang gantung dan tebingan sungai runtuh kerana hakisan.

No comments:

Post a Comment