SERAH….Prof Datin Paduka Zuriana Majid (kiri) menyerahkan replika kunci bangunan Galeri Warisan Bukit Tengkorak kepada Datuk Ellron disaksikan Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph.
BANGUNAN Galeri Warisan yang terletak di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di daerah Semporna, yang dimulakan pembinaannya pada 5 Januari 2009 dan siap sepenuh pada 24 September 2010 yang lalu, dengan kos 4.2 juta ringgit atas usaha oleh Jabatan Warisan Negara telah menempatkan rumah penyelidik, pejabat Jabatan Muzium Sabah, tandas awam, papan penerangan, pelantar dan wakaf.
Dengan adanya bangunan itu, ianya memberi keselesaan kepada para penyelidik dari luar mahu pun dalam negeri, untuk membuat penyelidikan tentang Bukit Tengkorak. Pemeliharan dan pemuliharaan tapak warisan bukanlah satu kerja yang mudah. Tetapi dengan mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya dan juga penelitian dan kesabaran yang amat mendalam dan sekaligus mempunyai rasa tanggungjawab yang perlu dipikul memelihara dan mengekalkan warisan sejarah negara.
Demikian dinyatakan isi kandungan teks ucapan Datuk Ellron Angin Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ketika menyampaikan ucapan di majlis penyerahan tapak siap kerja Bukit Tengkorak dari Jabatan Warisan Negara kepada Jabatan Muzium Sabah.
Katanya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar amat menyokong semua usaha yang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara dalam meningkatkan lagi kesedaran, penghayatan masyarakat betapa pentingnya bangunan-bangunan warisan, tapak-tapak warisan atau apa sahaja tapak warisan yang tidak ketara agar terus dipelihara dan dikekalkan sepenuhnya melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah akta warisan Kebangsaan 2005 diperingkat negara dan enakmen Antikuiti dan Harta Karun 11/1977 serta enakmen pemelihara warisan budaya 2006 diperingkat negeri Sabah.
Menurutnya, nilai warisan bangsa tiada tolok bandingnya dengan wang ringgit. Kerana ia melambangkan peradaban dan ketamadunan yang mesti dijaga, dipelihara dan dikaji untuk pengetahuan dan pengajaran serta menjadi kebanggaan kepada generasi sekarang dan akan datang.
Kementerian turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas ehsan dan bantuan biaya Jabatan Muzium Negara sebanyak 4.2 juta bagi membiayai dan merealisasikan projek pembangunan Pusat Interpertasi arkeologi di Bukit Tengkorak tersebut.
Adalah juga menjadi harapan kementerian, Jabatan Muzium Sabah agar dapat melaksanakan pengisian pameran, aktiviti galeri dan lain-lain dalam usaha mempromosikan tapak ini kepada kepada masyarakat umum serta pelancong asing Antarabangsa.
Oleh yang demikian, memupukan perasaan sayang cinta dan hormatkan sejarah adalah tugas dan tanggungjawab kita bersama. Kerana ia melambangkan jati diri dan akar umbi bangsa Malaysia. Tanpanya ia akan hilang nilai identiti maruah diri anak bangsa yang kita banggakan, katanya.
Kerajaan Sabah sekali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Warisan Negara dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang amat bermakna dan bersejarah ini.
Usaha murni ini akan memberi pengetahuan dan semangat cinta akan peninggalan zaman kepada umum di samping memartabatkan, memperkasa lagi warisan bangsa dan negara Malaysia.
Dalam pada itu juga, semoga perhubungan silaturahim serta kerjasama pintar antara kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah dalam apa juga program pembangunan akan tetap sentiasa segar bugar, katanya lagi.
Turut hadir menyaksikan penyerahan tapak siap kerja bukit Tengkorak ialah Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Prof Datin Paduka Zuriana Majid, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Profesor Madya Dr Stehpen Chia, Penolong Daerah semporna Norsiah Nusuri, ketua daerah Tuan Haji Musa Sanani, wakil Ketua daerah, Tuan Haji Nurjaileh dan Timbalan Pengarah Satu Muzium Sabah, Sintiong Gelet.
No comments:
Post a Comment