JOHAN …..Michael Asang bergambar bersama-sama pasukan yang meraikan kemenangan johan keseluruhan menggondol piala Presiden
Oleh: SHAIMON S JUMADI
KEJOHANAN Bola Sepak Antara Bahagian (ZON) sempena Ulang Tahun Parti Bersatu Sabah (PBS) Yang Ke 25 Tahun telah menurunkan 8 buah pasukan bola Sepak untuk berentap bagi merebut piala Presiden PBS yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu baru-baru ini.
Dalam perlawanan sengit yang membabitkan pasukan-pasukan Zon Utara, Zon Pantai Barat Atas, Zon Pantai Barat Bawah, Zon Pedalaman Bawah, Zon Pedalaman Atas Zon Sandakan Pedalaman, Zon Sandakan Bandar dan Zon Tawau masing-masing telah berentap selama hampir satu minggu dengan hasrat untuk merangkul dan menggondol piala Presiden.
Pasukan dari ZON Sandakan Pedalaman yang melibatkan tiga Bahagian antaranya Kuamut, Labuk dan Sugut yang diurus tadbir oleh Datuk Michael Asang dan di bawah bimbingan jurulatih Awang Gariman.
Pada perlawanan peringkat akhir, pasukannya yang bertemu dengan pasukan Zon Pantai Barat Atas telah muncul johan keseluruhan setelah menewaskan pasukan Zon Pantai Barat Atas melalui jaringan 6-0 tidak berbalas.
Ini bermakna pasukan Zon Pantai Barat Atas dengan sendirinya menyandang gelaran naib johan. Johan telah menerima wang tunai RM2,000 sebuah piala kejohanan, sijil dan sebuah piala pusingan.
Dalam pada itu Awang Gariman Jurulatih pasukan tersebut merakamkan ucapan jutaan terima kasih terutama sekali kepada Datuk Michael Asang atas bimbingan beliau maka pasukan tersebut telah meraikan kemenangan dalam kejohanan Piala Presiden.
“Saya selaku jurulatih kepada pasukan Zon Sandakan Pedalaman ingin mengucapkan kepada semua pemain dipasukan ini kerana telah menunjukan prestasi yang bagus sehingga menempuh kejayaan yang cemerlang menggondol piala tersebut. Kita juga merasa terharu sepanjang perjalanan kejohanan tersebut kerana para pemain kita telah menunjukan disiplin yang tinggi dan tidak membawa sebarang masalah kepada semua pihak” ujarnya dengan panjang lebar.
No comments:
Post a Comment