Wednesday, 10 November 2010

TENOM AKAN DILANDA BANJIR LAGI?



TERKANDAS… Kenderaan terkandas jalanraya dilimpahi air sedalam 0.5 meter dan rumah Kg Tenom Lama mula dilimpahi banjir.

Oleh: MAIL MATHEW

AKIBAT hujan turun beberapa hari di kawasan perkampungan ulu di Tenom dan daerah Kemabong menyebabkan paras air sungai Padas dan Pegalan mula naik sehingga melimpah dari paras tebing membimbangkan para penduduk.

Ketika tinjauan Sabahkini.net sekitar jam 5 petang tadi, paras air di kedua sungai tersebut semakin meningkat naik kerana cuaca tidak menentu sehingga beberapa batang jalan di kampung Binsilon dan Tumantalik tidak dapat dilalui kerana telah dinaiki air antara 0.5 hingga dua meter.

Bagaimanapun di kawasan yang sering dilanda banjir seperti Kg Saga, Kg Enubai dan Kg Pantongan dalam kedaan berjaga-jaga kerana ketika ini keadaan banjir masih di paras belum bahaya.

Sebelum ini, banjir terburuk yang pernah melanda kawasan ini sekitar tahun 2008 dan tahun 2009 yang turut mengorbankan dua mangsa di kawasan Ulu Tomani dan Kemabong; selain turut merosakkan infrastruktur yang berjumlah jutaan ringgit.

No comments:

Post a Comment