Saturday 11 February 2012

ASIA ALAMI PERTUMBUHAN EKONOMI KOLEKTIF

ASIA kini di ambang untuk mengecapi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang ketara secara kolektif meskipun masih dibelenggu banyak cabaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia.

"Asia sewajarnya memperoleh pengajaran penting daripada krisis kewangan global dan memperakui implikasi kesalingbergantungan yang tinggi," kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa mengenai 'Penyepaduan Pasaran Asia dan Inovasi Kewangan' di Tokyo Jumaat, beliau berkata krisis hutang negara di Eropah berkaitan bukan sahaja dengan urusan fiskal, malah pengurusan hutang yang memberi implikasi ketara dalam pasaran kewangan.

Walaupun isu-isu fiskal mungkin kekal menjadi urusan nasional, Zeti dalam teks ucapannya kepada Bernama berkata, impak pembiayaan dan kesan yang lebih luas perlu ditangani.

"Berdasarkan persekitaran yang positif di Asia, peluang itu harus digunakan untuk menangani segala cabaran ini. Dunia kini semakin melihat kepada Asia.

"Menerusi kedudukan yang baik ini, ekonomi Asia berada pada kedudukan yang lebih baik untuk berusaha secara kolektif, yang bukan sahaja membuka potensi kita, malah meningkatkan proses untuk menyumbang kepada ekonomi dunia yang lebih seimbang dan mampan," katanya. (BERNAMA)

10 comments:

  1. its good to know that the euro crisis has not a significant impact in the collective economic growth in the asian region

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Asian region will continue to grow

    ReplyDelete
  3. Good to hear that Asian has achieved significant economic growth, hope to see more in the near future.

    ReplyDelete
  4. Its lucky that Asia was not affected by the economic crises in other regions.

    ReplyDelete
  5. Malaysia has to be stand out and show more positive images so that can attract investors.

    ReplyDelete
  6. satu perkembangan yang baik. semoga ekonomi Malaysia terus berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan lagi memperkembangkan lagi ekonomi asia.

      Delete
  7. Economic Transformation Programme (ETP) and the Government Transformation Programme (GTP) as diverse sectors propelling the economy to compete globally.

    ReplyDelete
  8. Semoga ekonomi Asia akan terus dalam peningkatan yang memberansangkan.

    ReplyDelete
  9. pemimpin2 kerajaan juga perlu memastikan bahawa Malaysia tersenarai antara negara2 asia yang mempunyai kekuatan ekonomi dalam menghadapi krisis kewangan global..

    ReplyDelete