Saudara Pengarang,
SEBAGAI salah seorang pemilik rumah di apartment Country Height sangat tidak berpuas hati dengan cara pengurusan apartment tersebut. Sebagai pemilik rumah saya tidak pernah lalai atau cuai membayar bil air setiap bulan.
Walaupun keadaan di perumahan tersebut agak tidak terurus kerana tangga kami berdaki, sampah yang bertaburan tidak di pungut dan menjadi daya tarikan kepada lalat sehingga naik ke rumah; namun kami masih bersabar dan bertimbang rasa kerana kami tahu kakitangan syarikat itu kurang.
Namun kami sangat menyesal membeli rumah di Country Height ialah tindakan pihak pengurusan yang telah mengugut kami baru-baru ini.
Air sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setelah pulang dari kerja dan ingin berehat di rumah; tiba-tiba rumah menjadi neraka apabila bekalan air dipotong tanpa sebarang notis tanpa alasan yang tidak munasabah.
Kami tidak pernah cuai membayar bil air tetapi pemotongan air itu bukan disebabkan masalah bil air tetapi disebabkan kami dikatakan tidak membayar insuran rumah dan cukai tanah. Bolehkah pihak pengurusan menjelaskan apakah kaitan pemotongan air ke rumah dengan bayaran insuran dan cukai tanah?
Bukankah ini satu ugutan kepada pemilik rumah di Country Height? Soal insuran dan cukai tanah adalah satu hal yang lain, kenapa bekalan air yang dijadikan alat untuk mengugut?
Para pelajar sebuah kolej di Country Height yang tidak ada kaitan langsung dengan hal ini juga menjadi mangsa kekejaman pihak syarikat yang tidak bertimbang rasa.
Lebih malang lagi, jika insuran rumah tidak dibayar bekalan air tidak akan disambung meskipun tidak ada tunggakan. Kami tidak pernah lari dari rumah ini kerana kami telah membelinya. Tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Country Height ini benar-benar tidak bertanggungjawab dan mencabul hak asasi manusia.
Seperkara lagi, bil air juga seringkali lewat dihantar daripada tarikh yang tertera iaitu antara 10 hingga 14 hari sehingga banyak rumah menjadi mangsa pemotongan air kerana kelemahan pengurusan.
Jika benar pihak pengurusan Country Height benar-benar mementingkan keselesaan penghuninya, mengapa jalanraya di kawasan mereka yang berlubang-lubang tidak pernah dibaiki. Malahan dari hari ke hari lubang di jalan raya itu semakin besar dan seringkali menyebabkan kemalangan dan kemarahan di kalangan pemilik rumah di Country Height.
Meskipun rumah telah diinsurankan, namun masalah pecah rumah semakin berleluasa sehingga menyebabkan kehilangan harta benda, tetapi Country Height tidak bertanggungjawab.
Diminta Country Height lebih berkompromi dalam hal ini kerana kami telah dibebankan dengan banyak kos bayaran dan kini di ugut secara halus dan tidak berperikemanusiaan.
Salam Hormat,
ANAK MAMI
Pihak pengurusan tidak patut mengugut penduduk di situ, tapi mereka yang tinggal di situ juga perlulah memastikan bayaran bil dijelaskan setiap bulan untuk mengelakkan masalah seperti ini.
ReplyDeletepengadu menyatakan bahawa mereka membayar bil air setiap bulan. masalah ini sepatutnya bukan berkaitan dengan bil.
DeleteMasalah pengurusan sampah yang bertimbun juga perlulah diberikan perhatian oleh pihak pengurus Country Heights.
ReplyDeletesyarikat kena tambahkan lagi kakitangan jika tidak mencukupi untuk menjaga kebersihan apartmen tersebut.
DeleteHopefully the management of COuntry Heights will take the responsibility and rectify the situation
ReplyDeleteThis will cause a bad image for the company.
ReplyDeletepihak pengurusan perumahan tersebut mengenakan berbagai- bagai bayaran kepada penhuni tapi perkhidmatan mereka tidak selaras dgn bayaran yang dikenakan.
ReplyDeletelebih baik mansuhkan saja bayaran2 yang tidak berpatutan dengan perkidmatan.
Deletemahalnya rumah tapi keadaan pengurusan yang tidak memuaskan. macam tidak berbaloi pula.
ReplyDeleteSudah keterlaluan kalau tindakkan yang dibuat oleh pihak pengurusan tersebut. Rasanya masalah itu tidak boleh dikaitan dengan bekalan air. Air dan bayaran insuran adalah berasingan. Jika benar begitu sudah sampai penghuni pula yang bertindak melaporkan keburukkan pengurusan mereka.
ReplyDeletememang eloklah kelemahan pengurusan Country Height ini didedahkan kepada media.. lagi elok jika selepas ini orang ramai memboikot apartments ini sebagai pengajaran kepada mereka..
ReplyDeletealangkah bagusnya jika perkara ini boleh diselesaikan di Mahkamah..
ReplyDeletePihak pengurusan kena lebih profesional. Cuba berbincang baik dengan penduduk.
ReplyDelete