Oleh : MEDIA USNO
USNO yang masih menunggu kelulusan pendaftarannya dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah menandatangani satu memorandum persafahaman dengan Parti STAR bagi menghadapi pilihanraya umum Ke-13 di Majlis Rapat Umum Parti yang diadakan di Pekan Semporna baru-baru ini dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong bertempat di Dewan Sulabayan, Semporna.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha meminta semua warga USNO di seluruh Sabah supaya mengundi dan memberikan sokongan kepada calon-calon STAR di kawasan KDM dan Kawasan China di negeri ini.
Badaruddin memaklumkan bahawa persafahaman di antara BajauSuluk dan KadazanDusun serta etnik lain di Sabah adalah wadah perjuangan rakyat negeri ini yang bersatu hati dan satu tujuan serta matlamat yang sama melalui cogankata '1Sabah'.
USNO akan terus meminta dan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya parti itu dapat diluluskan segera tanpa syarat. Penantian mereka yang telah masuk tahun ke lima setakat ini gagal mendapat perhatian wajar dari pihak ROS yang terus berdiam diri dan tidak memberikan jawapan rasmi tentang kedudukan permohonan parti itu, sama ada diluluskan atau ditolak.
Badaruddin memaklumkan, mereka bersedia menjadi penaja walaupun perlu menunggu 100 tahun lagi, demi generasi muda rakyat Sabah pada masa mendatang.
Badaruddin juga berkata, USNO akan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ibu negeri pada masa dan tarikh yang belum diumumkan lagi bagi memperlihatkan bahawa warga USNO serious mengenai masa depan parti itu.
Dalam ucapan balasnya, Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan menyokong penuh kewujudan parti kemerdekaan itu semula bagi memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah yang beliau lihat sangat tidak adil dan rakyat Sabah tertipu selama ini.
Jesteru itu Jeffrey meminta rakyat Sabah bijak menggunakan peluang dan masa depan mereka pada pilihanraya umum ke 13, kerana rakyat Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu kepada kepada kerajaan pusat yang dilihat dalam kedudukan nyawa-nyawa ikan, 50/50.
Jesteru itu kerjasama di antara USNO dan STAR adalah amat penting di samping bakal mewujudkan UBA (United Borneo Alliance) dengan Parti-Parti Politik dari Borneo, Badan NGO Borneo dan Suku kaum dari Borneo bagi mengelakkan sekatan beterusan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat melalui sekatan kebebasan Berpersatuan berterusan.
Deklarasi Semporna adalah Deklarasi kerjasama kaum-kaum majoriti di Sabah dan kaum-kaum minoriti lain yang diterajui oleh Bajausuluk dan KadazanDusun bagi mempertahankan hak dan masa depan rakyat negeri ini terus terjamin di dalam Persekutuan Malaysia.
Deklarasi Semporna telah ditandatangani secara rasmi oleh kedua-dua pemimpin itu di hadapan lebih 3,000 orang penyokong USNO dan 2 orang saksi dari parti masing-masing.
Selagi USNO belum mendaftar, USNO belum boleh bertanding.
ReplyDeleteJika USNO diluluskan pendaftaran sebagai sebuah parti, bukankah ia akan menggugat UMNO di Sabah?
Deletekalau dulu USNO tidak dibubarkan lagi bagus...sekarang terkapai-kapai mahu kelulusan semula..
Deletenampaknya usno dan star mula merangka strategi mereka.
DeleteBoleh kh mereka mendapat sokongan rakyat lagi.?
DeleteTunggu sehingga diluluskan. Bukan bermaksud USNO mengugat mana-mana parti.
DeleteSemoga USNO dapat berjuang demi masa depan Sabah.
DeleteMungkin USNO akan mengikut STAR
ReplyDeleteIf USNO party is not approved by ROS, then might as well its members join STAR.
Deleteahli USNO bagus masuk saja parti lain yang sudah diluluskan pendaftaran.
DeleteJika USNO tidak diluluskan oleh ROS, mereka tidak boleh bertanding pada PRU-13.
ReplyDeleteUSNO kena pastikan ia dah diluluskan, jika tidak sah bagaimana nak bertanding dalm PRU.
DeleteSemoga rakyat sendiri mampu membuat pemilihan yang terbaik bila PRU-13.
ReplyDeletekita tgklah adakah Star akan mendapat sokongan dari rakyat Sabah.
DeleteThe people are wise enough to decide on which party is best for them.
Deletebiar rakyat yang membuat penilaian dan tentukan pilihan mereka sendiri.
DeleteSTAR masih baru, mungkin penggal ini cuma mengambil pengalaman sahaja.
DeleteHarus bersikap positif terhadap semua parti di Sabah. menilai melalui prestasi dan misi perjuangan.
DeleteWe shall see as to where the people's vote falls down to.
ReplyDeleteMay the best man win.
Deletesemua parti pasti memberikan saingan terbaik..tunggu dan lihatlah hasilnya nanti.
DeleteJeffrey Kitingan had the chance to exact change when he was in the Government in the past but instead he did nothing.
ReplyDeleteJK was one of the leaders in the 1980s who had held positions in the Government for about 16 years but did nothing to change problems he said was plaguing Sabah at the moment.
The thing that i remembered clearly about JK is that he likes to jump party.
Deletehope he will not jump to another party again.
DeleteImage JK memang kurang baik, susah juga untuk menambat hati rakyat. Terserah kepada rakyat untuk menentukannya.
DeleteWe shall wait and see whether USNO will be approved by ROS
ReplyDeleteGood luck to USNO in getting approved.
Deleteseems like it will not approved.
DeleteRupanya USNO masih lagi belum lulus menjadi sebuah parti politik.
ReplyDeletesudah agak...memang pun belum lulus...kalau lulus, mana tu USNO mahu diam2...pasti ribut terus..
Deletesetakat ini belum lagi diluluskan..tunggu sajalah..
DeleteRasanya ini masih tidak akan menggugat kekuatan dan sokongan penduduk kepada BN. Kerana jika kita lihat pun BN masih diterima oleh penduduk tidak kira dikawasan bandar dan juga luar bandar.,
ReplyDeleteBN masih relevan di sabah...namun segala permasalahan rakyat dan janji2 yang dibuat sebelum ini harus ditunaikan untuk mengubat luka hati rakyat..
DeleteNampaknya STAR seperti cuba untuk mengabungkan para parti pembangkang yang terdapat di Sabah untuk menentang kerajaan. STAR juga cuba bersatu dengan SAPP untuk perkara ini.
ReplyDeletekemungkinan SAPP akan berdiri sendiri atas dasar prinsip...
Deletekerajaan mungkin boleh tumbang jika PR, STAR dan SAPP sanggup mengadakan pertandingan satu lawan satu.. tapi agak mustahil kerana masing2 mahu mendapatkan jawatan kabinet negeri..
DeleteKalau parti pembangkang sanggup berjuang misi yang sama, memang membawa persaingan kuat untuk BN.
DeleteIm positive to any combination or joint-venture as long as they are sincere to join.
DeleteSAPP kenapa tidak tandatangan sama?
ReplyDeletemungkin tidak ada persefahaman.. bila tidak ada persefahaman, maka tidak adalah kerjasama..
Deletekenapa perlu tunjuk perasaan?? bukan pemimpin2 usno sendiri ka yang bubarkan usno?? peluang sudah diberikan tapi disia2kan.. kemudian dia ugut untuk mengadakan tunjuk perasaan jika kelulusan tidak diberikan.. masalah betullah usno ni..
ReplyDeletesudah ada peluang bekerjasama dengan STAR, guna saja la peluang itu.. kenapa perlu buat demo menyusakan orang awam?? adakah nama 'usno' itu yang memberikan kemenangan kepada parti??
ReplyDeleteapa pun, setakat ini BN dilihat tetap mendapat sokongan yang kuat..
ReplyDeleteSusah untuk parti pembangkang untuk mengambil alih BN. BN tetap kuat, lagi-lagi, PATI berleluasa.
ReplyDeleteKenapa USNO dibubarkan dan sekarang muncul balik?
ReplyDeleteRasanya kemenangan PRU13 masih milik BN.
ReplyDeletesukar nak pastikan samada parti gabungan STAR akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah
ReplyDeletespekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13
ReplyDeletewalau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang
ReplyDeleteLet’s all rise and infuse ourselves with the sense of awareness
ReplyDeleteapa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negari ini.
ReplyDelete