DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merancang untuk membina 100,000 rumah bagi memenuhi khususnya kumpulan pendapatan sederhana, kata Presidennya Syed Ali Alattas.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Selasa, beliau berkata projek perumahan kos sederhana itu disasarkan kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,500 - RM7,000 dan yang mendapati sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata sebagai sebuah negara, kerajaan telah menangani isu perumahan kos rendah tetapi masalah sekarang adalah menyediakan untuk golongan berpendapatan sederhana, majoriti mereka adalah usahawan kecil dan graduan baru.
"Rumah-rumah, yang termasuk unit teres dan pangsapuri, akan dijual pada harga tidak melebihi RM200,000 setiap satu, dalam lima zon yang dikenal pasti, utara, pantai timur, tengah, selatan serta Sabah dan Sarawak," kata beliau.
Syed Ali berkata ini dapat dilaksanakan kerana selepas berunding dengan kontraktor, purata kos membina 100 unit rumah teres dua tingkat seluas 1,400 kaki persegi kira-kira RM160,000, termasuk infrastruktur.
Beliau berkata DPMM berbincang dengan kerajaan negeri bagi tanah pada harga nominal atau rendah bagi projek tersebut.
"Sebuah negeri memberikan kita sebidang tanah, dan di Johor akan dibina di tanah kita sendiri," tambah beliau, dengan 30 peratus daripada rumah dikhaskan untuk bukan bumiputera.
Dewan Syarikah Bhd, sebuah syarikat di bawah DPMM akan menjadi pemaju untuk semua projek. DPMM yakin rumah-rumah berkenaan akan dibina mengikut masa kerana syarikat mempunyai sehingga 16,000 kontraktor.
"Mulai April tahun ini, kami akan membina 10,000 rumah teres kos sederhana. Bagi fasa pertama, 86 unit daripada 220 akan dibina di Bandar Uda Utama, di Johor Bahru," katanya.
Sementara itu, DPMM juga akan menganjurkan 'Karnival dan Roadshow Rakyat' yang menawarkan beberapa program. Ini termasuk kutipan dana dan pengurusan (Penubuhan Tabung Usahawan dan Pelaburan Bumiputera), Pembangunan Rumah Kos Sederhana dan Pembangunan Usahawan Bumiputera (BERNAMA)
Harap cadangan untuk membina perumahan kos rendah ini akan berjalan lancar supaya lebih banyak rakyat yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.
ReplyDeleteUsaha untuk menambah jumlah perumahan kos rendah dalam negara adalah baik kerana masih banyak rakyat miskin yang tinggal di rumah daif dan buruk.
ReplyDeleterumah kos rendah perlu dibina lebih byk, ia bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.
ReplyDeleteHopefully the commencement of these housing scheme will begin as soon as possible.
ReplyDeleteThis is to cater the basic needs of the growing middle class
ReplyDeletesemoga mereka yang berpendapatan rendah akan mendapat manfaat daripada pembinaan rumah ini.
ReplyDeleteBanyakkan perumahan kos rendah bagi golongan yang berpendapatan rendah.
ReplyDeleteSemoga rumah mampu milik ini menepati piawaian yang ditetapkan. Bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeletekerajaan patut memberikan tumpuan kepada isirumah yang berpendapatan rendah dahulu iaitu yang mempunyai pendapatan kurang dari rm3000..
ReplyDeleteBetul. Jangan disebabkan ianya rumah kos rendah maka kualitinya pun ala kadar.
ReplyDelete